[SPECIAL] Luahan Farish (Bukan Untuk Amar)

Red_Wallpaper_xa1if

 

Salahkah aku mencintaimu? Salahkah aku merinduimu? Salahkah aku mengejar bayangmu? Salahkah aku…?

Hidupku tidak pernah lengkap tanpamu di sisi. Aku terseksa. Walaupun aku mengerti selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan. Tidak pernah sekali pun aku menyesalinya. Kerana inilah balasanku kerana menyakitimu di masa silammu. Tapi izinkan aku untuk terus mendekatimu walaupun sedetik. Akan aku hargainya.

Namun, kini kau telah dimiliki. Adakah aku sudah tidak punya sebarang peluang? Adakah ini juga balasan buatku kerana menyakitimu? Haruskah aku menerimanya lagi. Aku hanya insan yang dahagakan cinta dari seorang yang telah dimiliki. Aku memohon terimalah aku menjadi sebahagian dalam jiwamu. Walaupun sedikit, aku memohon berikanlah. Tidak akan aku persia-siakanmu seperti mana yang telah aku lakukan dahulu.

Hati silih berganti, kau tampak bahagia dengan dirinya. Hatiku tidak berhenti terluka melihat kebahagiaanmu dengan lelaki itu. Mengapa lelaki itu bukan aku? Mengapa? Adakah ini balasan dosaku? Adakah hidupku akan terus dihantui dengan rasa ini. Aku tidak kuat! Aku sangat terseksa. Aku memohon kembalilah kepadaku. Kembalilah.

Jiwa lelakiku tidak mampu terus bersembunyi dalam jasad yang tidak bernyawa ini. Kini aku tidak mampu mengawal jiwaku lagi. Aku hanya ingin memilikmu. Walaupun kau tak rela, aku hanya mahu kau bersamaku. Biar aku nampak kejam di matamu, biar aku nampak hina di matamu. Tapi aku tahu rasa cintaku padamu tidak akan pernah berakhir. Tidak akan pernah sekalipun berakhir.

Lelaki yang kau hina ini yang mampu berkorban apa sahaja demimu. Lelaki yanh kejam ini yang rela meninggalkan segala apa yang ada. Semua ini demi cintaku padamu yang tidak akan pernah berakhir. Biarpun aku akan terus kau benci, tidak pernah sekalipun aku berhenti menagih cintamu.

[FARISH]

Advertisements

2 thoughts on “[SPECIAL] Luahan Farish (Bukan Untuk Amar)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s