BUKAN UNTUK AMAR (Bab 16)

Be-Yourself-No-Matter-What

Tiba-tiba tablet pintar milik Amar berdering. Hamdan tidak menghiraukan panggilan itu. Dia lantas menolak Amar ke katilnya. Dengan rakusnya dia menjilat leher Amar yang berkeringat. Bau peluh jantan Amar menaikkan lagi nafsu Hamdan yang bakal meratahnya hidup-hidup. Dengan segera Hamdan membuka zip seluarnya. Amar berusaha untuk melepaskan diri tetapi gagal. Tiba-tiba pintu bilik mereka dibuka seseorang.

“Hoi!” jerit lelaki yang membuka pintu bilik mereka. Hamdan cemas.

“Abang!” jerit Amar.

“Kurang ajar punya budak!” segenggam tumbukan melekat di pipi Hamdan. Tubuh Hamdan tercampak jatuh ke lantai dalam posisi terlentang. Hafiz lantas menarik tangan Amar bagi menjauhkan kekasihnya dari Hamdan. Hafiz menumbuk bertubi-tubi pipi Hamdan penuh berang.

“Sudah abang! Sudah!” pujuk Amar. Tubuh Hafiz dipeluknya dari belakang. Hafiz akur dengan pujukan Amar. Hamdan meraung kesakitan. Bibirnya berdarah dan pipinya lebam kebiru-biruan.

“Kalau kau kacau Amar lagi, siap aku kerjakan kau,” segera dia meninggalkan tempat itu bersama-sama Amar. Hamdan merungut dengan kegagalannya tidak dapat meratah sahabatnya yang menghairahkan itu.

“Dasar pelacur sial. Dengan abang tu kau layan tapi dengan aku kau tak nak ya Amar? Jaga kau!” bisik hati geram Hamdan.

**************

Sejak dari kejadian yang berlaku Antara dirinya dengan sahabatnya, Hamdan. Kelenjar lakrima* tidak henti-henti merembes air mata dan membasahi pipi anak muda ini. Perasaan terkejut dan terkilan masih tidak hilang dalam diri Amar. Dia tidak menyangka sahabatnya sendiri sanggup melakukan perkara terkutuk itu padanya tanpa rasa serba salah sedikit pun. Hafiz hanya membiarkan Amar melepaskan segala kesedihannya terlebih dahulu. Dia tidak mahu mempersoalkan sebarang pertanyaan kerana dia yakin orang yang dia sayanginya itu pasti sedang tertekan.

Kenderaan yang dipandu laju menuju ke kolej kediaman Hafiz itu diberhentikan seketika di bahu jalan berdekatan dewan peperiksaan utama universiti tersebut. Kini perhatian Hafiz hanyalah pada Amar. Dia tidak sanggup meihat orang yang disayanginya itu kesedihan. Mungkin kejadian tadi memberi kejutan yang besar kepada Amar dan mungkin boleh menyebabkan trauma. Namun, dia sebagai peneman hidup Amar wajar mengembalikan semula kekuatan Amar walau dengan apa cara sekali pun.

“Amar! Pandang abang, pandang abang,” pujuk Hafiz. Amar perlahan-lahan menoleh wajahnya menghadap Hafiz. Hafiz lantas memeluknya. Pelukan yang hangat dan ikhlas dari orang yang dicintainya itu. Hafiz mengusap lembut rambut Amar bagi memberi ketenangan mental Amar yang berserabut.

“Amar jangan risau lagi, abang akan sentiasa lindungi Amar walau apa pun yang terjadi. Ya?” pujuk Hafiz lagi. Tangisan Amar yang tadinya rancak mula kembali reda apabila mendengar kata-kata emas dari Hafiz.

“Abang, sebelum kita pergi jauh. Dah tiba masanya abang tahu masa silam saya,” jelas Amar. Serta merta pelukan hangat itu terlerai bagi memberi peluang untuk Amar menjelaskan sesuatu.

“Masa silam?” Hafiz sangsi dengan kata-kata Amar tadi.

“Mungkin selepas Am ceritakan semua ni, abang susah nak terima Am lagi,” peringatan yang sedikit mengejutkan Hafiz. Hafiz cuba bertenang untuk setia mendengar penjelasan Amar.

“Masa sekolah menengah dulu, ada sesuatu perkara yang berlaku pada Am. Sesuatu yang susah Am lupakan sampai sekarang..” Amar berhenti berbicara seketika. Nafasnya ditarik sedalam mungkin bagi mengumpul kekuatan untuknya membuka pekung di dadanya.

“Am pernah..Am pernah kena liwat dengan abang angkat Am dan kawan-kawan dia,” kata-katanya terhenti lagi. Air matanya kembali mengalir.

“Am kena tipu dengan abang angkat Am!” tangisannya kembali berlarutan.

Hafiz terkejut mendengar pengakuan Amar. Rasa simpati hadir dalam diri Hafiz mengenangkan semua peristiwa hitam yang telah dihadapi oleh Amar. Jari kasar Hafiz merapati wajah Amar, air mata yang mengalir dikeringkan penuh kasih sayang. Ternyata lelaki dihadapannya ini bukan sekadar matang malah kuat untuk terus berdiri sehingga hari ini. Muncul rasa bangga dalam hati Hafiz melihat Amar.

“Am, pandang abang,” pinta Hafiz.

“Walau apa pun yang telah berlaku pada masa silam Am, biarkan ianya berlalu. Jangan pernah dikenangkan lagi. Abang pasti ianya menyakitkan?” Amar hanya mengangguk. Matanya masih kuyu menunduk malu.

“Abang cintakan Amar kerana diri Amar dan bukan kerana masa silam Amar. Sudah jangan sedih lagi, abang tahu Amar kuat lebih kuat dari abang bukan?” pujuk Hafiz lagi. Tubuh Amar dipeluk erat bagi memberikan sebahagian kekuatannya pada Amar.

“Terima kasih abang, terima kasih sangat-sangat,” ucap Amar terharu.

“Dah jom kita balik bilik abang. Buat sementara waktu Am stay dekat bilik abang dulu. Nanti kita fikirkan macam mana ya? Tapi ingat jangan balik lagi bilik Am! Ok?” arah Hafiz.

“Tapi roommate abang macam mana pula?”

“Dia ok je, jangan risau. Am mesti tak menyesal kenal dengan dia,” jawab Hafiz sambil tertawa sendiri. DIa pasti sahabatnya Iqram pasti tak henti-henti bergurau dengan Amar nanti.

“Terima kasih lagi,” Amar gembira mendengarnya.

“Shuuuuut, jangan asyik ucap terima kasih dengan abang! Nanti abang gigit hidung tu baru tahu,” hidung mancung Amar ditariknya.

“Sakitlah!” jerit Amar manja. Hafiz tertawa melihat gelagat lelaki itu.

“Abang tak perlukan lagi mimpi indah di malam hari kerana ada kamu Am, melihat senyuman manismu sudah cukup mewarnai hidupku, Am” bisik naluri lelaki Hafiz sambil melihat wajah Amar yang sudah kembali ceria. Enjin keretanya dihidupkan lalu segera meninggalkan perkarangan dewan peperiksaan utama universiti itu.

***************

Kehadiran Amar di bilik tempat Hafiz disambut baik rakan sebiliknya, Iqram. Ternyata benar kata-kata Hafiz mengenai Iqram. Iqram memang suka dengan kehadiran Amar dan sejak pertemuan kali pertama hinggalah keesokkan harinya, Iqram asyik menggangu Amar. Gurau senda yang tidak pernah kering gusi dibuatnya. Sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku pada malam lalu semakin dilupai.

“Weh Iqram, mulai malam ni aku dengan Amar stay dekat rumah keluarga aku tau,” kata Hafiz yang sibuk menyiapkan dirinya di hadapan cermin yang tergantung pada pintu almarinya. Amar hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka.

“Lah, kenapa pula?” soal Iqram. Amar kebimbangan, kalau boleh dia tidak mahu peristiwa semalam diungit semula.

“Bilik Am ada masalah sikit, buat sementara ni dia kena stay dengan aku dulu,” jawab Hafiz cuba mengelak dari menceritakan kebenaran. Sempat Hafiz memberi senyuman pada Amar. Amar membalas senyumannya tanda terima kasih.

“Alah kau ni, kenapa tak nak terus stay dekat bilik ni. Aku tak kesah kalau nak kongsi bilik Am. Boleh aku kaca dia lagi,” bahu Am dipukul lembut. Amar tersenyum mendengar kata-kata Iqram. Memang benar lelaki itu gemar sungguh menggangunya. Tetapi hanyalah gangguan mesra.

“Ish kau ni, bilik kita bukannya besar mana. Nanti kau jangan rindu aku pula,” gurau Hafiz.

“Rindu? Jangan harap. Lebih baik aku rindu adik angkat kau tuh. Betul tak Am?” gurau Iqram lagi.

“Betul, betul,” geli hati Amar menjawabnya.

“Ok lah aku gerak dulu, nak hantar Am. Nak ikut tak?” pelawa Hafiz. Iqram hanya menggeleng kepala menolak tawaran itu.

“Jom, Am,” panggil Hafiz. Amar menyusul Hafiz keluar dari biliknya. Sempat dia bersalaman dengan Iqram sebelum meninggalkan bilik itu sebagai tanda hormat kepada orang yang senior darinya.

 

Kenderaan mewah Hafiz menghampiri monument pendidikan, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Beberapa pasang mata pelajar yang sedang berjalan kaki ke pusat tersebut memerhati kenderaan tersebut. Rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar tersebut secara tidak langsung membuatkan Amar segan untuk keluar dari kenderaan tersebut. Pelbagai spekulasi bakal timbul dari buah mulut mereka. Mujur cermin yang menutupi kenderaan itu direka khas supaya pemandu dan penumpang dalam kenderaan tersebut tidak dapat dilihat jelas dari luar.

“Ok dah sampai, cepat masuk nanti lambat pula masuk lecture,” nasihat Hafiz. Amar yang terpinga-pinga melihat keadaan diluar tadi kembali menoleh ke arah Hafiz.

“Ya lah, terima kasih sebab tolong hantarkan Am. Pergi dulu,” tangannya dihulur untuk bersalam dengan Hafiz. Selepas salam itu disambut, Hafiz langsung memeluknya.

“Abang! Janganlah nanti kawan Am nampak,” keluh Amar yang berusaha untuk melepaskan dakapan erat Hafiz namun gagal.

“Cermin ni kan gelap, mana nampak. Kalau nampak pun biarlah, asalkan abang dapat peluk Am,” jawab Hafiz selamba. Akhirnya dia meleraikan pelukan itu. Sudah tiba masanya mereka berdua berpisah untuk sementara bagi berjuang dalam medan ilmu.

“Bye, assalamualaikum,” lambai selamat tinggal menghiasi kata-kata Amar.

“Waalaikumussalam,” jawab Hafiz ringkas. Kenderaan mewah itu berlalu pergi meninggalkan tempat itu.

Amar pula bergegas ke dewan kuliah kerana masa kuliah sudah hampir tiba tidak lama lagi. Langkah demi langkah penuh berhati-hati menaiki tangga kejayaan pusat asasi menuju dewan kuliah tersebut. Lokasinya yang berada di kaki bukit sememangnya menguji ketahanan mental sesiapa sahaja yang ingin menuju ke dewan kuliah itu. Setiba sahaja di hadapan pintu dewan kuliah, ditemani lafaz Basmalah pintu dewan kuliah itu dibuka perlahan-lahan. Rasa syukur hadir dalam hatinya kerana ternyata masih ramai yang masih belum tiba dan tempat duduk kegemarannya masih belum ada sesiapa dudukinya.

Lekas dia mengambil tempat, beg galasnya diletakkan di sebelah sisi kanannya. Baris ke dua paling hadapan dengan pentas ilmu menjadi lokasi terbaik untuknya menelaah pelajaran. Sudah menjadi kebiasaan baginya, tablet pintar akan setia digenggamannya. Sedang dia leka membaca terbitan terkini sebuah blogger kegemarannya, ekor matanya terangsang terhadap satu jasad seseorang yang semakin lama semakin menghampirinya. Ternyata jasad itu adalah Hamdan, lelaki yang dahulu amat dia percaya namun kini semuanya telah berubah.

“Macam mana malam tadi? Puas kau dengan abang tu?” sindir Hamdan. Tempat duduk yang kosong disebelah Amar didudukinya. Pipinya yang lebam akibat ditumbuk malam semalam masih kelihatan lagi.

“Kurang ajar kau! Kau kenapa? Kenapa berubah jadi macam ni? Aku dulu kenal kau baik tapi sekarang..”

“Kenapa sekarang aku sangap dekat kau? Tu maksud kau?” Hamdan memintas dialog Amar. Belum sempat Amar menjawabnya Hamdan bersuara lagi.

“Aku jadi macam ni sebab kau! Sejak aku dapat tahu kau tipu aku hidup-hidup! Sejak aku dah tahu siapa sebenar kau, aku ingat kau baik tapi ternyata dasar sundal,” hina Hamdan lagi. Hati Amar terguris mendengar penghinaan yang keluar dari mulut sahabatnya itu.

“Apa maksud kau?” soal Amar mohon penjelasan walaupun hatinya sudah cukup sakit dengan semua penghinaan itu.

“Tak payah nak bersandiwara lagi, Farish dah beritahu semuanya!” jawab Hamdan lagi.

“Farish? Macam mana kau boleh kenal dia?” Amar terkejut apabila mendengar nama lelaki yang dibencinya keluar dari bibir Hamdan.

“Itu tak penting, aku tak sangka kau ni murah juga. Tapi kenapa kau tak nak layan aku macam lelaki lain dekat luar sana?” sindir Hamdan lagi.

Tangannya mula merayap ke arah peha Amar yang dibaluti dengan seluar slack hitam. Tanpa rela Amar menepis kasar tangan Hamdan. Segera Amar bangun dan meninggalkan dewan kuliah itu. Kalau diikutkan hati ingin sahaja dia menumbuk Hamdan sekuat-kuatnya tetapi dia tidak mahu mengambil risiko mencacatkan prestasi disiplin. Laju Amar membawa diri ke satu tempat di mana dia boleh menenangkan hatinya yang luka. Hanya tasik varsiti yang terlintas dalam fikirannya yang serabut itu. Tidak mampu lagi Amar untuk meneruskan sesi kuliah pada hari tersebut, hatinya sudah cukup kecewa, fikirannya sudah cukup serabut, fizikalnya sudah mula lemah tidak berdaya.

Kakinya semakin lemah, tidak mampu berdiri lagi. Jatuh melutut menyembah bumi Amar di atas rumput menghijau milik tasik varsiti itu. Air mata yang diharapkan tidak akan mengalir lagi kembali mengalir semula. Keadaan sekeliling langsung Amar tidak endahkan lagi, apa yang dia rungsingkan adalah soal dirinya. Hanya dirinya dan bukan sesiapa lagi, termasuk orang yang dia sayangi, Hafiz. Rimbunan pohon-pohon yang ditiup angin di hadapan Amar seperti menari-nari melihat kesedihannya. Bertambah berang jiwa raganya.

“Kenapa aku yang hadapi semua ini! Kenapa? Apa dosa aku? Apa silap aku? Aku reda dengan apa yang telah berlaku sebelum ni, aku reda tapi kenapa bila aku mula nak rasa apa itu kebahagiaan, semua kepahitan musnahkan segala-galanya. Kenapa air mata menemani aku sepanjang hayat! Kenapa?” jerit Amar putus asa. Kesunyian tasik dibisingi dengan lontaran suara anak muda ini.

“Sebab kau tak memilih aku!” sahut seseorang yang muncul secara tiba-tiba. Kesunyian tasik itu membenarkan Amar mengesan bunyi telapak kaki yang sedang menghampirinya dari belakang.

“Abang Farish?” terketar-ketar Amar menyebut nama gerangan sang penyahut seruannya. Dia bergerak selangkah ke belakang.

“Kenapa? Kau takut? Jangan risau sayang, abang tak akan cederakan Am. Abang cuma nak Am kembali pada abang, itu sahaja,” rayu Farish penuh simpati. Langkah demi langkah Farish mendekati Amar. Amar juga turut berundur langkah demi langkah.

“Apa yang abang dah cakap dekat kawan saya? Apa abang?” soal Amar penuh kebencian.

“Hamdan? Budak bodoh tu? Aku tak cakap apa-apa, cuma bergurau sikit je. Tapi sayang dia terlalu bodoh, ternyata nipis sungguh persahabatan kau orang berdua? Kesian!” penuh angkuh Farish berkata-kata.

“Sampai hati abang buat saya macam ni? Sampai bila abang? Sampai bila?” air mata Amar mula mengalir deras membasahi seluruh wajahnya.

“Sampai abang dapat sayang lah,” langkahnya semakin menghampiri Amar.

“Tapi saya tak boleh nak terima abang, jangan cari lagi tolong abang,” rayu Amar. Lantas Amar melangkah seribu langkah melarikan diri dari Farish.

“Hoi! Kau nak lari mana?” jerit Farish. Dia langsung mengejar Amar. Sepantas kilat langkah Farish mendahului Amar. Tubuh Amar dirangkulnya dari belakang lalu diheret ke dalam semak disebalik sebuah pokok besar.

“Lepaskan Am abang! Lepaskan!” meronta-ronta Amar meminta dilepaskan.

“Aku cakap diam, diam!” perintah Farish. Sedang dia ligat mendiamkan Amar dari terus meronta, matanya tertarik pada cincin yang terpakai kemas pada jari manis Amar. Rasa geramnya semakin memuncak apabila terlihat cincin itu.

“Ni cincin dari siapa? Dari siapa? Ha? Dari budak yang berlagak alim tu kan?” soal Farish penuh berang. Amar tidak menghiraukan pertanyaan Farish, dia hanya fikir bagaimana untuk dia melepaskan.

“Tolong! Tolong!”

“Aku cakap diam! Tak faham ke? Aku tanya ni cincin siapa?” soal Farish lagi. Dia masih tidak berpuas hati selagi tidak mendengar sendiri jawapan dari mulut Amar.

“Hoi!” tiba-tiba muncul satu suara yang datang dari jauh. Seorang lelaki yang amat Amar kenali berlari ke arahnya.

“Sial!” keluh Farish. Dia langsung melarikan diri demi menyelamatkan diri dari tertangkap. Segera dia menghidupkan ejin kereta yang diparkir berdekatan lalu meninggalkan tempat itu.

“Kau tak apa-apa ke?” soal Iqram risau. Amar membersih tubuh badannya yang dipenuhi pasir dan dedaun kering yang melekat.

“Am tak apa-apa,” jawab Amar ringkas.

“Siapa lelaki tadi tu?”

“Entah, Am tak kenal. Tiba-tiba dia serang,” bohong Amar.

“Pelik, by the way ni betul-betul ok ke?”

“Ya, don’t worry,”

“Macam mana Am boleh ada dekat sini? Bukan patutnya ada kelas ke?”

“Ada tapi kena cancel. Sebab tu Am jalan-jalan dekat sini,”

“Ish,ish,ish. Jalan seorang je? Bahaya tu. Dah kalau dah macam ni Am balik bilik abang, biar abang hantar.”

“Tak pe lah abang, abangkan ada kelas. Biar Am balik sendiri,”

“Adoi lupa pula, tapi Am betul boleh pergi sendiri?”

“Betul. Jangan risau,” sekuntum senyuman diberikan supaya Iqram tidak kebimbangan lagi. Kunci biliknya diberikan kepada Amar. Mereka berdua langsung meninggalkan tempat tersebut.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

[GLOSSARY] Kelenjar lakrima-kelenjar air mata

P/S: Minta maaf sangat sebab post tak mengikut masa yang ditetapkan sebab masalah teknikal. Diharap pembaca semua dapat maafkan saya dan terhibur dengan bab terbaru ini.

Advertisements

6 thoughts on “BUKAN UNTUK AMAR (Bab 16)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s