Realiti Amar?

AyKyrDSCIAA332h-450x300

Cinta yang tidak akan pernah kesampaian. Itulah hakikatnya. Hati terus bergelumang dengan kegilaan nafsu cinta yang tidak pernah reda. Aku sentiasa dahagakan cinta darimu. Aku tidak pernah sekali pun melupakanmu. Tidak juga pernah aku berhenti dari terus mengingatimu walau di mana aku berada. Tapi aku hanya mampu merasai cintaku sendiri tanpa mengetahui sama ada aku hanya bertepuk sebelah tangan ataupun sebaliknya. Di saat aku kecewa, melihat kau tersenyum dari jauh sudah cukup melenyapkan segala kekecewaan yang ada. Kemanisan senyumanmu yang terukir indah tidak pernah lenyap dari fikiranku. Namun, aku tidak mampu melihat kau dari jauh lagi selepas ini. Kerana detik perpisahan sudah semakin menghampiri kita. Dan pada saat itu aku akan kesunyian dan terduduk melutut bersendiri di kamar tidurku. Air mata yang mampu menceritakan apa yang aku rasakan pada detik itu. Ternyata kau tidak sengaja telah mencuri hati aku dan dibawa jauh dari jasad pemiliknya. Hanya dengan mencari jejakmu aku mampu kembali tersenyum gembira seperti dulu. Jarak menjadi penghalang untuk aku mengambil hatiku semula. Namun, apa bezanya jika aku dapat kembali hatiku yang kau bawa bersama lalu mengetahui sendiri yang kau tidak pernah menerimaku dalam hidupmu. Sudah pasti hatiku telah hancur lebih dari sekarang. Pada saat itu adakah aku mampu berdiri teguh seperti hari ini? Walaupun kau menerima aku dalam hidupmu, adakah kau ikhlas menerima aku atau hanya kerana terpaksa?

Jujur aku katakan aku belum cukup kuat untuk menerima kenyataan yang pahit darimu malah aku juga tidak cukup gagah untuk membencimu sepanjang hayatku. Terkadang aku merasakan cinta itu pahit, tidak ada manisnya jika hati terus terpaut pada mereka yang tidak mahu. Adakah aku masih mentah untuk mengenal erti cinta? Adakah aku tidak berhak untuk bercinta? Semua kerana kecacatanku sendiri? Kecacatan yang tidak nampak pada zahirnya namun terus mencengkam batinku buat selamanya? Semakin aku menafikan kecacatanku semakin parah batinku terseksa. Jika aku berhak memilih sama ada untuk terus begini atau hidup tidak berjiwa, aku pasti memilih untuk terus hidup tidak berjiwa. Kerana aku pasti rasa perit ini tidak akan pernah wujud dalam kamus hidupku jika jasadku tidak berjiwa. Jika aku mampu menukarkan jasadku, akanku cari jasad yang sepadan dengan cintaku ini. Namun, semua itu hanyalah harapan yang tidak akan menjadi kenyataan. Mengapa? Kerana jika ianya menjadi kenyataan sudah pasti aku tidak lagi beragama. Mungkin jalan yang lurus ini akan tersempang jauh menjauhi pengakhiran yang indah di akhir nafasku. Walaupun perit untuk aku lafazkan tetapi aku tidak mampu menentang takdir Ilahi kerana dirimu bukan tercipta untukku.

Advertisements

3 thoughts on “Realiti Amar?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s