Bukan Untuk Amar (Bab 5)

Be-Yourself-No-Matter-What

Langkahnya diatur rapi menuju ke balkoni bilik tidur mereka. Permandangan tasik di hadapan balkoninya itu ditatap dengan pandangan kosong tanpa jiwa. Walaupun matanya tekun melihat panorama indah itu tetapi mindanya terbang jauh dari alam nyata. Memori silam dalam hidupnya kembali segar dalam fikiran anak muda ini. Suatu peristiwa yang banyak mengubah identiti serta tingkah laku anak kelahiran Perak ini.

Hamdan hanya melihat rakannya dari jauh. Ingin sahaja dia mengetahui apa yang bermain dalam minda sahabatnya itu. Namun, kekuatannya hilang entah ke mana. Dia yakin sahabatnya itu perlu bersendiri menenangkan jiwa yang pasti gundah gulana akan sesuatu perkara. Hamdan sangat memahami rakannya itu. Jika Amar berdiam diri itu bermakna dia tidak mahu diganggu malah ditanyakan apa masalah yang berlaku.

Belum sempat Hamdan beredar ke bilik air untuk membersihkan diri. Tiba-tiba tablet pintar milik Amar berdering menandakan satu panggilan sedang diterima. Amar sedar dari lamunannya lalu tablet pintar itu dicapai. Panggilan daripada nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin 7 inci tablet itu. Apabila diangkat, suatu suara muncul dari tablet itu. Suatu suara yang cukup dikenalinya. Ingin sahaja Amar menafikan firasatnya itu.

“Masih ingat aku lagi sayang?” bicara lelaki misteri bersuara garau yang amat dikenalinya. Mukanya berubah pucat secara tiba-tiba. Kakinya hilang pertimbangan lalu jatuh melutut menyembah bumi.

“Kenapa ni Amar?” soal Hamdan.

Tablet yang digenggam Amar dirampas lalu cuba mendengar suara si pemanggil. Namun panggilan telah ditamatkan. Amar serta merta menggigil ketakutan seperti hayatnya di hujung tanduk. Hamdan cuba menenangkan sahabatnya itu. Air peluh jantan Amar mula menitis membasahi baju yang dipakainya. Dia yakin satu malapetaka akan menimpa dirinya dan semua orang yang dekat padanya termasuk keluarganya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk seseorang. Amar masih dalam ketakutan yang teramat sangat. Seluruh tubuhnya masih menggigil seperti kesejukan walhal keringatnya masih menitis tanpa henti. Jika orang ramai melihat keadaannya itu pasti mereka mengesyaki Amar dirasuk jembalang. Hamdan beralih dari tempat duduknya lalu membuka pintu. Namun tiada sebarang kelibat yang mucul di hadapan pintu tersebut. Belum sempat pintu itu ditutup, kelihatan satu kotak hadiah berona biru muda di atas lantai hadapan pintu bilik mereka. Di atas kotak tersebut tertulis perkataan ‘AMAR’. Amar menyedari keadaan tersebut. Lekas diambilnya kotak tersebut tanpa sebarang keraguaan.

Belum sempat kotak itu dibuka. Tablet pintar milik Amar berdering sekali lagi. Kali ini deringan itu menandakan satu pesanan ringkas diterima. Pesanan ringkas daripada nombor misteri itu membuatkan Amar hilang kawalan. Amar jatuh terduduk melutut ke lantai.

*  *  *  *  *

Jam telah menunjukkan pukul 8.30 malam. Saat ini merupakan waktu makan malam keluarga Datuk Syed Ashraf dan Datin Norlia. Pelbagai hidangan tersedia di atas meja makan yang boleh memuatkan seramai 8 tempat duduk. Dari gulai sehingga ke pencuci mulut disusun rapi oleh pembantu rumahnya. Namun, tempat duduk masih kosong tanpa penghuninya.

Selang beberapa minit muncul seorang wanita awal 20an bertudung litup menghampiri meja makan tersebut. Hidangan tersedia dihidu penuh keghairahan. Perutnya mula berkeruncung kerana dari petang lagi dia masih belum menyantap sebarang makanan. Mahu sahaja dia duduk dan makan kerana tidak tahan melihat keenakan makanan yang tersedia. Kari kepala ikan yang merupakan makanan kegemarannya itu diceduk.

“Husna, jangan diambil. Tunggu datuk sama datin dulu baru bisa makan.” nasihat pembantu rumah kepada wanita tersebut.

“Tak tahan lah tengok kari kepala ikan yang akak buat ni. Sedap. Akak macam tahu saya teringin nak makan kari ni?”

“Mestilah akak tahu. Kamu itu dari kecil gemar sekali kari kepala ikan. Lagi pula sudah lama akak engak masak kari kepala ikan,” jawab pembantu rumah dengan pelat indonesia.

Husna hanya tersenyum sipu mendengar celoteh pembantu rumahnya itu. Dari kecil lagi Husna telah dibesarkan oleh pembantu rumahnya itu kita ibu bapanya sibuk bekerja terutama sekali ketika ke luar negara. Baginya pembantu rumahnya itu ibarat seperti kakak kandungnya sendiri. Lagi pun Husna merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Dia lebih selesa memanggil pembantu rumahnya itu sebagai Kak Mas. Alasannya dia tidak mahu wujud jurang antara tuan rumah dengan pembantu rumah. Ibu bapanya juga sudah menganggap Kak Mas seperti keluarganya sendiri.

Di tambah pula kejadian bencana tsunami yang berlaku sekitar tahun 2006 telah meragut sebahagian besar keluarganya. Tragedi itu sedikit sebanyak membuatkan Kak Mas berasa kesedihan serta kesunyian kerana hilang tempat mengadu. Oleh itu Kak Mas telah membuat keputusan untuk menetap di Malaysia dan tinggal bersama keluarga Husna. Hidupnya kembali bersinar apabila keluarga Husna menerima dirinya seadanya. Walaupun ditugaskan sebagai pembantu rumah namun mereka sekeluarga sudah melayan dirinya seperti keluarga sendiri. Sedikit sebanyak terubat jua perasaan rindu kepada ahli keluarganya yang telah meninggalkannya.

Baginya semua perkara yang telah berlaku itu sudah menjadi takdir yang tertulis dalam hidupnya. Dia harus kuat untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Husna kerap menghiburkan hatinya malah ada kalanya menjadi tempat untuk dirinya berkongsi masalah. Perbezaan umur sebanyak 7 tahun langsung tidak menjadi batu penghalang untuk mereka sentiasa berkongsi rasa bertukar cerita. Husna yanh berasal daripada keluarga berada langsung tidak pernah mewujudkan darjat dalam pergaulan. Baginya manusia dicipta untuk kasih mengasihani antara satu sama lain.

Husna mengikut Kak Mas ke dapur untuk membantu menghidangkan makan malam keluarganya itu. Tidak lama kemudian muncul Datin Norlia dan suaminya Datuk Syed Ashraf di meja makan. Seperti biasa mereka berempat akan duduk bersama menikmati hidangan makan malam tersebut. Datuk Syed Ashraf sebagai ketua keluarga mengetuai bacaan doa sebelum makan.

“Hujung minggu ni kita melawat ke rumah Datuk Kamarudin. Dah lama kita tak ke sana,” Datuk Syed Ashraf memulakan bicara.

“Betul juga kata abang tu. Agaknya dah besar anak lelaki mereka tu kan? Mesti dah jadi anak teruna tu,” jawab Datin Norlia sambil memandang anak daranya itu.

Husna hanya mengangguk tanda setuju. Mulutnya hanya membisu tanpa membalas perbualan ayahnya itu. Dia faham apa yang sebenar dimaksudkan oleh ibu dan bapanya. Sejak dari kecil lagi Husna dan Hafiz berkawan dan membesar bersama-sama ketika ibu bapa mereka berjiran dahulu. Namun sejak keluarganya berpindah ke Korea kerana urusan kerja menyebabkan hubungan mereka terputus.

Persahabatan antara keluarga Husna dan keluarga Hafiz telah terjalin sekian lamanya. Malah mereka berniat untuk menjodohkan Husna dengan Hafiz bila tiba masanya nanti. Setelah mereka berpindah ke Malaysia kira-kira 2 tahun lalu, keluarga Hafiz tidak dapat dihubungi. Orang kata berkat persahabatan yang ikhlas akan dibawa hingga ke hujung hayat. Dengan izin tuhan mereka bertemu semula di sebuah masjid ketika mereka sekeluarga mengerjakan umrah beberapa bulan yang lalu. Sejak itu persahabatan antara dua keluarga ini terjalin semula.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s