BUKAN UNTUK AMAR (Bab 9)

Be-Yourself-No-Matter-What

“Hoi!” satu tumbukan hinggap ke pipi Farish. Badannya tersasar ke badan kereta. Lelaki berbaju melayu berona biru itu menarik lengan Amar dan menjauhi Farish.

“Sial punya jantan! Kau sapa tiba-tiba masuk campur hal aku!” hujung bibir Farish sedikit berdarah. Sempat dia mengeluh kesakitan.

“Kalau nak tunjuk hebat pun takkan dekat budak? Malulah sikit bro?” sindir Hafiz. Sampinnya yang hampir terlondeh itu dibetulkannya.

“Kau tunggu! Hari ni hari kau Amar, lepas ni jangan harap kau terlepas,” pintu kereta bahagian pemandu ditutup kuat. Produa Myvi itu berlalu pergi meninggalkan Hafiz dan Amar.

“Awak ok ke?” tanya Hafiz. Amar kekok dengan pertanyaan Hafiz itu. Pandangan mata Hafiz yang tenang membuatkan hati Amar berbunga-bunga.

“Saya ok. Terima kasih sebab tolong saya buat kali kedua,” reaksinya sedikit kekok.

“Sama-sama. Kamukan yang hampir kena langgar tu kan?” Hafiz cuba mendapatkan kepastian. Amar hanya mengangguk kepala.

“Saya Hafiz pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan,” Hafiz mula memperkenalkan diri.

“Saya Amar pelajar Asasi Sains Hayat,” salam Hafiz disambutnya.

“Oh Amar. Gembira dapat kenal dengan adik junior,” senyum Hafiz. Amar hanya tersenyum malu bila mendengar luahan Hafiz. Jam tangannya ditatapnya seketika.

“Saya minta diri dulu abang Hafiz.”

“Boleh kita berjumpa lagi? Mungkin petang ni?” soalan Hafiz mengejutkan Amar. Baru sahaja berkenalan sudah berani mengajaknya keluar. Tapi kata hati Amar bersungguh-sungguh ingin menerima pelawaan Hafiz. Amar tidak mampu menipu hatinya sendiri.

“Boleh,” Amar masih keliru dengan jawapannya sendiri.

“Great! Jumpa petang ni pukul 5.00 dekat sini. Ok?”

“Ok. Jumpa nanti.” Amar terus berlalu pergi dengan penuh keraguaan. Dia masih sangsi dengan apa yang dia katakan. Dia sewajarnya menolak pelawaan Hafiz. Tetapi apakan daya janji telah dibuat dan dia perlu tunaikan janjinya untuk bertemu dengan Amar petang nanti. Tablet pintarnya bergetar dalam mod senyap menandakan satu pesanan ringkas diterima. Pesanan itu dihantar oleh rakannya Hamdan. Amar tersenyum keseorangan membaca pesanan ringkas daripada Hamdan.

“Kau asal Hafiz. Gembira semacam aku tengok. Ada berita gembira ke?” soal Iqram penuh kehairanan. Kali pertama dia melihat rakannya tersenyum hingga ke pipi. Sejak kebelakangan ini dia jarang melihat Hafiz tersenyum tetapi berbeza pula pada hari ini. Pasti ada sesuatu yang membuatkan rakannya itu gembira.

“Tak ada apa lah. Aku cuma lega sebab dah selesai pun majlis tilawah al-Quran tadi,” bohong Hafiz.

“Ya ke? Tapi sejujurnya aku cakap merdu betul bacaan kau bro. Ajarlah aku juga?”

“InsyaAllah boleh. No problem,” jawab Hafiz bersahaja.   Katil bujang bercadar biru itu menjadi sasaran Hafiz melabuhkan badannya. Fikirannya leka memikirkan tentang pelajar dari PASUM yang bernama Amar. Seorang pelajar yang tampak cemerlang malah bila diingatkan semula gaya penulisan Amar yang dibacanya membawa buah fikiran yang matang. Kematangan jauh daripada usianya. Dalam masa yang sama dia berasa selesa dengan Amar yang jauh lebih muda daripadanya walaupun baru berkenalan. Pintu hatinya seperti diketuk oleh seseorang apabila melihat wajah Amar. Adakah dia sudah jatuh cinta. Mungkin bunyinya menghairankan tetapi itulah hakikatnya.

Senyuman Amar masih terbayang-bayang dalam ingatannya. Kejujuran yang dapat dilihat dari mata Amar berjaya mengusik jiwanya yang telah lama sunyi tanpa penghuni. Sepanjang hayatnya, inilah kali pertama dia berasa sangat bahagia. Jika diberi peluang ingin sahaja dia meluahkan rasa kepada Amar sekarang juga. Tapi mungkin terlalu awal untuk Amar mengetahui isi hatinya. Wujud kesangsian apabila mengenang semula kejadian yang berlaku tadi. Siapakah lelaki misteri yang melempang dan memaksa Amar mengikutnya itu? Mengapa Amar enggan mengikutnya? Mengapa lelaki itu bersikap kasar terhadap Amar? Buku milik Amar itu ditatap seketika. Seribu satu persoalan bermain dalam fikiran anak muda ini. Baginya Amar telalu misteri.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

p/s: maaf sebab dah lama tak post, busy dgn tutorial n amali 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s