BUKAN UNTUK AMAR (Bab 15)

Be-Yourself-No-Matter-What

“I LOVE YOU, SARANGHAEYO!” bisik Hafiz di telinga Amar.

Amar hanya mampu tersenyum mendengar lafaz cinta dalam dua bahasa dari Hafiz. Bahasa Antarabangsa dan juga bahasa kegemarannya, Bahasa Korea. I-City menjadi saksi percintaan mereka berdua dan malam itu menjadi malam yang paling indah dan bermakna dalam hayat mereka berdua. Cincin pula menjadi tanda cinta mereka berdua dan tiada siapa yang mampu memisahkan mereka berdua lagi. Amar milik Hafiz dan Hafiz milik Amar.

Tanpa mereka sedari segala adegan mereka dirakam melalui lensa kamera di sebalik replika swan yang terhias indah dengan lampu LED. Lelaki yang merakam segala adegan pasangan itu ternyata berniat jahat. Dari jauh kelihatan senyuman sinis terukir dibibir lelaki itu. Lelaki itu lantas meninggalkan tempat itu. Kereta Proton Satria Neo berona jingga yang diparkir kemas di kawasan parkir i-City itu didekatinya. Lantas pintu kenderaan itu dikuaknya dan enjin kenderaan dihidupkan. Sementara itu, tangannya ligat menaip nombor telefon seseorang pada skirn telefon pintarnya.

“Hello, Farish aku nak jumpa kau esok!” pinta Zack

“Ok, Zack. Kau datang rumah aku je. Bye” jawab ringkas Farish. Setelah panggilan ditamatkan, pedal minyak ditekan lalu kereta itu meluncur laju keluar dari taman tema itu.

****************

“Terima kasih Am, terima kasih untuk segala-galanya,” ucap Hafiz yang sedang memandu pulang ke universiti.

Kepala Amar tidak lekang dari bahu Hafiz sejak awal pemanduannya lagi. Dia hanya memberikan senyuman manis tanda bahagia. Hafiz lega kerana akhirnya Amar akhirnya menjadi miliknya dan selalu akan memilikinya. Tangan gebu Amar digenggamnya. Kelembutan telapak tangan Amar dibelainya lembut penuh kasih sayang. Fokusnya masih lagi dalam pemanduan tiba-tiba…

“Abang!” jerit Amar.

Kemunculan satu jasad berwarna hitam melintasi hadapan keretanya membuatkan dia hampir hilang kawalan. Mujur dia sempat menekan pedal brek. Tubuh mereka hampir sahaja terlambung keluar kenderaan akibat brek mengejut. Namun, tali pinggang keledar menjadi penyelamat. Cemas mereka tidak terkata kerana hampir sahaja terlanggar orang. Lantas mereka keluar dari kenderaan bagi melihat keadaan manusia yang hampir sahaja terlanggar.

“Encik tak apa-apa ke?” soal Amar cemas.

Lampu kenderaan Hafiz menyuluh wajah samar lelaki yang hampir dilanggarnya itu. Kelihatan dahi lelaki itu berkerut seperti sedang menahan kesakitan yang teramat sangat. Tanpa menanti jawapan dari bibir lelaki itu. Lantas mereka berdua memapahnya masuk ke kereta lalu dikejarkan ke hospital berdekatan. Pusat Perubatan Universiti Malaya menjadi pilihan yang terbaik memandangkan ia satu-satunya pusat rawatan yang paling terdekat.

************

Husna duduk termenung di ruangan kegemarannya sambil menikmati keindahan malam yang masih muda menerusi jendela berhadapannya. Langsir yang diikat kemas mengelebang ditiup angin malam yang nyaman dan segar. Dirinya dibawa bersama dengan tiupan angin dingin malam itu. Pusing kepalanya memikirkan tentang rancangan ibu bapanya yang ingin menjodohkan dirinya dengan Hafiz, anak kepada sahabat ibu bapanya. Bukan dia tidak yakin dengan jodoh pilihan ibu bapanya, cuma dia sudah menganggap Hafiz seperti abangnya sendiri.

Ingin sahaja dia menolak pilihan ibu bapanya tetapi dia belum cukup kuat untuk menentang ibu bapanya. Baginya pilihan keluarga adalah yang terbaik. Tiba-tiba muncul bayangan seorang lelaki dalam lamunannya. Lelaki yang pernah dia cintai suatu ketika dahulu. Ketampanan dan keredupan wajah lelaki itu tidak pernah dilupai hingga hari ini. Lelaki yang sentiasa membuatkan hari-harinya lebih berwarna-warni. Segala kenangan bersama dengan lelaki itu masih segar dalam ingatannya walaupun individu itu sudah lama meninggalkannya. Matanya mula berkaca dan tak lama kemudian ianya pecah berkecai membasahi pipi mulus gadis itu.

“Kalaulah awak masih ada di sini, mungkin awaklah yang akan menemani saya di saat saya kesedihan,” bisik hati sayup gadis itu.

Air matanya yang mengalir itu dikeringkan dengan telapak tangannya. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya bagi mengumpul semua kekuatan yang masih ada dalam tubuhnya. Kedua-dua telapak tangannya dirapatkan seperti sedang menadah sesuatu. Lafaz suci al-Fatihah disertai kerinduan di hatinya disedekahkan kepada lelaki yang pernah dia cintainya itu. Kemudian doanya dihiasi dengan permohonan kepada yang Maha Esa.

“Ya Allah, kau tempatkanlah arwah Muhammad Zafriel Bin Mohd Zainal dalam golongan yang beriman. Amin.” Doanya diakhiri dengan meratakan telapak tangan ke wajahnya.

Kerinduannya pada Zafriel tidak pernah hilang walaupun sudah setahuan arwah meninggalkannya buat selama-lamanya. Sehingga hari ini dia masih belum menemui lelaki yang mampu menggantikan tempat kekasih hatinya. Melihat potret Zafriel dan menyedekahkan al-Fatihah cara yang terbaik bagi mengubati kerinduan terhadapat Zafriel. Husna masih ingat kata-kata terakhir Zafriel sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

Saya tetap cintakan awak sampai akhir waktu saya, tapi jika saya pergi dulu carilah pengganti saya yang mampu mencintai dan menjaga awak seperti mana saya lakukan.”

Wasiat terakhir Zafriel amat sukar untuk dia laksanakan. Sehingga hari ini dia masih tidak menemui lelaki seperti mana Zafriel mencintai dan menyayanginya. Husna tidak pernah berhenti berdoa dan bertawakal agar dipertemukan dengan lelaki seperti arwah Zafriel. Tanpa disedari Husna terlena dibuai mimpi dan pergi menjauhi dunia realiti yang baginya sukar dan perit untuk mengharunginya bersendiri.

******************

Hafiz berjalan ke hulu ke hilir di hadapan pintu bilik rawatan di mana lelaki yang hampir dilanggarnya tadi. Kebimbangannya tidak dapat nak diterangkan dalam perkataan. Rasa bertanggungjawab terhadap kejadian itu membuatkan dirinya tidak senang duduk menanti kondisi mangsa keadaan itu. Amar cuba meredakan menenangkan Hafiz yang kekecamuk jiwanya. Diusap-usapnya belakang Hafiz bagi meluruskan urat-urat yang tegang seribu.

“Sabar ya abang. InsyaAllah dia tak apa-apa. Macam ni apa kata abang pergi basuh muka dulu, biar Am yang tunggu dekat sini. Nanti kalau ada apa-apa Am call abang. Ok?” cadang Amar.

Hafiz tersenyum tawar. Dia hanya menuruti cadangan orang yang disayanginya itu. Kurang dari 2minit Hafiz berlalu pergi ke tandas, pintu bilik rawatan di hadapan Amar terbuka. Seorang doktor berkaca mata keluar di sebalik pintu itu. Wajah doktor itu sedikit cemas mengusik kebimbangan Amar. Lantas dia mendekatkan diri bagi mendapatkan doktor itu.

“Awak ahli keluarga si pesakit bernama Aqil Danish Bin Abdullah?” soal doktor untuk mendapatkan kepastian.

“Bukan tapi dia kawan baik saya,” jawab Amar tidak yakin. Amar tahu dia sedang menipu tetapi mungkin ini cara yang terbaik agar doktor itu yakin dengannya.

“Oh, mana keluarganya?” soal doktor lagi.

“Emm mereka duduk jauh dan tak sempat nak ke mari pada hari ini. Saya tolong wakilkan mereka. Bagaimana dengan kawan saya saya doktor?” tipu Amar.

“Boleh awak ikut saya ke bilik sebentar? Kita bicang dekat bilik saya.” cadang doktor.

“Boleh.” jawab Amar ringkas.

Setiba di bilik doktor yang merawat.

“Sebenarnya ada satu perkara yang perlu saya beritahu awak, Amar. Sebenarnya kawan awak tu tak apa-apa. Maksud saya dia tak tercedera dekat mana-mana anggota fizikal pun. Cuma ada satu perkara yang membimbangkan saya…” kata-kata doktor terhenti di situ.

“Kenapa doktor?” soal Amar yang tertanya-tanya.

“Adakah dia mengamalkan kehidupan homoseksual?” soal doktor. Nadanya serius.

“Maksud doktor? Saya tak faham,” Amar bertambah keliru dengan penerangan doktor.

“Saya dapati dia mengalami kecederaan yang serius pada bahagian sulitnya. Maksud saya anus*.” Jawab doktor. Dahi Amar mula berkerut. Dia seperti memahami maksud sebenar doktor.

“Maksud doktor dia diliwat?” soal Amar lagi. Dia cuba mengagak maksud tersirat penerangan doktor itu.

“Saya rasa macam tulah. Kecederaannya agak serius dan sebahagian bukaan anusnya terkoyak sikit dan keadaan ini memaksa saya melakukan sedikit jahitan pada bahagian tersebut. Buat masa terdekat dia perlu ditahan di sini. Mungkin dalam 5 hari lagi dia boleh pulang. Awak tahu apa yang berlaku pada dia sebenarnya?” soal doktor lagi.

“Tak. Saya memang tak tahu. Tak pe nanti saya cuba tanya dia,” jawab Amar penuh yakin.

“Ok. Kalau ada apa-apa beritahu saya secepat mungkin. Isu ni bukan perkara yang main-main. Awak faham kan maksud saya?”

“Baik doktor. Boleh saya lihat keadaan kawan saya?”

“Boleh, silakan.”

“Saya minta diri dulu,” Amar segera meninggalkan bilik doktor itu dan kembali ke bilik di mana Danish ditempatkan.

***************

“Macam mana dengan budak tu?” soal Hafiz semasa bertembung dengan Amar di hadapan bilik rawatan.

“Dia tak apa-apa abang cuma cedera sikit. Jom kita tengok dia,” ajak Amar.

Kelihatan Danish lena terlentang di atas katil dalam bilik rawatannya. Dari raut wajah lelaki itu jelas kelihatan kepenatan dan kesengsaraan yang telah dihadapinya sebelum ini. Amar amat memahami apa yang dirasai oleh orang yang baru dia kenalinya itu. Dalam masa yang sama Amar berusaha untuk merahsiakan perkara yang dibincangkan bersama dengan doktor tadi. Mungkin itu adalah cara yang terbaik bagi menutup keaiban Danish.

“Kesian dia,” kata Amar ringkas. Dia sangat bersimpati dengan keadaan Danish. Hafiz hanya membisu. Bahu Amar diusapnya perlahan bagi menenangkan kekasihnya itu.

“Marilah kita balik, lagi pun hari dah lewat. Lagi pun Am ada kuliah esok pagi kan? Esok petang kita melawat dia ok?” cadang Hafiz.

Amar hanya akur dengan perintah Hafiz. Mereka berlalu pergi dari bilik rawatan itu. Danish yang berpura-pura tidur tadi mula mencelikkan mata. Hatinya lega kerana akhirnya dia diselamatkan oleh orang yang tidak dikenalinya. Hatinya juga percaya mereka adalah orang yang baik. Mujur dia masih diberi peluang untuk terus hidup walaupun hidupnya dipenuhi dengan dosa.

“Alhamdulillah,” lafaz syukur yang mampu dilafazkan oleh Danish setelah banyak kejahilan yang telah dilakukan. Air matanya mula membasahi wajahnya. Keperitan yang dirasai pada  bahagian sulitnya itu masih dirasainya. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah bertahan dan terus bertahan.

***************

“Terima kasih abang untuk segala-galanya, sayang abang,” ucapan terima kasih diucapkan setiba sahaja di kolej kediaman Amar.

“Sama-sama sayang, by the way esok kita pergi sekali ya melawat Danish,” pinta Hafiz.

“Ok, Am masuk dulu ya. Good Night,” lantas Amar bangun dari tempat duduknya.

Namun, tangannya ditarik lembut oleh Hafiz. Amar terduduk semula. Hafiz mendekati wajah Amar lalu mencium pipi mulus Amar. Amar terkesima dengan perbuatan Hafiz itu tadi. Hafiz hanya tersenyum nakal melihat Amar yang terpaku membatu. Hamdan yang berdiri di balkoni biliknya sempat melihat adegan asmara Antara Amar dan Hafiz. Terkejut besar Hamdan melihat sahabatnya berkelakuan seperti itu dalam kenderaan lelaki yang tidak pernah Hamdan kenali. Kepercayaan terhadapat kata-kata dusta dari lelaki yang ditemuinya di Restoran Old Town, Mid Valley semakin menebal. Rasa bencinya pada Amar mula mekar dalam jiwanya.

Selang beberapa minit pintu bilik Hamdan dibuka seseorang. Amar muncul dengan wajah yang ceria. Hamdan hanya melihat Amar dengan pandangan benci. Amar tidak sedar dengan kebencian yang ditonjolkan Hamdan. Dia lantas membuka pintu almarinya. Baju yang tersimpan rapi di dalam almari itu diambil. Tuala yang digantung di sebelah katilnya itu diambil dan dipakainya. Pakaian yang dipakai disebalik tuala itu ditanggal semua. Hamdan masih memerhati Amar. Keghairahan melihat keputihan kaki Amar mula hadir dalam diri Hamdan.

Entah mengapa, sejak dia mengetahui sahabatnya itu bernafsu songsang. Keinginan untuk dia melakukan hubungan seksual dengan sahabatnya sendiri muncul tanpa dipinta. Walhal dia tidak pernah berkeinginan mahupun tertarik dengan lelaki. Namun malam ini nafsu berahinya naik mendadak apabila melihat Amar yang bertuala. Akal rasionalnya dirasuk syaitan berdarah dingin. Hamdan mendekati Amar yang masih berdiri di almari. Serta merta dia memeluk Amar sekuat hati dari belakang.

“Hamdan! Kau ni kenapa?” soal Amar.

“Aku nak kau Amar! Aku nak jiwa kau! Aku nak tubuh kau!” bisik Hamdan di telinga Amar.

“Lepaskan aku Hamdan. Tolonglah!” rayu Amar.

“Diam! Jangan menjerit! Kalau tak semua orang tahu rahsia kau. Kau nak?” bisik Hamdan. Amar ketakutan. Dia hilang pertimbangan sama ada dia perlu menjerit atau merelakan semua ini berlaku.

Tiba-tiba tablet pintar milik Amar berdering. Hamdan tidak menghiraukan panggilan itu. Dia lantas menolak Amar ke katilnya. Dengan rakusnya dia menjilat leher Amar yang berkeringat. Bau peluh jantan Amar menaikkan lagi nafsu Hamdan yang bakal meratahnya hidup-hidup. Dengan segera Hamdan membuka zip seluarnya. Amar berusaha untuk melepaskan diri tetapi gagal. Tiba-tiba pintu bilik mereka dibuka seseorang.

“Hoi!” jerit lelaki yang membuka pintu bilik mereka. Hamdan cemas.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

[GLOSSARY] anus-dubur

P/S: Cuba sedaya upaya habiskan cerita ni sebelum masuk semester baru. InsyaAllah cuba memupukkan sebanyak boleh pengajaran. Sekali lagi ingin diingatkan cerita ini bukan sesuatu yang menghairahkan cuma untuk merealisasikan suatu perjalanan hidup seorang PLU yang masih berpegang tenguh pada agamanya.

Advertisements

10 thoughts on “BUKAN UNTUK AMAR (Bab 15)

  1. Chaiyok, Mr K! Sy juga berharap agar Cerita Bukan Utk Ammar ini dpt habis baca dlm thn ini. Hehe.. Saudara mmg berbakat dlm penulisan, blh jd seorg penulis buku novel @ penulis skrip drama.

      1. Owhh…kira abg lah ni..thanks abg zul..teruskan menyokong saya Mr K..klu ada google+/twitter/facebook boleh follow up saya 🙂

  2. “InsyaAllah cuba memupukkan sebanyak boleh pengajaran. Sekali lagi ingin diingatkan cerita ini bukan sesuatu yang menghairahkan cuma untuk merealisasikan suatu perjalanan hidup seorang PLU yang masih berpegang tenguh pada agamanya.”
    inilah sebab utama saya meminati novel ini.. terima kasih kaki berangan =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s