BUKAN UNTUK AMAR (Bab 22)

Be-Yourself-No-Matter-What

 

“Ya Allah tolonglah hambamu ini Ya Allah. Aku tahu aku bukan yang terbaik di matamu, tapi aku tidak rela melakukan perkara keji ini lagi. Aku merayu Ya Allah.” hatinya terus berdoa tanpa henti. Dia tahu kali ini hanya Allah yang mampu membantunya. Air matanya tidak henti berderai membasahi seluruh wajahnya.

“Mana kau nak lari dari aku Amar! Cepat keluar…” tiba-tiba kata-kata Dr Izwan terhenti.

Kedengaran nada dering telefon bimbitnya yang berbunyi. Segara dia mengeluarkan telefon bimbit yang tersimpan di poket belakang seluarnya. Matanya terbeliak melihat nama si pemanggil yang terpapar indah di skrin 5 inchi telefon bimbitnya. Langsung panggilan itu diterimanya.

“Hello, Assalamualaikum sayang?” soal Dr Izwan. Nada suaranya sangat lembut berbanding tadi. Amar dan lelaki misteri itu hanya memerhati perubahan drastik lelaki itu.

“Ok, nanti saya datang. Bye sayang.” jawab Dr Izwan lagi sebagai penamat panggilannya.

“Kacau betullah perempuan ni!” rungut Dr Izwan lagi. Kemudian dia langsung pergi meninggalkan tempat tersebut.

Jantung Amar yang tidak henti berdegup kencang kini kembali normal seperti biasa. Kini dia memberanikan diri menoleh ke arah lelaki misteri yang menyelamatkan dia dari menjadi santapan lelaki durjana tadi. Sukar untuk dia menerima apa yang dilihat dengan mata dan kepalanya sendiri. Lelaki yang dahulunya dia sayang dan kini dibenci berdiri dihadapannya. Seorang sahabat yang kini dianggapnya musuh ketat membantunya dari bahaya. Tanpa berfikir panjang dia mengatur langkah pergi meninggalkan lelaki itu. Belum sempat dia melangkah jauh tiba-tiba lelaki itu mula bersuara.

“Aku minta maaf.” lafaz sayup keluar dari mulut lelaki itu.

Langkah Amar terhenti seketika apabila mendengar lafaz yang ringkas itu. Angin petang mula bertiup ke arah tubuh Amar seperti memaksanya untuk terus di situ. Kalau diikutkan hati ingin sahaja dia melangkah pergi. Namun kakinya berat untuk terus melangkah seperti ada sesuatu yang menariknya untuk tidak pergi. Pada detik itu, masa seperti berputar sangat perlahan. Rasa janggal dan geram mula membahangi hati anak muda ini.

“Aku tak sepatutnya buat kau macam tu. Aku silap sebab terlalu ikutkan nafsu sampai lupa sahabat aku sendiri.” ucap lelaki itu lagi. Kali ini Amar mula meneloh ke arah Hamdan.

“Maksudnya kalau aku ni bukan kawan kau, kau memang akan buat aku macam tu lah? Sudahlah Hamdan aku dah tak sanggup nak terima semua ni!” jawab Amar tegas. Dia melihat wajah Hamdan tertunduk menghala ke bumi apabila diherdik sedemikian.

“Aku tak tahu kenapa aku jadi geram sangat bila dengar cerita dari abang angkat kau. Sampai aku bertindak bodoh macam tu. Aku memang tak de niat nak…” kata-kata Hamdan dipintas Amar.

“Apa? Abang angkat aku? Siapa?” soal Amar. Kini tubuhnya betul-betul berhadapan dengan Hamdan. Herdikan Amar benar-benar membuatkan hati Hamdan runtuh, takut dengan kemarahan Amar.

“Abang Farish.” jawab Hamdan ringkas. Amar tersentap.

“Macam mana kau boleh kenal dia? Bila kau jumpa dia? Apa yang dia cakap dekat kau?” soal Amar bertubi-tubi.

“Dia call aku. Aku sendiri pun tak tahu dari mana dia boleh dapat nombor aku. Then dia suruh aku jumpa dia sebab dia nak bagi tahu sesuatu pasal kau. Aku cuba beranikan diri jumpa dengan dia. Lepas tu dia bagi tahu segala-galanya pasal kau dekat aku. Masa tu aku sendiri pun susah nak terima tapi semuanya terlalu…” kata-kata Hamdan terhenti. Dia tidak sanggup menghabiskan ayat-ayatnya kerana terlalu mengaibkan sahabatnya sendiri.

“Terlalu apa? Apa yang dia fitnah aku?” soal Amar keras. Wajah Hamdan berubah apabila disoal sedemikian. Dia masih keliru sama ada wajarkah dia bersikap jujur di hadapan sahabatnya itu. Tapi ini sahaja peluang yang ada untuk dia mendapatkan penjelasan yang sebenar.

“Sebenarnya abang angkat kau cakap yang kau ni gay. Masa sekolah dulu kau selalu melayan nafsu songsang kawan-kawan kau. Cikgu pun kau layan. Masa aku dengar semua tu, memang susah aku nak terima tapi lepas aku tengok kau berpeluk dengan lelaki yang aku tak kenal masa malam tu. Aku terus jadi geram sangat dekat kau.” jawab Hamdan panjang lebar.

Amar terkejut mendengar penjelasan Hamdan. Tidak pernah dia menyangka yang Farish sanggup melibatkan sahabatnya dalam hal mereka. Tidak juga dia menyangka bahawa Farish sanggup memburuk-burukkan dia pada sahabatnya sendiri. Pada saat itu, hanya rasa malu yang mampu dia paparkan pada wajahnya sendiri. Susah untuk dia menjernihkan semula tanggapan sahabatnya kepadanya.

Namun, semua sudah berlaku. Mungkin sahabatnya perlu mengetahui perkara yang sebenar. Mungkin semua yang berlaku ini juga merupakan balasan kepadanya kerana cuba menyembunyikan suatu kebenaran. Wajah Hamdan yang dari tadi tertuduk ditatap beberapa kali. Nafas dihela sedalam-dalam yang mungkin, segala tenaga di kumpulnya untuk menggagahkan diri membuka pekung di dada yang sudah lama tersimpan rapi dan kini hampir terlerai semuanya.

“Sebenarnya semua yang abang Farish ceritakan tu semuanya fitnah semata-mata. Memang betul aku mengaku aku gay, tapi aku tak pernah sekali pun buat perkara hina yang dia cakap dekat kau. Dulu abang Farish memang abang angkat aku dekat sekolah dulu. Tapi sejak dia buat perkara yang tak sepatutnya dekat aku, aku terus pindah sekolah dan putuskan hubungan macam tu.” jawab Amar.

“Dia buat apa dekat kau?” soal Hamdan. Kali ini matanya tepat melihat mata Amar. Amar hanya membisu apabila mendengar soalan Hamdan.

“Dia buat apa dekat kau? Aku tanya ni?” soal Hamdan lagi. Bahu Amar digenggam kuat bagi memaksanya untuk menceritakan perkara sebenar. Mata Amar mula berkaca, ternyata emosinya tidak mampu ditahannya lagi. Mungkin dia terpaksa menunjukkan perasaan yang sebenanrnya kepada sahabatnya itu.

“Asal kau nangis ni?” soal Hamdan lagi.

Kali ini dia tidak berfikir panjang lagi, tubuh Amar di peluknya kuat. Tangisan Amar semakin jelas didengarinya dalam dakapannya. Belakang Amar diusapnya penuh kasih sayang. Entah kenapa Hamdan seperti dapat merasai suatu beban yang berat dipikul oleh sahabatnya itu apabila dia memeluknya.

“Aku kena liwat dengan dia. Dengan kawan dia…” bisik Amar lemah. Mata Hamdan terbeliak mendengar penjelasan Amar tadi. Pelukannya terlerai.

“What? Sampai macam tu sekali?”

“Dia sebenarnya suka dekat aku tapi aku memang tak pernah anggap dia lebih dari seorang abang. Satu hari tu dia culik aku pergi satu kawasan rumah kosong dan dekat sana semuanya terjadi. Dan sekarang dia muncul balik sebab dia nak aku balik. Tapi aku tak nak!” jelas Amar lagi.

Air matanya kini mula mengering seperti sudah tidak ada tersimpan lagi air mata yang mampu dikeluarkan lagi. Hamdan simpati melihat sahabatnya, ternyata selama ini Amar hidup dihantui dengan kisah silamnya sendiri. Jadi semua gangguan yang sahabatnya terima sebelum ini semuanya dalang si Farish. Hamdan hanya mampu mengusap bahu Amar. Dia tidak mahu menyuruh sahabatnya berhenti menangis kerana dia yakin emosi Amar wajar diluahkan dan dia berhak untuk menangis walaupun dia seorang lelaki.

“Aku takut Hamdan! Aku takut!” keluh Amar. Tubuh Hamdan yang berdiri di hadapannya di peluk sekuat hati. Hamdan hanya merelakannya. Memang benar Amar terlalu tertekan dengan tragedi silamnya dan kini dia terdedah pula dengan gangguan yang mampu mengingatkannya akan tragedi itu.

“Tak pe Am. Aku ada, lepas ni aku akan jaga kau seperti mana abang Hafiz jaga kau. Aku akan lindungi kau wahai sahabatku. Aku janji aku tak akan ulangi kesilapan aku dulu. Maafkan aku ya Am” pujuk Hamdan.

Amar terkesima mendengar pengakuan sahabatnya itu. Ternyata hatinya yang keras dengan dendam kini sudah cukup lembut untuk menerima kemaafan Hamdan. Mungkin benar kata orang tidak ada yang indah selain dari memaafi kesilapan seseorang yang bergelar sahabat. Dakapan yang dirinduinya selama ini sudah kembali kepadanya dan kini dia akan selalu menerima dakapan indah dari seorang sahabat. Tangisan Amar semakin pudar apabila memikirkan tentang kehadiran semula Hamdan dalam hidupnya.

“Thanks Hamdan. Kaulah sahabat dunia akhirat aku,” ucap Amar.

“Sepatutnya aku yang cakap macam tu.” balas Hamdan.

“Kenapa pula?” soal Amar.

“Sebab kau sanggup maafkan aku dan terima aku sebagai sahabat kau selepas apa yang aku dah buat dekat kau sebelum ni.” terang Hamdan. Amar tersenyum mendengar kata-kata Hamdan.

“Kalau kau bukan sahabat aku, kau tak akan intip aku dan selamatkan aku tadi. Betul kan?” balas Amar. Hamdan tersentap mendengar jawapan Amar. Dia tidak mampu berbicara apa-apa lagi, tubuh sahabatnya yang berdiri itu dipeluknya sekuat hati. Hanya kesyukuran yang mampu Hamdan lafazkan kerana semua permusuhan telah berakhir. Satu peristiwa yang tersembunyi seribu satu hikmah untuk mereka berdua. Mungkin jika kejadian tadi tidak berlaku, hubungan mereka berdua pasti masih keruh seperti dulu dan kebenaran Amar tidak akan pernah terjawab.

Tanpa mereka sedari ada sepasang mata sedang leka memerhati. Dari jauh kelihatan bibir milik si pemerhati itu tersenyum sinis. Di sebalik wajahnya yang ganas itu tersimpan beribu idea jahat untuk merosakkan hubungan Amar dan Hamdan. Telefon bimbit yang sudah lama ada dalam genggamannya itu di buka. Nombor 10 angka di dail lancar pada skrin sentuh telefon bimbitnya. Selang beberapa saat panggilannya diterima seseorang.

“Hello boss, nampaknya budak tu dah baik balik dengan kawan baik dia. Nak aku habiskan dorang?” soal lelaki itu dengan kasar.

“Sial! Tak pe. Kau biarkan dulu. Nanti aku tahu lah apa nak buat.” jawab di pemanggil itu. Lalu panggilan itu ditamatkan.

Lelaki itu lantas meninggalkan tempat itu. Keretanya yang terparkir di tepi jalan berhadapan Institut Penyelidikan Siswa di pacu laju ke arah pintu keluar universiti tersebut.

* * * * * * * * * * *

Kedinginan malam Jumaat ternyata memberikan kesan pada tubuh Amar. Cardigan berona ungu menjadi pilihan Amar untuk dipakai agar tubuhnya mampu bertahan dengan suasana malam yang sejuk. Sudah menjadi kebiasaan walau ke mana Amar pergi, cardigan akan menjadi pilihannya. Tidak dapat dinafikan ada juga yang merasakan Amar ini seperti tidak pandai bergaya. Mungkin aspek cuaca di Malaysia ini seperti kurang sesuai mengenakan pemakaian cardigan. Bagi Amar dia selesa dengan gaya tersebut, lagi pun dia jenis mudah berasa sejuk. Jadi cardigan adalah pilihan yang terbaik dan sesuai untuk dikenakan dengan pemakaian formal mahupun informal.

Kejadian yang berlaku pada petang tadi sememangnya masih segar dalam ingatannya. Ternyata dirinya sudah semakin dikenali, secara tidak langsung bahaya semakin menghampirinya. Jika Dr. Izwan sendiri boleh mengetahui mengenai blognya, sudah pasti lebih ramai yang sudah menyedari indentitinya yang sebenar. Mungkin kerana sikapnya yang terlalu terbuka membuatkan dirinya mudah untuk dikenalpasti. Komputer riba berjenama Sony Vaio miliknya segera dicapai. Kurang dari seminit, segala maklumat peribadinya kini di dalam mod rahsia.

“Aku harap semuanya akan ok selepas ni,” getus hati Amar.

Kejadian ini mengingatkan dirinya terhadap nasihat seorang senior dalam bidang penulisan blog golongan sepertinya. Beberapa kali senior tersebut mengingatkannya supaya berhati-hati kerana sifatnya yang terlalu terbuka mungkin akan menggangu aktiviti sosialnya. Pada awalnya Amar tidak ambil serius kerana dia tidak pernah menyangka blognya menjadi carian utama bagi golongan sepertinya. Dan kejadian petang tadi menjadi bukti dan pengajaran baginya agar lebih berhati-hati selepas ini.

“Thanks Allah sebab masih beri aku peluang. Niat aku dalam dunia ni bukan untuk perkara yang sia-sia tapi aku nak berikan pengajaran kepada golongan macam aku,” ucap Amar dalam hati.

Matanya kini tepat memandang ke arah langit malam yang dihiasi dengan kerdipan bintang-bintang. Tingkap yang terbuka luas membolehkannya Amar melihat keindahan malam dari katil tempat dia duduk. Wajah Hamdan mula muncul dalam ingatannya. Bibirnya tersenyum. Senyuman yang sudah lama dia simpan dan kini terukir jua.

“Ternyata Engkau tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya. Kejadian tadi banyak memberi hikmah bukan sekadar menyedarkan aku, malah Engkau telah pulangkan semula sahabatku. Terima kasih Ya Allah,” tanpa disedari matanya mula berkaca. Terharu dia mengenang kata-kata sahabatnya, Hamdan.

“Lepas ni aku akan jaga kau seperti mana abang Hafiz jaga kau. Aku akan lindungi kau wahai sahabatku. Aku janji aku tak akan ulangi kesilapan aku dulu. Maafkan aku ya Am.”

Tanpa Amar sedari, Hafiz sedang melihatnya dari celahan pintu biliknya. Hafiz kini memberanikan diri menghampiri Amar yang tidak menyedari kehadirannya. Langsung dia sergah Amar.

“Hakk!” sergah Hafiz.

“Hoii!!!” jerit Amar terkejut. Termengah-mengah Amar bernafas kerana terlalu terkejut dengan sergahan Hafiz.

“Terkejutlah abang Hafiz! Memang suka tengok Am mati sebab kena heart attack?” soal Amar dengan nada yang tinggi.

“Abang gurau je. Jangan lah sampai kena heart attack, lepas ni sapa nak teman abang lagi?” jawab Hafiz manja. Tubuh Amar didakapnya kuat. Amar yang lemas dengan dakapan Hafiz yang terlalu kuat cuba untuk meleraikannya.

“Biarlah. Nanti abang boleh cari pengganti Am yang lebih baik!” jawab Am merajuk. Wajahnya mencebik. Hafiz geram melihat wajah Amar. Tanpa berfikir panjang dia terus mencubit pipi Amar sampai merah.

“Ahhhhh!! Sakitlah,” jerit Amar.

“Tau sakit, buat muka lagi. Nanti abang lenyek muka tu dengan lesung batu baru tahu,” jawab Hafiz dengan nada gurau. Amar masih menahan rasa sakit pada wajahnya. Pipinya merah padam akibat penangan Hafiz tadi.

“Eeeeee geramnya! Nanti Am cari yang lain baru tahu!” ugut Amar dengan nada bersahaja. Hafiz seperti memahami gurau Amar.

Tubuh Amar didekatinya. Kini mereka berdua duduk menghadap antara satu sama lain. Mata Hafiz memandang tajam ke arah anak mata Amar. Jantung Amar mula berdegup kencang. Sememangnya sejak dari awal perkenalan dia pasti rasa gementar apabila bertentang mata dengan Hafiz. Ketampanan yang ada pada wajah jejaka di hadapannya sudah cukup jiwanya meronta-ronta. Kini wajah Hafiz semakin mendekati wajahnya. Amar menelan air liur kesat. Tanpa disedari jari-jemari Hafiz mula membelai pipi halusnya.

“Kalau Amar pergi, abang pasti merindui pipi mulus Am,” bisik Hafiz. Suara lelaki Hafiz berjaya memanah jantung Amar. Cair Amar mendengar lelaki yang kacak berkulit sawo matang itu berbicara.

“Lagi pun lepas ni susahlah Am nak cari lelaki yang charming, handsome, tough and sexy like me,” tambah Hafiz lagi. Amar tergelak. Dia sudah mengagak tindak-tanduk lelaki yang dia cintainya itu.

“Dah start dah. Please jangan perasan!”

“Alah cakap je lah melting! Tak nak mengaku pula!”

“Ke abang yang melting?”

“Hahahahaha, melting? Mestilah! Kalau tak abang tak kejar Am masa lepas tilawah al-Quran dulu!” jawab Hafiz jujur.

Amar hanya tersenyum mendengar kejujuran Hafiz. Sememangnya lelaki yang berada di hadapannya pandai mengambil hatinya. Hatinya kini tidak pernah sunyi sejak dia menerima Hafiz dalam hidupnya. Malah, hidupnya seperti sudah cukup sempurna. Namun, dalam kegembiraanya wujud juga kerisauan. Satu kerisauan yang masih belum berakhir. Farish. Lelaki itu tidak akan pernah berdiam diri selagi dia tidak mendapat apa yang dia hajati selama ini. Adakah Hafiz dalam bahaya?

 

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

P/S : InsyaAllah akan cuba fokus dalam penulisan ini. Please support me ok 🙂 Ada sebarang komen boleh tinggalkan di sini atau terus follow saya dkt Twitter 🙂

Advertisements

2 thoughts on “BUKAN UNTUK AMAR (Bab 22)

  1. sy follow blog awk dgn citer bersiri nie huhu,siap bookmark kt browser as one of my favourite site list, x sabar nk tggu citer s’trusnya 🙂

    1. Wahhh…terima kasih pembaca setia..jgn risau mmg dah nak siap bab seterusnya..insyaAllah saya akan post secepat yg boleh..thanks kerana menyokong blog Kakiberangan 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s