BUKAN UNTUK AMAR (Bab 14)

Be-Yourself-No-Matter-What

Langit malam yang gelap dihiasi dengan taburan bintang-bintang berkedipan berjaya menghiburkan hati Hafiz yang sedang menanti kehadiran Amar. Bintang-bintang itu seperti mengerti bagaimana perasaan Hafiz pada masa itu. Kegembiraan dan keterujaan. Itu yang mampu diungkapkan dalam perkataan mengenai perasaannya. Baginya berkenalan dengan Amar adalah satu anugerah yang tidak pernah dia harapkan. Dia yakin Amar mampu membuatkan dirinya terus kuat berdiri di muka bumi ini tanpa rasa kesunyian mahupun keresahan.

“Hah, termenungkan siapa tuh!” jerit Amar. Badan Hafiz terhenjut sedikit kerana terlalu terkejut dengan sergahan Amar tadi.

“Ish Am ni, terkejutlah abang. Boleh sakit jantung dibuatnya!” balas Hafiz sambil mengurut dadanya.

“Alah sorry lah. Termenungkan siapa sampai Am dah dekat sebelah pun boleh tak perasan?” soal Amar ingin tahu.

“Termenungkan siapa lagi kalau bukan Amar!” jawab Hafiz selamba. Amar tersentap sebentar. Hafiz berlagak biasa seperti kata-katanya tidak mendatangkan sebarang gangguan pada Amar.

“Jom lah!” ajak Hafiz.

“Nak ke mana?” soal Amar ingin tahu.

“Ada lah. Jom.” Amar hanya pasrah dengan kata-kata Hafiz.

Dari dulu sampailah sekarang setiap kali mereka berdua nak keluar, pasti Hafiz tidak memberitahu ke mana destinasi mereka. Amar lebih selesa mengikut sahaja kerana dia hanya menumpang kereta Hafiz dan tidak mahu banyak ragam. Kereta mewah milik Hafiz menyusur laju keluar dari universiti dan menuju ke lebuhraya yang bakal membawa mereka berdua ke suatu destinasi. Tanpa mereka sedari, kenderaan mereka diikuti seseorang. Seseorang yang bakal merosakkan hubungan mereka berdua.

**********************

 “Mesti dia kata dulu dia diliwat tanpa rela bukan? Itu semua munafik! Untuk pengetahuan kau, Amar tu popular masa sekolah dulu. Bukan senior sahaja, guru lelaki yang songsang pun dia layan. Bohonglah kalau dia kata dia tak rela kalau dah ramai jantan dia layan. Fasal pindah sekolah tu? Itu semua disebabkan rahsianya diketahui pengetua sekolah. Nak elakkan keluarganya dapat tahu pekara sebenar, dia pindah sekolah. Mudahkan dia perdayakan orang lain dengan tangisan mohon simpati orang. Kau masih belum kenal dia siapa. Jangan mudah tetipu dengan muka suci dia. Aku beritahu ni pun sebab aku tak nak kau kena tipu dengan dia. Aku dulu pun hampir-hampir kena tipu dengan dia tapi disebabkan aku lihat dengan mata dan kepala aku sendiri perbuatan terkutuknya tu. Langsung aku dah tak percaya lagi!”

Mata Hamdan leka melihat langit malam Kuala Lumpur menerusi jendela LRT Aliran Kelana Jaya. Kata-kata lelaki misteri yang menggelarkan dirinya abang angkat Amar masih terngiang-ngiang di telinganya. Pertemuan yang singkat di Restoran Old Town, Mid Valley telah menggoyahkan kepercayaannya terhadap Amar. Sukar untuk dia mempercayai kata-kata lelaki yang baru sahaja dia kenali. Terlalu awal untuk dia menerima bulat-bulat segala fakta tentang masa lalu Amar. Tapi abang angkat mana yang sanggup burukkan adik angkat dia sendiri.

“Next station Universiti, stesen berikutnya Universiti!” lamunannya hilang apabila mendengar pemberitahuan bahawa dia sudah tiba kedestinasi. Setelah turun dari platform, Hamdan memilih untuk mengambil teksi untuk pulang ke kolej kediamannya  yang jaraknya lebih kurang 600meter dari stesen.

****************

“Aku ingat kau je yang bodoh, rupa-rupanya kawan baik kau pun senang kena tipu. Naif!” Farish tersenyum sinis memikirkan balik pertemuan dia dengan Hamdan, sahabat Amar.

“Makin senang kerja aku lepas ni. Aku yakin kau akan melutut merayu depan aku lepas ni. Amar, Amar. Sombong sangat dengan aku ya! Nasib aku sayang kau lagi, kalau tak memang aku kongkek kau sampai mati.” bisik hati Farish lagi.

Produa Myvinya itu dipandu laju menuju ke Bandar Tasik Permaisuri. Hatinya senang kerana salah satu rancangannya telah berjaya. Peluang untuk dia mendapatkan semula Amar semakin cerah dan perkara yang perlu dia lakukan sekarang ialah menyingkirkan Hafiz dari hidup Amar. Lelaki yang berani masuk campur dalam urusannya memang wajar mati!

Selang beberapa minit, Farish akhirnya tiba ke rumahnya. Seperti biasa sasarannya pasti ke biliknya. Potret Amar yang tergantung didinding biliknya itu ditatap lama. Darah dalam tubuhnya mengalir deras ke setiap anggota badannya. Nafsunya membuak-buak menguasai fizikal dan mentalnya. Secara tidak langsung anggota sulit yang tersimpan disebalik seluar jean yang dipakai ketat itu mula kelihatan.

“Lihat muka kau je dah buat aku ghairah sampai macam ni. Aku memang tak tahan lagi,” bisik hati Farish sambil matanya masih menghadap potret Amar.

Lantas dia bangun mendekati meja soleknya, botol kecil berisi gel berwarna putih itu diambil. Gel itu dipicit keluar dan dicalit ke atas tangan kanan dan meratakannya ke seluruh telapak tangan. Kerusi di meja soleknya diangkat dan ditempatkan berhadapan dengan potret Amar. Semua pakaian pada tubuhnya ditanggal. Dari jauh dapat dilihat senjata kelakiannya tegak mencanak ke atas. Kerusi itu didudukinya lalu daging mentah yang berukuran kira-kira 6inchi setengah diusap perlahan-lahan. Setiap usapannya seperti memberikan keenakkan kepadanya. Kelajuannya semakin lama semakin bertambah sehinggalah sampai ke kemuncak.

Dengusannya memecah kesunyian rumah teres mewah 3 tingkatnya itu. Mujur dia tinggal bersendiri, jika tidak bunyi dengusannya pasti mendatangkan kecurigaan orang lain. Cecair melekit memancut-mancut membasahi lantai dan pergelangan tangannya. Kenikmatannya tidak terkata sehingga Farish lemah terkulai di kerusi yang didudukinya itu. Dadanya rancak turun naik menghela nafas setelah bertarung nafsu dalam dirinya.

“Sabar Farish! Tak lama lagi setiap malam kau akan lebih indah. Tunggulah kau Amar, aku akan pastikan kau akan sujud atas kaki aku!” bisik hati Farish lemah.

******************

Papan tanda yang terukir “i-City” serta dihiasi lampu LED menarik perhatian Amar. Dia tidak menyangka Hafiz ingin membawanya ke sini. Sudah lama dia menyimpan harapan untuk menjejakkan kaki ke i-City serta menikmati keindahan sinaran lampu LED yang menerangi taman tema tersebut. Akhirnya dia berjaya berdiri di bumi teknologi itu. Bibir Amar tidak lekang dengan senyuman yang terukir sejak dari pintu masuk lagi. Hafiz senang melihat Amar bahagia apabila berada di taman tema tersebut. Amar merasakan dirinya seperti di alam fantasi di mana segala-galanya indah dipandang. Kehadiran Hafiz disamping langsung tidak diendahkan dek kerana terlalu leka menikmati keindahan sinaran lampu LED di i-City.

“Amar suka tempat ni?” soal Hafiz memulakan bicara. Amar yang sejak tadi terleka mula memberi respond positif kepada Hafiz.

“Suka sangat-sangat. Dah lama Am teringin nak ke sini. Tapi tak sangka yang abang nak bawa Am ke sini. Thanks abang, sayang abang!” jawab Amar kegembiraan.

Lafaz sayang yang disebutnya itu terkeluar tanpa disengajakan. Amar terdiam sebentar, secara spontan tangan kanannya menekup mulutnya sendiri. Hafiz tersenyum melihat reaksi Amar yang tersipu malu dengan tindakannya sendiri. Pipi Amar mula kemerah-merahan menahan malu. Hafiz langsung meletakkan tangannya ke bahu Amar dan wajahnya mula mendekati wajah Amar. Jaraknya terlalu dekat, jika Amar bergerak sikit sudah pasti di bakal tercium lelaki disebelahnya. Perlahan-lahan wajah Hafiz mendekati wajah Amar.

“Abang pun sayang Amar,” bisik Hafiz di cuping telinga Amar.

Suara garau Hafiz yang merdu itu berjaya mengebahkan jiwa lelakinya. Jantungnya mula berdegup kencang tanpa penghujungnya. Keadaan sekelilingnya langsung diabaikan. Kini dirinya fokus pada Hafiz. Hanya kepada lelaki yang disukainya itu. Adakah ini peluang yang baik untuk dia mengakui perasaannya yang sebenar. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa lemas hatinya. Lemas dek rasa cinta dan sayang pada lelaki disebelahnya itu. Hafiz masih menatap wajah Amar hanya terpaku dalam dakapannya.

“Abang tahu apa yang Amar rasa masa kali pertama kita bertemu dalam KTM, abang mengerti senyuman Amar pada abang masa Am hampir kena langgar dengan teksi dan abang faham pandangan Amar masa majlis penghayatan islam dulu. Abang tahu semua tu,” pengakuan Hafiz menambahkan lagi kelemasan jiwa Amar.

Ternyata Hafiz telah menyedari nalurinya terlebih dahulu tanpa dia mengungkapkan lafaz cinta. Belum sempat dia membalas kata-kata Hafiz, tangannya ditarik dan dibawa ke satu tempat. Tempat yang diterangi lampu LED yang pelbagai warna dan suasananya tenang. Replika Swan yang tersegam megah dan dihiasi dengan lampu LED berwarna merah menyemarakkan lagi aura romantik. Kali ini hanya mereka berdua yang berada dalam dunia LED yang mempersonakan itu.

Hafiz tegak berdiri di hadapan Amar. Raut wajahnya serius dan bibirnya bergetar sedikit seperti ingin melafazkan sesuatu yang sukar untuk disampaikan. Sebuah kotak kecil berona hitam dikeluarkan dari poket seluarnya. Lantas Hafiz melakukan sesuatu yang membuatkan Amar terkejut, sesuatu yang tidak pernah Amar harapkan, Hafiz melutut di hadapannya sambil menghulurkan sesuatu yang sangat berharga. Hampir sahaja dia ingin menampar pipinya sendiri kerana dia menyangka ini semua hanyalah mimpi indah di malam hari.

“Ini kali pertama abang rasai perasaan cinta sepanjang hayat abang. Amarlah cinta pertama abang dan abang harap inilah cinta terakhir abang…” Hafiz membisu seketika. Dia seperti sedang menyusun kata-kata indah untuk disampaikan kepada Amar.

“Hadirnya Amar dalam hidup abang, membuatkan segala-galanya sempurna dan bahagia. Amar buat abang terus kuat dimuka bumi ini dan abang tak mampu hidup lagi tanpa Amar. Jadi, sudikah Amar menjadi teman hidup abang hingga akhir waktu abang? Sudikah Amar menerima cinta dari abang?” soal Hafiz.

Sepasang cincin yang tersimpan rapi di dalam kotak berona hitam itu dikeluarkan lalu disarungkan pada jari manis tangan kanan Amar. Di atas cincin itu kelihatan ukiran indah nama Hafiz. Setelah cincin itu disarung, mata Hafiz kembali menatap kembali tepat ke anak mata Amar. Dia masih menanti jawapan Amar sama ada lamarannya diterima. Amar terharu dengan lamaran dari seseorang yang dia cintai. Ternyata selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan, tepukannya disambut ikhlas oleh lelaki yang dia harapkan. Hatinya yang dahulunya kosong sudah terisi dengan satu lagi jiwa yang sudah lama dia nantikan. Amar memberanikan diri untuk melafazkan jawapan atas lamaran Hafiz. Jawapan yang pasti.

“Amar terima lamaran abang,” jawab Amar penuh yakin.

Cincin milik Hafiz yang masih tersimpan di dalam kotak berona hitam itu diserahkan kepada Amar. Segera Amar ambil dan sarungkannya pada jari yang sama pada tangan Hafiz. Terukir senyuman di bibir Hafiz melihat cincinnya disarung oleh lelaki yang dicintainya itu. Lantas dia mendakap Amar sekuat-kuatnya. Amar membalas pelukan Hafiz dengan rela. Mereka dapat merasai sendiri kehangatan cinta mereka melalui pelukan itu. Sekali lagi wajah Hafiz mendekati wajah Amar.

“I LOVE YOU, SARANGHAEYO!” bisik Hafiz di telinga Amar.

Amar hanya mampu tersenyum mendengar lafaz cinta dalam dua bahasa dari Hafiz. Bahasa Antarabangsa dan juga bahasa kegemarannya, Bahasa Korea. I-City menjadi saksi percintaan mereka berdua dan malam itu menjadi malam yang paling indah dan bermakna dalam hayat mereka berdua. Cincin pula menjadi tanda cinta mereka berdua dan tiada siapa yang mampu memisahkan mereka berdua lagi. Amar milik Hafiz dan Hafiz milik Amar.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

P/S: Actually saya tak pernah bercinta. Jadi kalau ayat tu tak berapa romantik, sorry tau ^_^” Terima kasih sebab bersabar menanti sambungan cerita Bukan Untuk Amar ni. Lepas ni perjalanan cerita akan lebih mencabar jadi bersedia untuk menerima kejutan! :3 I’ll try my best!

Advertisements

6 thoughts on “BUKAN UNTUK AMAR (Bab 14)

  1. Salam, sy baru jumpa blog saudara. Setakat ni sy baca cerita ni mmg best. Tapi bab ni macam pelik. Macam x kena dengan watak mereka terutama Hafiz yg agak alim. Cincin? I love you? Entahla mungkin sy tak jangkakan dorang akan se direct ni. Maaf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s