Budak Asasi

Hampir sebulan setengah bergelar pelajar asasi sains di universiti tersohor di Malaysia. Perjalanan yang bukan mudah bagi mereka yang lemah kekuatan mental, fizikal dan kerohanian. Walaupun suasana asrama yang baik dan tinggal di salah satu kolej kediaman yang terbaik di universiti tersebut. Namun, tekanan sepanjang pembelajaran menenggelam aura kediaman tersebut.

Seperti semua tahu hidup sebagai pelajar asasi bukan mudah. Program intensif selama setahun ini cukup padat ditambah pula silibus pembelajaran di sini lebih banyak berbanding di universiti yang lain. Ada kalanya aku merenung sejenak detik di mana aku berjaya melayakkan diri untuk menyambung pengajianku di universiti tersebut. Alhamdulillah hatiku gembira kerana doaku termakbul.

Keluargaku gembira dan bangga terhadapku. Harapan mereka menjadi pegangan aku hingga ke hari ini. Doa, usaha, istiqamah dan tawakal menjadi azimatku sepanjang di sana. Syukur kerana aku bertemu dengan sahabat-sahabat yang baik.

Namun, tanggal 14 Ogos 2013 menjadi penentu sementara untuk menguji aku dan menilai bertapa tekunnya aku menelaah pelajaran. Aku bimbang jika aku memberikan keputusan yang buruk dan mengecewakan ibu bapaku.

Ya Allah, kau kuatkanlah aku dan kau berkatilah perjalanannku. Kau berikanlah kecemerlangan kepadaku di dunia dan di akhirat…

Advertisements

11 thoughts on “Budak Asasi

  1. Salam bro..kite sebaya la..untong ler msuk asasi..hehe..btw,,best cerita yg ko tulis tu..all the best for your study..

  2. Salam bro..kite sebaya la..untong ler msuk asasi..hehe..aku pham sgt tekanan jd student fast track ni..btw, aku suke cerita bukan utk amar tu..all the best for your bro..

    1. Wsalam, kan2..hahah btw thanks sgt2…teruskn membaca…bab 11 x dpt diterbitkan sbb busy nak study bio :3 so x dpy siapkn dgn sempurna lg..sorry sgt2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s