BUKAN UNTUK AMAR (Bab 21)

Be-Yourself-No-Matter-What

“Ibu, sunyinya hari ni? Mana yang lain?” soal Hafiz kepada ibunya yang sibuk menguruskan apa yang patut di dapur. Sempat Hafiz melihat terdapat 2 buah pinggan kotor terletak di atas meja makan di dapur rumahnya itu. Sudah pasti ada orang yang sudah bersarapan pagi.

“Dah bangun? Tu lah kamu, bangun lambat lagi. Ayah kamu baru Β keluar, katanya teman kawannya main golf. Kalau Amar pula dia ada kelas ganti.”

“Dia pergi dengan siapa ibu?”

“Ayah kamu yang hantar. Dah lah pergi makan cepat, kejap lagi temankan ibu pergi rumah mak Husna ya. Keluarga Husna baru balik dari Korea kelmarin, katanya ada ole-ole untuk kita. Sebab tu dia suruh ibu datang. Boleh kan?” soal si ibu penuh harapan.

Hafiz hanya tersenyum tawar melihat ibunya. Ingin membantah tidak sopan pula, lagi pun dia tidak ada komitmen lain pada hari tersebut melainkan duduk di rumah dan menonton televisyen. Mengenai ole-ole itu hanya alasan ibunya bagi menyembunyi hasrat sebenar ibunya. Namun, Hafiz sudah masak dengan sikap ibunya. Ternyata ibunya benar-benar mahu merapatkan hubungannya dengan keluarga Husna malah mungkin lebih dari itu. Mungkin jika orang lain ditempatnya pasti akan mengikut sahaja rancangan keluarganya itu. Namun, hakikat tidak pernah membohonginya, secantik mana pun Husna. Hatinya belum pernah beralih arah dari terus mencintai Amar. Mungkin jijik jika dilafazkan di halayak ramai. Tapi apakan daya itulah kebenarannya. Benar kata sasterawan negara, cinta itu buta. Tidak kira siapa pun mereka, jika hati kata cinta tidak ada anasir lain yang mampu menyangkalnya.

“Kalaulah Amar tu perempuan, dah lama aku suruh ibu merisik dia. Esok terus kahwin tak payah pening kepala nak sorok-sorok perasaan ni.” Hafiz bermonolog sendiri.

Lekas dia membawa dirinya ke bilik semula untuk menyiapkan diri ke rumah keluarga Husna. Seluruh tubuhnya berasa berat sekali, mungkin hatinya tidak mahu mengikuti jasadnya bersama ke rumah keluarga Husna. Hanya jasad yang dipaksa pergi sehingga dia tidak sedar bahawa dia sedang menyeksa dirinya sendiri demi menjaga hati ibunya. Ada kalanya Hafiz keliru, adakah dia mampu melindungi cintanya terhadap Amar jika dia terus bersikap sebegini. Hanya mengikut apa yang ibunya katakan. Adakah dia berhak menolak harapan ibunya yang ingin memenantukan Husna?

Β  * * * * * * * *

“Jangan lupa kita tinggal lagi 4 minggu sebelum final exam. Saya harap semua jangan lupa study dan cover semua yang saya ajar. Kalau ada masalah, jumpa saya terus dekat bilik saya ok?” ucap seorang pemuda lewat 20-an kepada pelajar-pelajarnya.

Sifat pensyarah muda yang mesra ini selalu membuatkan ramai pelajar mendekatinya. Amar juga turut tidak terkecuali menjadi salah seorang pelajar yang kerap hadir ke biliknya bagi mendapatkan kefahaman jika wujud sebarang kekeliruan. Malah, wajahnya yang menarik turut berjaya membuatkan ramai pelajar perempuan menyimpan perasaan kepadanya. Amar juga pernah menyimpan perasaan kepada pensyarahnya itu. Namun, setelah mengetahui bahawa pensyarahnya itu sudah bertunang, jadi dia berazam untuk menyingkirkan perasaan suka itu.

“Dr Izwan! Dr Izwan!” jerit Amar dari jauh. Langkah pensyarahnya terhenti apabila mendengar ada seseorang yanh memanggilnya.

“Oh kamu Amar. Kenapa? Ada yang tak faham ke?”

“Ada sikit Dr. Saya pening sikit tentang chemical test carboxyl group yang Dr ajar minggu lepas. Boleh saya jumpa Dr nanti?” Β  “Boleh, hari ni saya free pukul 5petang. Nanti datang terus bilik saya ya?”

“Ok Dr Izwan. Thanks!”

“Most welcome. By the way saya pun memang ada benda nak tanya dekat awak.”

“Apa dia Dr?”

“Nantilah, masa petang nanti. Lagi pun saya nak cepat ni sebab kejap lagi vice chanselor nak melawat tempat kita ni.”

“Ok Dr. Thanks again.”

“Welcome.” Dr Izwan berlalu pergi meninggalkan Amar tanpa menoleh ke belakang.

Fikiran Amar melambung jauh berangan yang bukan-bukan mengenai Dr Izwan itu. Keterampilan yang amat kemas dan mempersonakan itu selalu menimbulkan kesangsian Amar mengenai identiti seksual pensyarahnya itu. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan Dr Izwan itu sama sepertinya. Semasa kali pertama dia bertemu dengan Dr Izwan pada awal semester 1 dulu, matanya tidak lekang dari menatapi susuk tubuh Dr Izwan itu. Bukan sahaja tegap malah warna kulitnya yang sawo matang itu sedikit sebanyak mencabar nafsu Amar apabila ditatapnya lama. Ada kalanya fikiran Amar langsung tidak fokus pada pengajarannya kerana terlalu leka melihat keindahan yang ada pada Dr Izwan itu. Namun, Amar tidak dapat menafikan lelaki yang berjaya memiliki hatinya, Hafiz jauh lebih baik dari Dr Izwan. Amar yang dari tadi berdiri melihat bayang Dr Izwan berlalu pergi hanya tersenyum sendiri mengenang detik awal dia mengenali pensyarahnya itu.

“Kau ni dah milik orang, jangan nak menggatallah!” Amar monolog sendiri. Dia lantas kembali ke dewan kuliah bagi meneruskan kuliah yang seterusnya.

Tanpa dia sedari dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang yang tidak henti mengintipnya sejak dari awal perbualannya dengan Dr Izwan. Individu yang menyorok di sebalik dinding dewan kuliah itu mula memunculkan diri. Namun, Amar tidak sedar akan kehadirannya. Dari jauh individu itu memandang tepat ke arah Amar. Kali ini pandangan matanya berbeza dari sebelum ini. Matanya redup seperti sedang menanggung rasa bersalah yang teramat sangat terhadap lelaki yang dilihatnya itu. Anak matanya tiba-tiba berkaca.

“Aku tak patut buat kau macam tu. Aku kawan yang kejam!” bisik bibir lelaki itu. Tidak lama kemudian dia menyusul Amar memasuki dewan kuliah.

* * * * * * * *

Kuliah petang adalah satu penyeksaan kepada kebanyakkan pelajar yang senasib dengan Amar. Sudah menjadi lumrah manusia, tahap konsentrasi mereka lebih rendah pada waktu petang. Ditambah pula jadual mereka yang padat sepanjang hari. Ada sahaja pelajar yang lemah longlai tertidur di kerusi masing-masing. Amar juga ada kalanya begitu. Namun, kali ini matanya segar seperti ada sesuatu yang menahan kelopak matanya dari tertutup. Segar dari biasa. Malah kuliah Biologi petang itu mampu dia fahami dengan mudah tanpa sebarang halangan.

“Baiklah, sampai di sini sahaja untuk hari ni. Next lecture kita akan sambung bahagian Human Heart and how its work,” kata pensyarah biologi itu. Semua pelajar teruja mendengar kata-kata terakhir pensyarah itu sebelum kuliah pada hari tersebut berakhir. Pelajar yang enak dilamun mimpi juga terus segar dari tidur. Masing-masing bergegas meninggalkan dewan kuliah.

“Kau balik kolej tak?” soal rakan yang duduk di sebelah kanan Amar.

“Tak, aku nak jumpa Dr Izwan kejap. Kau balik dulu lah ya?” jawab Amar sambil tersenyum.

“Hem ya lah. Tapi jangan lupa nanti aku nak pinjam tutorial Chemistry kau tau. Aku tak faham nak buat.” pinta rakannya itu.

“Ok, nanti kau datang bilik aku lepas Maghrib nanti.” jawab Amar lagi

Rakannya itu berlalu pergi meninggalkan Amar. Ketika ini suasana dewan kuliah semakin suram dan hambar kerana hampir semua pelajar sudah meninggalkan dewan. Hanya tinggal Amar dan beberapa orang pelajar yang masih di dalam dewan lagi. Amar bergegas mengemas begnya lalu menuju ke bilik Dr Izwan. Setiba di hadapan bilik Dr Izwan, perlahan-lahan dia mengetuk pintu. Selang beberapa saat satu suara muncul di sebalik pintu itu.

“Masuk!” jerit Dr Izwan dari dalam biliknya. Selepas mendapat kebenaran, Amar menguak pintu bilik itu.

“Assalamualaikum, Dr Izwan.” Amar memberi salam tanda penghormatan.

“Waalaikumussalam, duduklah. By the way pintu tu tutup ya,” arah Dr Izwan. Amar hanya akur dengan perintahnya.

“Sebenarnya saya pening sikit pasal chemical test untuk carboxyl group. Banyak sangatlah observation yang kena hafal Dr. Ada apa-apa cara nak mudahkan hafal?” soal Amar.

“Oh pasal chemical test? Memang banyak kenal hafal. But you have to understand first and it would be easier for you.” jawab Dr Izwan.

“Oh, boleh tak kalau Dr terangkan balik pasal ni?” soal Amar.

“Boleh, kalau nak Dr terangkan semua pun boleh. Tapi dengan satu syarat.”

“Syarat apa Dr?” soal Amar penuh kehairanan. Tiba-tiba telapak tangan Dr Izwan menjalar ke arah tangannya. Amar mula rasa tidak sedap hati apabila Dr Izwan mengusap tangannya. Amar cuba untuk menepis tetapi takut dianggap biadap.

“Saya nak awak jadi teman saya malam ni. Boleh?” soal Dr Izwan. Suara garau Dr Izwan itu membuatkan Amar ketakutan. Dia tidak menyangka yang dia akan menghadapi perkara sebegini.

“Apa ni Dr?” serta merta tangannya di lepaskan dari belaian Dr Izwan. Tanpa berfikir panjang dia bangun dari tempat duduknya.

“Tak ada apa pun. Cuma nak mesra-mesra dengan blogger terkenal. Ingat saya tak tahu awak siapa?” soal Dr Izwan dengan nada sindiran.

“Apa yang Dr cakap ni? Saya tak faham” soal Amar.

“Saya suka post yang awak cerita pasal seorang lecturer kimia yang muda dan handsome dekat sini. Entah kenapa saya rasa macam awak cerita pasal saya.” jawab Dr Izwan.
Amar terkejut mendengar kata-kata Dr Izwan. Ternyata Dr Izwan telah mengetahui statusnya dan kali ini dia memang benar-benar terperangkap. Dr Izwan bangun dari tempat duduknya, dia melangkah menghampiri Amar. Kini Dr Izwan berdiri betul-betul di belakangnya. Jantungnya berdegup kencang sehinggakan dia boleh merasai tubuhnya turut kencang bersama.

“Kenapa tak bagi tahu yang awak suka saya?” bisik Dr Izwan di telinga Amar.

“Saya rasa Dr salah faham ni. Saya minta diri dulu.” Lantas Amar bangun dari tempat duduknya. Namun langkahnya terhenti apabila tubuhnya didakap dari belakang. Dakapan yang amat kuat dan ketat.

“Mana boleh kita tak kenal spesis sendiri. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Betul tak?” jawab Dr Izwan sambil tertawa. Amar semakin resah mendengar suara pensyarahnya itu.

“Lepaskan saya Dr! Lepaskan!” jerit Amar. Badannya ligat melawan kekuatan dakapan Dr Izwan. Ternyata tenaganya tidak setanding dengan tenaga Dr Izwan, dia tidak mampu melepaskan dirinya.

“Jangan menjerit, nanti orang dengar. Malu kalau orang tahu pasal kita kan?” bisik Dr Izwan. Kali ini bisikannya terlalu memanah hati Amar. Suara lelaki yang memeluknya itu seperti telah berjaya melumpuhkan seluruh tubuhnya dari terus melawan.

“Dr tolonglah Dr jangan buat saya macam ni. Lepaskan saya!” rayu Amar.

“Lepaskan? Mana boleh lepaskan daging segar macam tu je! Ingat senang nak cari daging segar dekat sini? Kalau ada pun bukan spesis kita!” jawab Dr Izwan nakal. Leher Amar dijilatnya penuh nafsu. Amar masih cuba untuk melawan tetapi tubuh kekar itu lebih kuat mengatasinya.

“Tolong Dr jangan buat saya macam ni. Tolong!” rayu Amar lagi. Kali ini air matanya sudah mula mengalir dek kerana terlalu takut.

“Bukan ini yang kau nak dari aku? Bukan kau cakap aku selalu buat kau tergoda sampai kau hilang fokus masa lecture?” tengking Dr Izwan.
Amar tergamam mendengar kata-kata pensyarahnya itu.

“Kenapa? Terkejut? Hahahaha! Kau ingat dunia kita ni besar sangat ke? Aku tahu siapa yang kau maksudkan dalam blog tu! Aku kan? Aku kan yang buat kau cair kan! Lebih baik kau mengaku!” jerit Dr Izwan lagi. Rambut Amar ditariknya tanpa belas kasihan. Amar meraung kesakitan.

“Sakit Dr. Sakit!” rintih Amar.

“Kau nak mengaku tak!” soal Dr Izwan. Rambut Amar yang digenggamnya itu dilepaskan bagi memberi peluang kepada Amar untuk memberi pengakuan.

“Ya Dr! Ya! Saya minta maaf sebab tulis macam tu. Maafkan saya Dr!” rayu Amar. Air matanya tidak henti dari terus mengalir.

“Maaf? Aku tak akan maafkan kau selagi kau tak bagi apa yang aku nak!” tubuh Amar ditolaknya ke arah kerusi sofa biliknya. Amar terterap di atas sofa empuk itu. Belum sempat Amar bangun, tubuh sasar pensyarahnya menindihnya dari atas. Nafasnya termengah-mengah menahan tindihan tubuh Dr Izwan. Dalam masa yang sama tangan lelaki itu ligat membuka seluar mangsanya tanpa belas kasihan.

“Stop Dr! Stop!” jerit Amar.

“Shut up! I’ll make sure you will be mine!” bisik Dr Izwan.

Belum sempat Dr Izwan memulakan langkah seterusnya, tiba-tiba kedengaran bunyi cermin pecah di dalam biliknya. Nafsu seraka lelaki itu leka mencari punca bunyi itu. Ternyata tingkap biliknya pecah dek lontaran batu yang datang secara tiba-tiba. Amar mengambil peluang keemasan itu untuk melarikan diri.

“Hoi! Kau nak lari mana! Sial!” jerit Dr Izwan.

Amar berlari sepantas yang boleh. Pada saat itu di otaknya hanya memikirkan keselamatannya. Dia tidak rela ditangkap lagi dan diperlakukan seperti mana yang pernah dia hadapi sebelum ini. Jantungnya bagai nak luruh apabila dia mendapati Dr Izwan mengejarnya. Tiba di satu sudut, tangannya ditarik seseorang. Belum sempat dia melihat wajah lelaki itu, mulutnya terus ditekup dengan tangan lalu di tarik masuk ke semak samun di belakang blok pensyarah itu.

“Diam! Nanti dia dengar!” bisik lelaki misteri itu. Belum sempat Amar menoleh ke arah wajah lelaki yang berbisik ditelinganya itu, tiba-tiba jasad Dr Izwan muncul berdekatan tempat mereka menyorok.

“Amar! Mana kau menyorok Amar? Sayang! Mana sayang menyorok ni? Abang tak suka main sorok-sorok nanti takut kena sorok dengan hantu! Amar oh Amar! Amar sayang!” jerit Dr Izwan. Nada suaranya cukup membuatkan Amar menggigil ketakutan

“Keluar Amar! Keluar! Sebelum aku kerjakan kau lebih baik kau keluar!” tengking Dr Izwan lagi.

Jantung Amar seperti mahu terhenti buat selama-lamanya. Keringat yang disulami dengan rasa takut yang teramat tidak henti-henti mengalir membasahi seluruh tubuhnya. Dr Izwan semakin menghampiri mereka. Amar tidak sanggup melihat wajah Dr Izwan, ternyata lelaki itu tidak sebaik yang disangka. Nafsu syaitannya telah menguasainya. Dari wajahnya sudah cukup membuatkan Amar terduduk dalam ketakutan. Trauma silam kembali menghantuinya sekali lagi. Tangisan air matanya seperti tidak bermakna lagi. Dia yakin dia pasti akan menjadi santapan lelaki bernafsu kuda itu.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

P/S: Sorry post lambat! πŸ˜₯

Advertisements

17 thoughts on “BUKAN UNTUK AMAR (Bab 21)

  1. wow…. lama tunggu akhirnya publish jugak…. tapi macam pendek lar pulak kali ni……. tak pe…. tak sabar for the next episode……

  2. alah…kenapa sambung time part tengah syok tu?? haih.. =.=”
    lelaki misteri tu roommate dia dulu tu ke?? huhu..

    1. So sorry mat amin sbb lambat post..busy sebenarnya 😦 By the way thanks sbb terus menyokong Bukan Utk Amar! Walaupun terpaksa menanti smbng yg terlalu lama ^_^”

  3. Huhu…lama siott tunggu. Mcm x puas je bc episod kali ni. By the way Mr K, kenapa episod 20 kali ni (Mac 3, 2014) sama no bilangannya dgn episod 20 yg lps (Dec 31, 2013)? Mr K tersalah taip ke?

    1. Thanks sbb perasan..saya pun baru perasan masa tengah nak buat bab seterusnya tadi..saya betulkan ya πŸ™‚ Peka jugak MFB ni πŸ˜›

      1. Sama-sama. Hehe.. Sy peka sbb dh lama follow blog Mr K sejak dr awal lg. Cerita ‘bukan utk Ammar’ ni mmg dh lama ikut dr awal. Sy mmg suka sgt ceritanya.

    2. hoho….. ingat saya yang salah tengok or maybe internet yang tak betul….. rupenya memang betul ada episode yang sama….. hahaha…….

  4. tahniah dah habis exam =)
    terima kasih sebab dah post episode 21 ni
    macam tak puas pulak baca.. hee
    kenapalah stop dekat part paling best..
    harap episode 22 dapat dipost cepat sikit hehehe ><

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s