BUKAN UNTUK AMAR (Bab2)

Be-Yourself-No-Matter-What

“Wah besarnya dewan kuliah kita ni? Canggih lah,” Hamdan melihat setiap sudut dalam dewan kuliah sambil mulutnya melopong seperti baru kali pertama melihat dewan kuliah sebesar itu. “Betul tu. Ni yang semangat nak belajar ni. Dahlah jom cari tempat duduk,” kata Amar penuh dengan aura bersemangat. Lengan Hamdan ditariknya apabilanya kata-katanya tidak dihiraukan sama sekali.

Hamdan masih terpegun melihat reka bentuk siling dewan kuliah yang pelbagai bentuk. Jika diteliti setiap sudut isi dewan kuliah, kesemuanya telah direka dengan baik dan sempurna. Nilai astetika seperti kayu menjadi elemen utama reka bentuk dalaman dewan kuliah tersebut. Tidak hairanlah jika dewan kuliah tersebut dilebal sebagai dewan kuliah utama di Universiti Malaya.

Dalam masa yang sama hati Amar dibelenggu dengan perasaan gementar menanti kehadiran tenaga pengajar yang bakal memberi tunjuk ajar sepanjang berada di PASUM. Label Profesor dan Profesor Madya yang ada pada pensyarahnya membuatkan dirinya berasa rendah diri. Dirinya merasakan tidak layak untuk bersekedudukan dalam dewan kuliah yang gah ini.

Itulah sikap Amar yang tidak pernah lekang dalam naluri lelakinya. Walaupun dia berjaya mendapat tempat di PASUM tetapi dia masih berasa rendah diri. Mungkin dia merasakan semua orang lebih baik berbanding dirinya. Oleh itu, Amar sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang. Buktinya Amar berjaya dinobatkan sebagai pelajar cemerlang di sekolahnya dahulu.

Sementara menunggu kehadiran pensyarahnya, tablet pintar miliknya yang kemas dibimbit sejak dari awal lagi dibuka. Butang kekunci di sebelah sisi kanan tablet pintar itu ditekan lalu ikon kekunci yang muncul pada skrin berukuran 7 inci disentuh. Sudah menjadi kebiasaan Amar mengemaskini statusnya dalam laman sosial walau di mana pun dia berada.

Twitter, Facebook serta Instagram antara laman sosial yang digemarinya. Baginya mengemaskini status menjadi suatu kewajipan dalam rutin hariannya. Malah blog miliknya juga acap kali dikemaskininya dengan terbitan terbaru. Pengikutnya yang telah mencecah hampir satu ribu membuatkan Amar sangat ghairah mengemaskini blognya.

Tidak hairanlah blognya pernah menjadi sisipan majalah terkenal di Malaysia suatu ketika dahulu. Terbitan mengenai tips belajar serta perkongsian mengenai pengalaman hidupnya kerap kali menjadi carian utama pengikutnya. Masanya dibahagikan dengan baik antara tugasan sebagai pelajar dan tugasan sebagai penulis blog.

Sebahagian pelajar PASUM dan rakan disebelahnya hanya melihat gelagat Amar yang tersenyum sendiri melihat skrin tablet pintarnya itu. Mungkin mereka fikir Amar sedang membaca mesej daripada yang tersayang. Hakikatnya bukan begitu.

“Weh kau ni tersengeh sendiri ni kenapa? Awek DM kau ke?” soal Hamdan penuh curiga. Nada suaranya yang kuat membuatkan beberapa pelajar lain memandang mereka. Ada juga yang sibuk berbisik seperti sedang mengumpat tentang Amar.

“Bukanlah, aku baca komen kawan aku ni. Kau ni pun cakap kuat sangat asal? Tengok orang dah pandang. Malu lah!” balas Amar dengan nada suara yang sedikit perlahan.

Hamdan hanya buat memek muka tidak bersalah. Matanya meleret melihat skrin tablet pintar milik Amar. Dalam hatinya hanya hairan melihat apa yang sedang dilakukan oleh Amar. Apa yang menarik sangat entahlah. Sejak dari awal perkenalan lagi dia asyik melihat rakannya memegang tablet pintarnya itu. Tablet pintar dengan Amar tidak pernah berjauhan bagai isi dengan kuku. Ke mana sahaja akan dibawa tablet pintar itu bersama.

Bila diteliti apa yang sedang Amar lakukan pada tablet pintar. Hamdan yakin Amar gemar menulis. Hal ini kerana selain daripada mengemaskini laman sosial, Amar juga suka menaip cerita tetapi tidak diketahui cerita apa. Pernah juga dia ingin bertanya terus kepada Amar tetapi mungkin terlalu awal untuk dia. Dia tidak mahu dilebal sebagai kaki jaga tepi kain orang lain.

Ketika itu Hamdan cuba memberanikan diri untuk bertanya kepada Amar. Sudah tiba masanya untuk dia mengetahuinya. Lagi pun Amar itu rakan sebiliknya jadi memang wajar dia mengetahui lebih banyak mengenai rakannya itu. Belum sempat dia bertanya kepada Amar, niatnya terbatal.

Suasana gamat dalam dewan kuliah bertukar sunyi seketika. Ratusan pasang anak mata tertumpu kepada seorang lelaki berbaju batik berona ungu muda yang sedang berjalan menuju meja utama dewan kuliah. Raut wajahnya yang manis dipandang membuatkan hati ramai pelajar berasa lega terutama sekali Amar. Hati mereka dapat meramal bahawa lelaki berumur 40an itu seorang yang mesra.

Belum sempat lelaki itu memulakan bicara satu bunyi yang tidak diundang memecah kesunyian dewan kuliah itu.

“Perhatian kepada semua pelajar PASUM. Majlis Penghayatan Islam dan Moral akan diadakan pada hari Sabtu ini. Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang hari tersebut. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut sila rujuk ruangan maklumat di kolej anda. Terima kasih.”

Pengumuman yang dilakukan menerusi corong pembesar suara dewan kuliah mengusik minat Amar untuk mengikuti program itu. Dia bukanlah seorang yang warak malah bukan juga seorang yang sentiasa berpegang teguh dengan Islam. Namun, kali ini dia berminat untuk mendekatkan diri dengan Islam. Inilah peluang terbaik untuknya.

Fokusnya kembali semula kepada pensyarahnya yang mula memperkenalkan diri serta menerangkan serba sedikit mengenai topik yang bakal mereka pelajari untuk semesta pertama. Setiap butir perkataan yang dilontarkan oleh pensyarahnya itu didengar dengan tekun tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Baginya sesi kuliah merupakan sesi yang penting untuknya. Malah hampir kesemua pelajar di dalam dewan tersebut turut bersikap sama seperti Amar. Fokus dan senyap.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s