BUKAN UNTUK AMAR (Bab 8)

Be-Yourself-No-Matter-What

“Amar,” perkataan itu disebut Hafiz. Hatinya mula berani meneroka ke muka surat yang seterusnya.

“Eh bro baca apa tu?” soal rakan sebiliknya.

“Tak ada apa lah Iqram. Sibuk je kau ni.”

“Alah macam tak biasa je. Bagi sini aku nak baca,” Iqram merampas buku itu.

“Bak sini balik!” jerit Hafiz. Buku itu dirampas semula.

“Rileks lah bro,”

“Ini buku orang lain lah. Mana boleh baca,” jawab Hafiz sedikit tegas.

“Habis kenapa kau baca? Jawab jawab,” matanya sinis memandang Hafiz.

“Aku je yang boleh baca,” Hafiz sedikit serba salah. Dia bergegas keluar dari biliknya itu.

Pondok kecil di belakang asrama Hafiz menjadi sasarannya untuk membaca buku itu tanpa sebarang gangguan. Suasana sunyi sepi di sekita pondok meyakinkan Hafiz bahawa tempat itu selamat untuk dirinya bersendiri dan membaca buku itu. Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi yang terdapat di pondok itu. Bertemankan cahaya lampu kalimantang setiap butir perkataan yang tertulis pada helaian buku itu dibaca. Jiwa anak muda ini amat terpegun melihat dan membaca setiap perkataan yang terdapat dalam buku itu. Ternyata buku ini adalah satu karya penulisan daripada lelaki yang ditemuinya pagi tadi.

Namun, karyanya sedikit berbeza dan membuatkan dirinya begitu dekat dengan karya tersebut. Plot cerita sedikit sebanyak membuatkan mata hatinya tekun menelaah karya tersebut. Isi yang tersurat dalam penulisan itu seperti memberi jawapan pada setiap soalan yang sering bermain dalam jiwa batinnya. Matanya tertumpu pada satu rangkap kata yang memberi satu tamparan pada dirinya.

“Aku dilahirkan sempurna di mata semua tetapi bila aku dewasa ternyata aku sedar hakikatnya. Aku tidak sempurna malah aku lebih cacat berbanding mereka diluar sana. Zahirnya memang aku sempurna namun batinnya hanya aku sahaja yang mengerti. Aku tahu ini bukan kehendak aku tetapi bagaimana aku ingin mengubahnya. Aku tidak mampu berkeluarga! Aku tidak mampu menjadi lelaki dewasa! Aku tidak mampu menjadi bapa! Aku tidak mampu menjalankan tanggungjawabku sebagai suami! Aku tidak mampu mencintai mereka yang wajar aku cintai! Adakah mereka semua mengerti apa cacatnya pada diriku ini? Tidak! Mereka hanya tahu membenci, menghina kaum seperti aku. Mereka mudah berkata untuk berubah tetapi peritnya hanya aku yang rasa.”

Hafiz sedikit terkesima dengan maksud yang tersurat itu. Angin malam meniup tubuhnya yang mula mengeluarkan keringat. Sejuk malam menyerap masuk ke tubuh Hafiz. Buku itu ditatap lama tanpa sebarang kata yang mampu dilafaz. Dalam kesunyian itu datangnya keyakinan dalam dirinya untuk mengenali lelaki yang jauh lebih muda 3tahun daripadanya.

“Aku perlu mengenalinya,” bisik hati Hafiz penuh yakin sambil matanya menatap bulan penuh malam Khamis itu. Bulan penuh itu menjadi saksi keyakinan dan harapan yang telah tersimpan dalam hati Hafiz sekian lama.

Lamunannya yang dibawa bulan cerah itu diganggu sesuatu. Bau seperti sesuatu yang terbakar berjaya ditangkap oleh hidung Hafiz. Hampir sahaja dia terbersin apabila terbau asap kebakaran itu. Segera Hafiz meninggalkan pondok itu dan berjalan mencari punca bau tersebut. Dua tubuh manusia yang berdiri dihadapan punca kebakaran itu kelihatan di sebalik pokok besar di mana tempat Hafiz berdiri. Kehadirannya tidak disedari oleh mereka. Hafiz yakin bahawa dia mengenali salah seorang daripadanya.

*  *  *  *  *

“Kau pasti ke budak si Amar tu akan balik semula dekat kau?” jerit lelaki berkumis nipis ditelinga Farish. Suasana bising di kelab malam itu menyukarkan mereka berkomunikasi.

“Dia tak dapat lari daripada aku. Aku yakin budak si Amar tu akan melutut depan aku nanti!” jawab Farish tegas. Senyumannya begitu yakin dengan apa yang dikatakannya.

“Dari dulu sampai sekarang si budak Amar juga kau kejar. Padahal ramai lagi adik-adik hot dekat luar sana kejar kau. Semua kau tolak. Asal?” lelaki berkumis itu menyoal lagi.

Farish tersengeh sinis mendengar soalan itu dan diam seketika. Matanya memerhati lantai tari yang dipenuhi lelaki-lelaki bernafsu songsang leka menari. Masing-masing punya pasangan menari. Jika dilihat dari zahirnya mereka sempurna segala-galanya malah nampak seperti dari golongan berada. Langkah tari mereka yang terkinja-kinja tampak seperti sedang lalai dihanyut keenakkan duniawi. Farish kembali menoleh ke arah rakannya itu.

“Idham kau lihat budak dekat sana tu. Yang menari dengan mamat jambu tu. Kau rasa dia setia tak?” jari Farish menunding ke arah seorang lelaki di sudut kirinya.

“Setia? Mustahil!” jerit Idham lagi.

“Sebab itulah aku suka si Amar tu. Dia setia orangnya. Bagi aku dia istimewa berbeza dengan adik-adik dekat luar sana yang tahu nak mengikis duit kita. Belanja mengalahkan mak datin,” Idham hanya menggeleng kepala mendengar penjelasan rakannya itu.

Sudah berbuih mulutnya memberi nasihat kepada Farish supaya melupakan Amar. Dia tetap berdegil mengejar cinta tidak berbalasnya itu. Hampir sahaja Farish, Idham serta rakan sekolah mereka dihumban ke penjara kerana mencabul kehormatan Amar ketika dibangku sekolah. Pada awalnya perkara tersebut diketahui oleh guru kaunseling kerana sedar akan perubahan pada diri Amar selepas dirinya diliwat. Guru kaunseling itu ingin melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis namun Amar menghalangnya. Alasannya kerana ingin memelihara maruah keluarga serta dirinya, dia membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah tersebut tanpa melibat pihak polis.

Sejak kejadian itu Amar mula berpindah sekolah dan abang angkatnya, Farish gagal berhubung dengannya lagi. Bila Idham mengetahui bahawa Farish berjaya menemukan Amar, sedikit sebanyak membimbangkan Idham. Dia tidak mahu jika kes meliwat Amar akan dibangkitkan semula dan berkemungkinan mereka akan masuk penjara. Malah nama baik anak kepada keluarga bangsawan negara ini turut tercemar. Rungsing juga dia memikirkan bagaimana caranya untuk menghalang Farish daripada bertemu dengan Amar semula.

“Kau fikir apa bro?” soalan Farish mengganggu lamunan Idham. Terkebil-kebil Idham bila disoal begitu. Adakah dia harus jujur atau menipu.

“Tak ada apa lah. Aku fikir pasal kerja sikit,” tipu Idham. “Rileks lah bro. Kita datang sini dah enjoy bukan nak fikir pasal kerja. Jom menari dengan aku,” Farish menarik lengan Idham menuju ke lantai tari.

“Hamdan mana Amar?” soal rakan sekelas Amar.

“Dia balik rumah semalam sebab keluarga dia kena balik kampung. Katanya ada hal keluarga sikit,”Amar hanya tersenyum sambil tangannya menari-nari menekan papan kekunci maya pada skrin tablet pintarnya.

“Diminta pelajar yang terlibat dalam tilawah al-Quran bersedia mengambil tempat,” pinta pengerusi majlis menerusi pembesar suara mengingatkan pelajar yang terlibat.

Sabtu kali ini, Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya meriah dengan majlis ilmu bersempena Minggu Penghayatan Islam dan Moral. Memandangkan hari tersebut merupakan majlis kemuncak, kemeriahan lebih terpancar di dewan tersebut. Amar juga tidak terkecuali teruja menantikan detik kemuncak itu. Kesibukannya sebagai salah seorang pengacara dalam majlis tersebut langsung tidak dirasai.

“Kita telah mendengar alunan bacaan dari peserta lelaki mewakili pelajar asasi sains hayat. Seterusnya kita mempersilakan saudara Muhammad Hafiz Bin Kamarudin mewakili fakulti kejuruteraan untuk mengalunkan bacaan surah yang seterusnya. Dipersilakan,” bicara pengerusi majlis.

Lelaki berbaju melayu berona biru laut bersampin kemas mula mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Penonton terkesima seketika apabila ayat suci al-Quran dialunkan oleh Hafiz. Kemerduan lafaz setiap butir ayat suci al-Quran membuatkan penonton tercari-cari siapa pemilik suara tersebut. Amar juga tidak terkecuali mencari kepastian siapa yang mengalunkan ayat suci al-Quran dengan penuh syahdu. Lelaki berbaju melayu itu ditatap lama untuk mencari kepastian sama ada dia pernah bertemu atau tidak dengan lelaki itu.

Di lubuk hati Amar mula hadirnya satu ketenangan yang muncul secara tiba-tiba. Kehadirannya tidak dirasai tetapi yang pasti alunan ayat suci itu membuat hatinya lapang seribu satu kekalutan. Wajah redup si pembaca itu amat dikenalinya. Kali ini dia pasti dia pernah bertemu dengan lelaki itu dalam pertemuan yang tidak dijangka. Kejadian dirinya hampir dilanggar semasa bergesa ke dewan kuliah kembali segar dalam kotak mindanya. Lelaki yang ditemuinya itu adalah lelaki yang sama dengan yang sedang mengalunkan ayat suci al-Quran itu.

Jantung Amar mula memberi reaksi yang sama seperti semasa pertemuan kali pertama dengan lelaki itu di KTM komuter. Dengupannya sangat kencang seperti seorang atlet sedang berlari sejauh 1 kilometer. Tanpa disedari lelaki itu sedar bahawa Amar sedang memerhatinya dari jauh. Amar mula resah dan terus bergegas meninggalkan Dewan Canselor itu. Langkah telapak kakinya diatur pantas meninggalkan tempat itu dengan segara tanpa menoleh ke belakang.

Sebuah kereta Produa Myvi menghampiri dan berhenti berdekatan Amar. Langkahnya terhenti seketika apabila kereta itu menghalang laluannya. Pintu kereta itu terbuka. Tubuh yang amat dibencinya muncul keluar daripada perut kereta. Farish menghampiri Amar. Raut wajahnya sedikit sombong melihat setiap inci tubuh Amar. Tanpa berlengah lagi, Amar beredar dari tempat tersebut. Namun, lengannya ditarik kasar oleh abang angkatnya itu.

“Kau nak ke mana Amar? Abang datang dari jauh tau semata-mata nak jumpa adik kesayangan abang ni,” pipi lembut Amar dibelainya. Amar menepis tangan abang angkatnya.

“Kau nak apa dari aku? Tak cukup lagi kau rosakkan hidup aku. Sekarang apa lagi?” tengking Amar.

“Wow garangnya. Sekarang dah pandai melawan ya? Well, abang datang sini sebab nak Amar balik,” tangan Amar diusapnya penuh ghairah. Genggamannya kuat menyukarkan Amar menepis tangan Farish.

“Lepaskan aku lah sial!” herdikan Amar memecah kesunyian.

“Kurang ajar!” satu tamparan kuat hinggap di pipi kanan Amar. Tamparan itu sangat kuat membuatkan Amar mengeluh kesakitan. Lengan Amar ditarik kasar menuju ke kereta milik Farish.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

Advertisements

2 thoughts on “BUKAN UNTUK AMAR (Bab 8)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s