BUKAN UNTUK AMAR (Bab 12)

Be-Yourself-No-Matter-What

Wajah Amar terus menjadi figura dalam mindanya walaupun realitinya dia sedang memandu kenderaan dan sewajarnya pandangan jalan menjadi figura utama mindanya. Hatinya berkecamuk antara kebencian dan kasih sayangnya kepada Amar. Tumbukkan dari orang yang cuba mempertahankan Amar semasa dia memaksa Amar untuk mengikutnya masih dirasainya. Fanaticism cintanya terhadap Amar mengatasi akal rasionalnya. Farish hilang pertimbangan dalam membuat keputusan malah bermasalah dalam menguruskan hidupnya.

Jika dia diberi peluang untuk membuat pilihan, dia rela memilih untuk bersama Amar walaupun dia perlu hidup susah. Keadaan ini semakin serius apabila bapanya Tan Sri Naqiuddin yang merupakan seorang usahawan berjaya memaksanya untuk berkahwin dengan calon isteri yang telah dipilihnya. Kebenaran mengenai status seksual anaknya itu telah memaksanya membuat keputusan itu walaupun anaknya berkeras menentang. Situasi ini mendorong Farish untuk muncul kembali mengganggu kehidupan Amar.

“Aku mesti dapatkan kau sebelum hari perkahwinan aku nanti. Aku akan bawa kau jauh dari sini dan kita hidup bahagia bersama. Aku janji aku akan lakukan apa sahaja asalkan kau menjadi milik aku selamanya,” getus hati Farish.

Lamunannya berhenti apabila kenderaan milik Farish sudah menghampir sebuah kelab malam di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Salah satu ruangan parkir kereta berdekatan pintu masuk kelab malam itu menjadi pilihan untuk memarkir kenderaannya. Menerusi tingkap gelap kenderaanya kelihatan sekujur tubuh sedang berdiri sambil bersandar di sebelah pintu kelab malam itu. Farish amat kenal dengan individu itu dan sememangnya individu itulah yang bakal menjayakan rancangannya. Rancangan untuk merampas semula Amar.

Enjin kenderaannya dimatikan. Langkahnya laju menghampiri individu yang sudah lama menanti kehadirannya. Asap rokok yang dihisap oleh individu itu dapat dihidu Farish dari jauh lagi. Individu itu sedar akan kehadiran Farish. Kepalanya yang dari tadi tunduk menatap bumi sudah beralih ke arah Farish. Wajahnya yang serius dan garang itu semakin menyerlah apabila dia mencampak rokok yang dihisapnya tadi. Farish faham sangat dengan sikap lelaki itu yang tidak suka menunggu.

“Sial, asal ko lambat sangat! Aku tunggu macam orang bodoh depan ni!” herdik lelaki itu.

“Relakslah Zack, patutlah sampai sekarang tak ada yang melekat. Asyik panas baran marah tak tentu hala,” perli Farish.

“Kepala kau! Aku bukan macam kau lelaki perempuan kau sapu. Untunglah handsome, kaya. Semua tergila-gilakan kau,” perli Zack kembali. Farish terdiam mendengar kata-kata Zack. Dia hanya membisu tanpa membalas apa-apa. Pintu masuk kelab malam yang sudah sedia terbuka menyambut pengunjungnya menjadi sasaran Farish. Zack tersentap seketika. Dia mengerti bahawa kenalannya yang dikenali menerusi laman sosial Planet Romeo sedang menghadapi kesukaran.

Zack hanya mengekori Farish masuk ke kelab malam itu. Mungkin Farish lebih selesa membincangkan isu itu di dalam. Mata-mata gatal pengunjung yang berada di dalam kelab malam itu leka memerhati Farish. Sudah menjadi kebiasaan rupa paras Farish yang menarik serta tubuh badan yang sasar selalu menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Farish hanya mengedahkan pandangan mereka kerana sudah lali dengan semua itu.

Meja berhadapan dengan waiter menjadi pilihan mereka berdua melanjutkan perbualan mereka yang tergantung tadi. Berlatar belakangkan muzik yang bernada sederhana mewujudkan suasana yang selesa dan kurang tekanan untuk Farish. Mungkin sebab itu dia memilih untuk bertemu Zack di kelab malam itu. Zack hanya memerhati tindak-tanduk Farish. Dia memberanikan diri untuk memulakan bicara.

“Kau apa masalah. Nak suruh aku belasah siapa?” soal Zack dengan nada selamba.

“Aku nak kau siasat siapa lelaki ni. Kalau boleh aku nak kau bunuh dia!” jawab Farish tegas sambil mengeluarkan sekeping gambar. Nada suaranya kesat apabila menyebut perkataan ‘bunuh’ dalam dialognya. Matanya memandang tajam ke dalam mata Zack. Zack hanya tersenyum sinis.

“Boleh tahan mamat ni. Asal? Dia bawak lari duit kau ke?” soal Zack sambil tertawa sendiri. Dahi Farish berkerut seribu mendengar soalan Zack yang baginya menyakitkan hati.

“Sial kau! Dia ni jantan sial yang nak rampas Amar aku. Bajet alim konon padahal bila sangap cari jantan juga! Bodoh sial jantan ni,” herdik Farish.

“Lah kau tak habis lagi kejar budak mentah macam tu? Kau boleh dapat lebih baik lah bro,”

“Aku suruh kau buat tu buat lah. Tak payah nak banyak tanya sangat. Ni duit pendahuluan untuk kau. Lagi 60% aku bagi kau lepas semua tugas kau selesai. Faham!” arah Farish serius.

Sampul yang berisi duit itu dicampaknya ke arah Zack. Zack hanya tersenyum sinis. Dia sudah terbiasa dengan orang seperti Farish. Sebelum ini dia sudah biasa menjadi upahan orang untuk mengintip mahupun membunuh. Pelbagai orang yang pernah berurusan dengannya. Malah menteri besar juga pernah mengupahnya untuk mengintip.

“Ok, kau ni cuba buat bersabar sikit. Aku tahu apa yang patut aku buat,” jawab Zack penuh angkuh.

Duit yang tersimpan dalam sampul putih pemberian Farish dibelik-beliknya. Setelah dia berpuas hati dengan wang pendahuluan itu. Dia langsung pergi membawa diri meninggalkan Farish keseorangan. Secawan air beralkohol yang sudah lama terhidang dihadapannya itu dicapainya. Tanpa memikirkan kesan sampingan pengambilan minuman itu, Farish terus menghirup minuman itu sehingga kering. Serta merta kepalanya pusing dan matanya berpinar-pinar melihat keadaan sekeliling. Dia cuba menggagahkan diri bangun dari tempat duduknya itu. Tanpa diduga tubuhnya yang lemah jatuh terkulai ke lantai.

* * * * * * * * * * * * * * * * *

“Tak bangun lagi si Amar ni? Dah lah balik lewat semalam,” rungut Hamdan. Dia hairan melihat Amar yang masih dibuai mimpi walaupun jam sudah menunjukkan jam 7.15pagi. Kebiasaannya Amar selalu sedar dari tidurnya lebih awal daripada Hamdan dan menyertai solat subuh berjemaah di surau.

“Amar bangun. Dah lewat nih!” tubuh Amar diusap kasar. Amar yang tadinya lena mula menunjukkan reaksi.

“Dah pukul berapa sekarang?” soal Amar dalam keadaan separa sedar. Hamdan menggeleng kepala melihat sahabatnya itu. Mungkin ini padahnya apabila tidur lewat malam.

“Dah pukul 7.15pagi. Bangun cepat!” jerit Hamdan. Amar terkejut. Lekas dia menggapai tuala dan perkakas mandiannya untuk membersihkan diri.

Sejurus Amar meninggalkan bilik, tablet pintar milik Amar berdering seketika menandakan satu mesej baharu diterima. Hamdan tertanya-tanya dan ingin tahu siapakah yang menghantar mesej seawal pagi itu. Sepanjang dia tinggal sebilik dengan Amar, tidak pernah sekali pun sesiapa yang menghantar mesej seawal pagi. Jika ada pun mungkin panggilan daripada keluarganya yang ingin bertanya khabar mengenai sahabatnya itu.

Perasaan ingin tahunya yang kuat itu memberanikan dirinya untuk membaca mesej tersebut. Sebelum itu dia melihat keadaan sekeliling untuk mendapatkan kepastian sama ada Amar masih di dalam bilik mandi atau tidak. Sejurus keadaan sekeliling sudah pasti aman, dia memberanikan membuka mesej yang dikirim oleh seseorang yang bernama Abang Hafiz. Setahu Hamdan sahabatnya itu tidak punya abang. Setelah mesej itu dibuka, maka muncullah isi kandungan mesej yang panjang lebar.

“Assalamualaikum, Amar. Ni Abang Hafiz. Dah bangun ke? Sebenarnya abang nak minta maaf sebab hantar Amar balik lewat malam. Tapi terima kasih sebab sudi luangkan masa dengan abang dan keluarga. Keluarga abang suka sangat dekat Amar. Katanya Amar ni pandai ambil hati. Lagi satu abang nak minta maaf fasal kejadian malam tadi. Abang tak sepatutnya buat Amar macam tu. Sorry”

Mesej tersebut hampir membuatkan bebola mata Hamdan hampir terkeluar dari posisi asalnya. Nafasnya turun naik seperti baru berlari marathon. Dia terlalu terkejut sehingga dia tidak sedar bahawa Amar sudah pun berada di sebelahnya. Hamdan tergamam. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Amar merampas tablet pintarnya itu daripada genggaman Hamdan. Mesej daripada Hafiz yang sudah dibuka itu dibaca. Mata dua sahabat ini bertentangan antara satu sama lain. Amar rungsing untuk menjelaskan kenyataan manakala Hamdan terus menerus menyalahkan dirinya kerana mengganggu privasi Amar.

“Sebenarnya…” Amar memberanikan diri untuk melafazkan kebenaran. Air liurnya ditelan bagi mencari kekuatan untuk menyatakan perkara yang sebenarnya. Hamdan terus menanti jawapan daripada mulut Amar. Tiba-tiba kedengaran bunyi tingkap pecah berhampiran bilik mereka.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s