Ini Aku?

timeless-ian-barber

Adakah aku perlu menyesal dengan kesilapan ini?

Kesilapan mengajar kita untuk berubah menjadi diri yang lebih baik. Mungkin juga kesilapan itu sudah ditakdirkan untuk kita supaya kita sedar di mana kita berdiri. Adakah dalam dunia realiti ataupun masih leka dengan dunia mimpi. Hakikat tidak pernah berubah, jika ianya takdir kita sudah pasti ianya berlaku. Tapi itu bukan bermaksud kita perlu salahkan takdir apabila kita tidak mampu menerimanya. Kita berhak mengubah nasib kita kerana kita yang mencorak hidup ini. Cuma satu perkara yang tidak akan berubah tidak kira masa atau tempat. Kematian. Satu perkataan yang amat ditakuti oleh kita semua. Meninggalkan orang yang kita sayang dan berhadapan dengan Pencipta bukan sesuatu yang mudah.

Mungkin sekarang kita hebat, mampu lakukan apa sahaja. Namun, kita tidak sedar masa tidak pernah berhenti berputar walaupun sedetik. Kita juga bukan dilahirkan sempurna di dunia ini. Jika orang lain nampak hebat dari kita itu bermaksud mereka bijak mencorakkan hidup mereka. Mencari kesalahan orang lain bukan pengakhiran yang terbaik untuk kita. Selami diri ini dan cari siapa diri kita yang sebenar adalah jalan yang terbaik. Baik untuk kita baik juga untuk orang di sekeliling kita.

Takut dengan bayangan sendiri?

Sudah menjadi lumrah hidup manusia yang selalu takut dengan bayangan sendiri. Tapi sampai bila? Bayangan itu boleh hilang di malam hari dan akan pulang semula di siang hari. Bayangan tidak pernah terpisah dengan jasadnya. Apa yang mampu kita lakukan adalah mengubah bentuk bayangan itu agar menjadi lebih baik dan diterima ramai. Bukan hanya kerana akal sendiri sehingga membuatkan orang lain membenci.

Kesimpulannya?

Hidup ini akan ada pengakhirannya. Cepat atau lambat ianya terus menjadi satu rahsia. Selagi peluang masih terbentang luas, rebutlah. Kerana tidak ada peluang yang kedua jika semuanya sudah berakhir.

P/S: Dah nak dekat final ni. So minta maaf sangat sebab tak dapat nak post dalam masa 3 minggu ni. Selamat tinggal reader! Mr K akan kembali semula nanti. Terima kasih kerana terus menyokong blog KakiBerangan. InsyaAllah akan berusaha memberikan pengisian yang terbaik dan berpengajaran πŸ™‚

Advertisements

8 thoughts on “Ini Aku?

  1. kesilapan mengajar kita untuk lebih matang dalam menyelesaikan masalah
    teruskan pencarian dalam hidup =)
    goodluck final exam.. doctor wannabe

      1. the final sem exam start already kan? good luck junior..
        tgk fb dr. kamal rashid.. haha rindu banggunan peperiksaan UM =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s