BUKAN UTK AMAR (Bab 10)

Be-Yourself-No-Matter-WhatJam tangan Amar tepat menunjukkan pukul 5.00 petang. Dia sudah bertandang di tempat pertemuannya dengan Hafiz 5 minit lebih awal daripada waktu yang dijanjikan. Seperti biasa tablet pintar miliknya menjadi teman buat mengisi masa yang terluang sementara menanti kehadiran Hafiz. Blog miliknya dilawatinya bagi melihat komen daripada pembaca mengenai terbitan terbarunya. Respon daripada pembaca mengenai terbitan terbarunya agak memberangsangkan. Topik mengenai “flirtationship” atau dalam bahasa mudahnya menyayangi seseorang lebih daripada seorang sahabat tetapi tidak melebihi daripada pasangan kekasih menjadi carian utama di laman blognya.

Pengisian matang yang diterbitkan itu diilhamkan oleh seorang penulis antarabangsa. Mungkin ramai masyarakat masih tidak mengerti mengenai entri terbarunya itu. “Flirtationship” ini kerap berlaku dalam kehidupan manusia seperti Amar. Mungkin dalam Islam melarang percintaan kaum sejenis. Namun, mereka tidak dapat menipu hati mereka daripada terus menyayangi orang yang mereka sayang. Jadi mereka hanya mampu menyayangi orang yang mereka sayang lebih daripada seorang sahabat tetapi tidak lebih daripada pasangan kekasih. Hal ini berlaku kerana tidak mahu berlakunya hubungan seksual sejenis yang sememangnya dilarang tegas dalam Islam.

Mungkin hanya sebahagian sahaja yang mengamalkan pegangan itu kerana nafsu seraka selalu menandingi keimanan seseorang. Amar juga adakalanya terfikir bahawa adakah dia akan melakukan perkara yang sama atau hanya menutup hatinya daripada dihuni insan yang disayanginya. Tanpa disedari bayangan Hafiz muncul dalam lamunannya. Dia terkedu seketika. Mengapa bayangan itu muncul setiap kali dia memikirkan nasibnya. Jujur hatinya berasa tenang apabila melihat Hafiz terutama sekali ketika dia mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Baginya, Hafiz memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.
Bunyi ekzos kereta di sisi Amar menarik perhatiannya. Sebuah kereta mewah model baharu menghampiri dan berhenti di hadapan Amar. Pemandunya tidak kelihatan kerana cermin keretanya dan menyukarkan penglihatan. Seorang lelaki berbaju biru keluar dari kereta mewah itu dan menghampiri Amar.

“Sorry abang lambat. Lama ke Amar tunggu abang?” soal Hafiz penuh perasaan serba salah.

“Tak ada lah. Baru lagi,” jawab Amar tersenyum. Matanya masih tidak lekang melihat kereta mewah milik Hafiz. Dia tidak menyangka bahawa Hafiz berasal daripada keluarga berada. Sikap Hafiz yang terbuka langsung tidak menunjukkan status kehidupannya.

“Jom lah,” dia mula bersuara. Hafiz sedar Amar asyik melihat kereta miliknya itu.

“Kita nak ke mana abang?” Amar lebih selesa memanggil Hafiz dengan gelaran abang.

“Masuk dulu. Nanti abang beritahu,” pintu kereta dibuka untuk mempelawa Amar masuk. Kereta itu dipacu sederhana laju meninggalkan Universiti Malaya.

Sepanjang perjalanan Amar hanya membisu. Matanya hanya sibuk melihat persekitaran bandar menerusi jendela kereta. Hafiz sedar Amar sedikit kekok dengannya. Hafiz mengambil langkah pertama memulakan perbualan dalam kereta.

“Macam mana study? Ok?” suara garau Hafiz mula menarik perhatian Amar yang leka melihat kr luar tingkap.

“Alhamdulillah. Ok. Cuma penat sikit lah sebab silibus banyak kan?” jawab Amar bersahaja.

“Kalau dah habis program asasi ni, mesti nak jadi doktor kan?”

“InsyaAllah, kalau ikutkan perancangan macam tu lah. Abang pula macam mana study. Ok?”

“Alhamdulillah. Ok. Cuma sibuk dengan final project lah.”

“Kita keluar ni tak menggangu masa abang ke?” soal Amar.

“Eh tak ada lah. Lagi pun abang dah siapkan semua project abang.”

“Oh,” jawab Amar sepatah. Mereka berdua membisu seketika. Hafiz mula teringat akan sesuatu.

“Boleh abang tanya sesuatu. Bukan maksud nak masuk campur hal peribadi Amar cuma abang hairan sikit,” Hafiz memberanikan diri menanyakan kesangsiannya.

“Abang hairan apa?”

“Siapa lelaki tadi. Maaf, abang cuma pelik kenapa dia berkelakuan kasar dekat Amar. Sampai kena tampar tadi?” ekor matanya memerhati Amar sambil tumpuannya masih kepada pemanduan.

“Mungkin terlalu awal untuk saya beritahu hal tu. Maybe next time I’ll tell you ok? Kita sebenarnya nak ke mana?” Amar cuba mengelak daripada menjawab persoalan Hafiz.

“Em, kita ke Mid Valley nak? Boleh kita bersembang panjang. Nak juga kenal dengan Amar lebih dekat lagi,” Hafiz gelak nakal. Amar mula curiga dengan Hafiz. Dia berharap Hafiz tidak berniat buruk terhadapnya. Beberapa kali dia menyalahkan dirinya kerana menerima pelawaan Hafiz pada tengah hari tadi. Akal fikirannya dipenuhi prasangka buruk terhadap Hafiz.

* * * * * * * * * *

Kereta Myvi memecut laju menuju ke Bandar Seri Permaisuri menerusi lebuhraya Persekutuan. Pemandunya memacu laju tanpa menghiraukan keselamatan pemandu lain. Memotong kenderaan tanpa memberikan sebarang isyarat menimbulkan keberangan pengguna lebuhraya tersebut. Amarah pemandu bernama Farish mula melenyapkan akal fikiran rasionalnya. Kekesalan bertemu dengan Amar di Universiti Malaya masih tidak hilang. Lelaki yang tidak dikenalinya berani menumbuk mukanya semata-mata untuk melindungi Amar.

“Sial! Siapa mamat yang sibuk masuk campur dalam hal aku ni? Aku berani sumpah siapa yang halang aku, aku akan musnahkan hidup dia!” jerit Farish sekuat hati.

Stering keretanya di hentak kuat bagi melepaskan kemarahannya. Papan tanda bertulis “Bandar Sri Permaisuri” mula kelihatan. Kereta yang dipacu laju itu menghampiri rumah teres 3 tingkat berhampiran lampu isyarat di simpang empat berhadapan bangunan sebuah syarikat pembinaan.

Kereta itu diparkir di garaj rumah teres 3 tingkat itu. Farish keluar dari kenderaannya lalu menghempas pintu keretanya sekuat hati tanpa belas kasihan. Langkahnya pantas menaiki tangga menuju bilik tidurnya. Di hadapan pintunya itu jelas tertulis namanya yang diukir rapi pada sekeping kayu jati. Pintu biliknya dikuak ganas menyebabkan kayu jati pada pintunya itu terjatuh ke lantai.

“Kenapa kau tak boleh terima aku Amar! Kenapa?” jerit Farish.

Matanya mula berkaca apabila melihat sebuah potret berukuran sama dengan pintu biliknya. Wajah pada potret besar itu dibelainya penuh kasih sayang. Tanpa disedari air mata menitis membasahi pipi Farish. Hatinya sakit apabila Amar menerimanya hanya sebagai abang angkat sahaja. Sejak dari bangku sekolah, Farish menyimpan perasaan terhadap Amar. Sehingga kini dia masih menyalahkan dirinya kerana pernah meliwat Amar. Sikapnya yang terlalu mengikut perasaan menyebabkan Amar membencinya sehingga kini.

Detik hitam yang berlaku antara dia dan Amar diingati semula. Tindakannya terhadap Amar sememangnya tidak wajar dilakukan. Beribu penyesalan menghantuinya tanpa henti. Beberapa kali dia cuba memohon maaf kepada Amar tetapi pintu hati anak muda itu tidak pernah terbuka untuk kemaafan Farish. Rasa penyesalan berganti dendam kesumat tanpa penghujung. Dia akan berusaha untuk mendapatkan kembali peluang untuknya mendekati Amar walaupun dengan apa cara sekali.

“Aku bersumpah aku akan musnahkan hidup kau Amar jika kau tak terima aku kembali. Aku bersumpah akan bunuh lelaki yang berjaya mendapatkan kau!” jeritannya memecah kesunyian.

Air matanya tidak henti dari terus mengalir. Kekecewaan yang menguasai akal rasional anak muda ini membuatkan dia tersenyum sinis menatap potret Amar. Telefon pintar berjenama Samsung dicapai. Jari jemar Farish ligat menaip nombor telefon seseorang.

“Hello Zack. Aku ada kerja untuk kau uruskan. Boleh aku jumpa kau malam ni?” Farish memulakan perbualan menerusi telefon pintarnya itu.

“Ok, jumpa tempat biasa!” kekasaran suara lelaki yang dihubungi Farish didengari dengan jelas lalu panggilan terus ditamatkan.

“Kita tengok sekuat mana hero kau Amar!” matanya kembali menatap potret tersebut. Namun pandangan kali ini berbeza dengan pandangan sebelumnya. Pandangan penuh kebencian.

* * * * * * * *

Menjadi kebiasaan suasan pusat membeli belah berdekatan Bangsar ini tidak pernah sunyi tanpa kehadiran pengunjung tidak kira pengunjung tempatan mahu pun luar negara. Amar masih membisu sepanjang bersama abang Hafiz. Tindakan abang Hafiz membukakan pintu kereta untuknya semasa tiba di Mid Valley menghantui fikiran Amar. Dia berasa janggal kerana diperlakukan sebegitu rupa. Lagi pun mereka berdua baru sahaja berkenalan. Amar tidak mahu perkara yang tidak diinginya berlaku sekali lagi. Peristiwa hitam yang berlaku padanya suatu ketika dahulu tidak pernah padam dalam memorinya.

“Senyap je Amar? Bosan ke keluar dengan abang?” Hafiz memulakan perbualan.

“Tak ada lah. Cuma tak tahu nak cakap apa.” jawab Amar selamba.

“Kita pergi makan ya?” lengan Amar ditariknya. Secret Recepies menjadi sasaran mereka untuk mengalas perut.

“Abang memang nak makan dekat sini ke?” langkah mereka terhenti seketika di hadapan pintu restoran tersebut.

“Ya. Kenapa? Amar risau sebab makanan mahal? Jangan risau abang yang belanja,” Hafiz tersenyum. Bahu Amar diusapnya. Amar mula rasa kurang selesa dengan tindakan Hafiz kepadanya.

Memandangkan Hafiz lebih tua daripadanya, dia terpaksa menghormati Hafiz. Jika ikutkan hati ingin sahaja dia berlalu pergi meninggalkan Hafiz.

Antara menu hidangan yang dipilih Amar ialah Mee Kari bersama dengan Air Milo Sejuk. Manakala Hafiz memilih hidangan yang sama seperti Amar. Sementara menunggu pesanan, Hafiz asyik memandang Amar dengan penuh keceriaan. Amar memberanikan diri bertanya kepada Hafiz.

“Kenapa abang Hafiz pandang Amar macam tu?” Amar memberanikan diri bertanya kepada Hafiz.

“Entahlah. Abang rasa seronok lihat Amar. Tak tahu kenapa. Amar tak selesa ke?”

“Tak lah. Amar ok.” Amar cuba berlagak biasa. Hafiz sedar perubahan emosi Amar. Dia hanya tersenyum melihat gelagat Amar.

“Sebelum terlupa abang nak bagi sesuatu dekat Amar,” tangannya diseluk masuk ke dalam beg sandang Hafiz seperti ingin mengambil sesuatu. Amar hanya memandang penuh tanda tanya.

“Ni dia. Hari tu Amar terjatuhkan buku ini masa Amar hampir kena langgar hati tu. Maaf sebab tak sempat nak kejar Amar masa tu,” buku berona hitam dihulurkan kepada Amar.

Wajah Amar mula pucat seperti dalam ketakutan melihat hantu. Dahinya mula mengeluarkan keringat tanda dalam ketakutan teramat sangat. Jantungnya mula berdegup kencang setiap kali melihat wajah Hafiz yang langsung tidak menunjukkan sebarang respon yang negatif. Buku berona hitam itu diambilnya. Amar resah jika buku itu telah dibaca oleh Hafiz. Sudah pasti segala rahsia dan identitinya dikenali. Amar membuat keputusan untuk melarikan diri dari restoran tersebut. Dia tidak mampu lagi untuk terus duduk berhadapan Hafiz. Belum sempat Amar berganjak Hafiz mula bersuara.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

p/s: jika ada komen pasal cerita ni boleh tinggalkan komen dkt sini :3

Advertisements

8 thoughts on “BUKAN UTK AMAR (Bab 10)

  1. Aku baru baca. Serius, kalaulah aku jadi editor duduk sebelah kau, nak saja aku edit kata-kata dalam cerita ini jadi lebih indah kerana cerita yang engkau latarkan ini duhai teman, begitu – ah! πŸ™‚

    Bagi Farish, aku mungkin akan beritahu Amar – “Am, meski dia kasar tetapi cintanya padamu begitu besar!”

    πŸ™‚

    1. Thanks sbb sudi nak jd editor saya πŸ™‚ Sejujurnya konsentrasi saya kurang ke arah bahasa sastera sbb kurang berpengalaman. Tapi sejujurnya saya benar2 mengharapkan komen/pandangan mengenai karya saya. Ayat awk mmg menarik πŸ™‚ Teruskan menilai karya saya! Thanks :3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s