PEMBETULAN

Be-Yourself-No-Matter-What

 

HAI! ASSALAMUALAIKUM 🙂

 

Mesti ramai yang tak sabar nak baca sambungan Bukan Untuk Amar ni. Mungkin ramai yang perasan ada beberapa kekeliruan watak dan kesilapan dalam cerita ni. *kalau perasan 😛 Mujur saya semak semula setiap bab, ada kesilapan sikit. Antara kesilapan yang ada *tak lah banyak tapi serius juga ialah:

 

  1. Dalam Bab 11, ada diceritakan mengenai satu watak money boy yang menggelarkan dirinya Zack! Sebenarnya namanya bukan Zack tapi Danish. Kalau pembaca perasan ada 2 watak Zack dlm cerita ni. Salah satunya Zack (money boy) dan seorang lagi Zack orang upahan Farish untuk merosakkan hubungan antara Amar dengan Hafiz. Jadi demi mengelakkan kekeliruan saya ubah nama watak money boy sebagai Danish dan mengekalkan watak Zack, orang upahan Farish.

PERUBAHAN DIALOG DLM BAB 11

“Kau kenapa kurang ajar sangat budak!” lelaki itu mula naik berang. Wajahnya mula merah padam tetapi dia berusaha untuk bersabar melayan kerenah money boy-nya itu.

“Aku dah tak nak buat benda ni lagi. Aku bosan. Aku penat,” keluh anak muda itu.

“Bosan? Aku dah bagi kau segala-galanya. Duit, baju, makan, rumah dan macam-macam lagi. Tapi sekarang kau cakap bosan? Kau sekarang milik aku. Kau kena buat apa yang aku nak! Faham!” tengking lelaki itu.

“Siapa cakap orang yang bernama Zack (DANISH) ni milik kau?” jerit anak muda itu.

“Sial! Joe! Wan! Kau kerjakan budak ni. Aku tak nak tengok muka dia lagi!” arah lelaki misteri itu kepada anak buahnya. Lantas Zack ditarik keluar dari kenderaan mewah itu lalu dipaksa mengikut masuk ke dalam kereta Proton Wira yang diparkir berdekatan dengan kelab malam itu. Zack menjerit meminta tolong tetapi tidak ada sesiapa yang mengendahkannya. Siapa berani masuk campur terutama sekali dengan samseng itu.

(atau klik sini untuk bacaan semula)

 

  1. Dalam Bab 13, kesilapan lokasi (latar tempat) dalam cerita. Masih ingat lagi tentang lelaki misteri yang menghubungi Hamdan untuk menceritakan rahsia dan siapa sebenarnya Amar. Kalau diikutkan mereka berdua nak bertemu di Mid Valley tapi di penghunjung Bab 13 saya terangkan tentang Restoran Old Town Bangsar South pula. Silap2 :3 Sepatutnya Old Town, Mid Valley! *biasalah menaip sambil layan KPOP 😛 tu yg silap

 

PETIKAN/LOKASI YANG DIUBAH DALAM BAB 13

“Kau siapa?” soal Hamdan serius. Amar cuba mencuri dengar perbualan mereka tetapi gagal apabila Hamdan beredar dari tempat duduknya itu.

“Kau tak perlu tahu siapa aku. Yang penting aku tahu yang kau nak tahu banyak perkara fasal Amar bukan? Jumpa aku malam ni di Mid Valley tepat jam 8.30 malam. Tempat aku beritahu kemudian,” si pemanggil terus mematikan telefonnya. Hamdan belum sempat berkata-kata. Kini dia mula keliru dengan sahabatnya itu…

…“Kau dekat mana? Aku dah sampai dekat tempat yang kau janjikan,” soal Hamdan kasar kepada si pemanggil menerusi telefon bimbitnya.

“Aku ada dekat dalam,” jawab lelaki misteri itu.

Restoran Old Town di Bangsar South (MID VALLEY) menjadi lokasi pertemuan Antara Hamdan dengan lelaki misteri yang mengakui dirinya seseorang yang amat mengenali Amar. Suasana restoran itu sunyi tanpa pelanggan mungkin kerana….

(atau klik disini untuk bacaan semula)

P/S: Minta maaf sangat2. Tak sengaja! 😥 By the way kalau rajin baca baliklah Bab 11 dan Bab 13 kalau nak elakkan kekeliruan 😛

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s