BUKAN UNTUK AMAR (Bab 1)

Be-Yourself-No-Matter-What

Krinnggggggggg!!! Bunyi bingit jam loceng milik Amar memecah kesunyian pagi di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Kesejukan di pagi hari membuatkan semua pelajar PASUM lena tidur dan mungkin menyukarkan mereka bangun untuk menjalankan rutin harian mereka. Mengunci jam loceng adalah langkah terbaik untuk menyedarkan mereka dari terus dibuai mimpi indah.

Suasana bilik bernombor 131 kembali sunyi apabila jam loceng itu dimatikan. Lelaki yang baru sedar dari lena mencapai kaca matanya yang tersimpan rapi di atas meja belajarnya itu. Pandangannya jelas setelah kaca matanya dipakai. Matanya tekun melihat rakan sebiliknya yang masih lena dibuai mimpi. Entah apa yang sedang dimimpikan sampaikan bibirnya tidak lekang dari senyuman.

“Mimpi perempuan lah tu!” teka Amar sambil mencapai tualanya di sebalik pintu almari bajunya.

Niatnya ingin menyuruh rakan sebiliknya bangun dari tidur terbantut apabila terkenang akan rakannya yang berjaga semalaman kerana tidak selesa berjauhan dengan keluarganya. Walaupun keluarganya tinggal hanya berdekatan dengan UM tetapi rakannya itu tetap berasa sedih. Bagi Amar situasi ini perkara biasa terutama sekali bagi mereka yang pertama kali berjauhan dengan keluarga. Amar hanya mampu menggeleng kepala mengenang ragam rakan sebiliknya itu.

Pintu biliknya dikuak untuk menuju ke bilik mandi sebelum memulakan sesi pembelajaran yang pertama di PASUM. Hatinya sungguh bersemangat kerana akhirnya dia berjaya melanjutkan pelajarannya di PASUM yang merupakan pusat asasi terbaik di Malaysia. Pada awalnya dia kurang yakin yang dia berkelayakan menjadi salah seorang pelajar di situ. Namun berkat doa dan usaha akhirnya dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan melayakan dirinya untuk berada di situ.

Baginya, PASUM adalah langkah pertamanya untuk mencapai impian terbesar dalam hidupnya iaitu untuk menjadi seorang doktor. Walaupun mendapat tentangan awal daripada keluarganya kerana mereka merasakan kerjaya tersebut memerlukan pengorbanan yang besar dalam kehidupan. Namun, ianya sedikit pun tidak menggoyahkan semangat dan harapan Amar. Baginya kerjaya seorang doktor adalah kerjaya yang murni di samping menjadi alat bantuan daripada tuhan untuk membantu umat manusia.

Dalam masa yang sama dia juga mahu mengubah nasib keluarganya supaya menjadi lebih baik. Bukan bermaksud yang dirinya tidak bersyukur terhadap segala rezeki yang diperolehi. Cuma di sudut hatinya tersimpan harapan untuk memberikan keselesaan dan kemewahan kepada ibu bapanya. Mungkin kerana dia merupakan anak lelaki tunggal daripada 2 adik beradik. Walaupun dia anak bongsu dan mempunyai seorang kakak tetapi rasa tanggungjawabnya sebagai anak lelaki dalam jiwanya sungguh teguh.

Baginya hidup di dunia ini hanya kerana Allah dan ibu bapanya. Dia yakin masa hadapannya berbeza berbanding dengan orang lain. Majoritinya ingin mendirikan rumahtangga dan punyai anak untuk meneruskan keturunan. Namun baginya semua itu tidak akan berlaku. Ada kalanya dia tertanya-tanya mengapa dia tidak mampu berbuat sedemikian seperti orang lain. Soalan tersebut telah tersedia jawapannya di fikiran anak berdarah negeri Perak ini

Namun, soalan itu tetap menujah kotak fikirannya tidak kira masa dan keadaan. Ingin sahaja dia memberitahu identitinya yang sebenar kepada seluruh makhluk dunia agar semua mengetahui kebenarannya. Dia tidak mampu terus hidup penuh dengan kepura-puraan. Di mata umum dia seorang lelaki yang sempurna. Bukan sahaja baik, bijak malah hormat orang tua. Tidak hairanlah Amar kerap kali dianggap sebagai anak mak.

Sikapnya yang suka membantu rakan-rakanya yang menghadapi kesukaran dalam pelajaran membuatkan dirinya di anggap sebagai seorang tutor. Pelbagai anugerah berjaya dijulang termasuk anugerah cemerlang secara berturut-turut serta anugerah khas pelajar. Namun, Amar tidak pernah berasa terlalu bangga kerana baginya semua itu adalah rezeki daripada yang Maha Esa. Tanpa keizinan dan perkenan-Nya maka dia tidak bakal memperoleh semua itu.

Lamunannya lenyap dibawa angin apabila tiba di hadapan pintu bilik mandi. Langkahnya di atur rapi kerana lantai bilik mandi sedikit licin. Bilik mandi yang memuatkan sebanyak 10 ruang mandi masih sunyi. Sudah pasti masih ramai yang lena beradu di kamar masing-masing.   Setelah selesai mandi dan berwuduk Amar langsung ke bilik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Ketika itu suasana asrama kembali riuh seperti sedia kala. Sebahagian pelajar lelaki bergegas ke bilik mandi kerana sang mentari semakin menampakkan dirinya. Itu menandakan subuh semakin melabuhkan tirainya. Ada juga yang hanya berdiri di kaki lima dan berborak kosong dengan rakan bilik sebelah.

Cahaya jingga kekuningan menyelinap masuk menerusi jendela bilik Amar menerangi seluruh ruang biliknya. Rakan sebiliknya ternyata sudah tiada di tempat tidurnya. Lihat keadaan katil rakannya yang berserabut itu sudah cukup mengagak keadaan rakannya itu sekarang. Pasti dia sedang sibuk terkejar-kejar mandi memandangkan waktu syuruk semakin hampir.

Tikar sejadah miliknya dibentang mengikut arah kiblat dan takbir pertama dilafaz penuh khusyuk. Sebutan dalam surah yang dibaca disebut dengan penuh berhati-hati agar setiap maksud dalam surah tersebut tidak bersimpang daripada maksud asal. Setelah lengkap 2 rakaat solatnya diakhiri dengan salam. Telapak tangan ditadah memohon doa pada yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan di dunia serta di akhirat. Setelah selesai solat, pintu biliknya di buka seseorang

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

Advertisements

One thought on “BUKAN UNTUK AMAR (Bab 1)

  1. Story mnarik…. Best…. Mcm kisah realiti…. Why u xterbitkan mnjadi salah satu buku fixi….. Penamatnya pulak knapa xada? Maafla jika comment saya ini mcm mndesak mr K tapi jujur saya tulis… Cerita BUA ini best…n lagi best jika mrK terbitkan…. Rugi bakat mrK dan crita BUA ini xdiknali……..(behave with c/p)…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s