Watak Dalam BUKAN UTK AMAR

Happiness_by_00EskimoGirl001

 

WATAK UTAMA

AMAR

Merupakan seorang jejaka yang berkaca mata dan berwajah comel. Seorang yang bijak dalam pelajaran dan mahir dalam dunia penulisan. Cita-citanya yang ingin menjadi seorang doktor tidak pernah lekang dari benak hatinya. Dia juga berharap agar dia dapat melebarkan sayapnya dalam dunia penulisan. Dalam masa yang sama dia sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka tampan, Hafiz yang merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan di universiti di mana dia belajar. Pertemuan yang tidak di rancang membuatkan rasa cinta itu menular sehingga dirinya di lamar dan secara rasmi menjadi pasangan Hafiz.

Traumanya terhadap kejadian yang berlaku antara dirinya dengan abang angkatnya, Farish tidak pernah hilang. Sehingga kini dia masih berusaha menepis rasa trauma itu namun tindakan sahabatnya dan pensyarahnya yang cuba mengambil kesempatan kepadanya menambahkan lagi rasa trauma itu. Hafiz yang memahami situasi Amar selalu cuba untuk meyakinkan Amar bahawa dirinya mampu memberi sinar baharu dalam hidup Amar.

Lelaki yang gemar memakai cardigan ini juga seorang yang disenangi ramai oleh kerana sikapnya yang mudah memahami kesulitan orang lain. Hal ini membuatkan Danish, seorang money boy senang mendekatinya.

HAFIZ

Merupakan anak tunggalkan pasangan suami isteri, Datuk Kamarudin dan Datin Hamidah. Seorang pelajar yang tekun dalam bidang kejuruteraan. Mula jatuh cinta dengan Amar, pelajar asasi setelah pertemuan mereka kali yang kedua semasa Amar hampir dilanggar. Buku hitam milik Amar yang tertinggal semasa kejadian itu membuatkan hatinya lebih tertarik akan diri Amar. Dia memberanikan diri untuk mendekati Amar setelah mendapati dirinya diperhati oleh Amar semasa majlis tilawah al-Quran.

Namun, dirinya bergelumang dengan dilema yang tidak pernah dia jangka. Umminya ingin menjodohkan dirinya dengan sahabat semasa dia kecil, Husna. Walhal ketika itu hubungannya dengan Amar baru sahaja berbunga. Dia cuba untuk mengelak setiap kali umminya ingin membincangkan soal rancangan tersebut. Dia kerap mengadu kepada sahabatnya, Iqram yang sentiasa memahami keadaannya.

Pada awalnya sukar untuk sahabatnya menerima Hafiz setelah mengetahui identiti seksualnya. Namun, akhirnya dia menerima. Hatinya kini masih keliru untuk membuat keputusan kerana ingin menjaga hati umminya dan orang yang dicintai.

FARISH

Merupakan anak bangsawan yang menggilai Amar sejak Zaman persekolahan. Dia pernah meliwat Amar dan menyebabkan Amar berpindah sekolah suatu ketika dahulu. Namun, dia muncul kembali mencari Amar apabila dia mengetahui ayahnya ingin mengahwinkannya setelah mengetahui identiti seksualnya. Dia ingin merebut semula cinta Amar dan membawanya pergi meninggalkan Malaysia.

Sempat ayahnya mengugut Farish, jika dia berkeras tidak mahu berkahwin, ayahnya akan menarik semula segala harta yang diwarisinya. Oleh kerana rasa cintanya terhadap Amar terlalu kuat, dia tetap berdegil dan berusaha merebut hati Amar dengan kejam. Pelbagai rancangan yang dilakukan agar hubungan Amar dan Hafiz berakhir.

HUSNA

Seorang gadis muslimah yang merupakan rakan sepermainan Hafiz semasa mereka kecil. Rasa cintanya masih segar terhadap arwah Zafriel. Namun, setelah dia bertemu semula dengan Hafiz dalam satu pertemuan yang dirancang keluarga, hatinya seperti mula diketuk seseorang. Walau bagaimana pun dia masih keliru dengan perasaannya. Kerana baginya tidak ada lelaki yang mampu menggantikan tempat Zafriel termasuk Hafiz.

Dia juga turut sangsi dengan rancangan keluarganya untuk menjodohkannya dengan Hafiz. Namun, dia serahkan segalanya kepada yang Maha Mengetahui menentukan jodoh mana yang terbaik. Dia hanya mampu pasrah dan terus berdoa agar dirinya akan dijodohkan dengan seorang lelaki yang mampu membimbingnya ke syurga.

DANISH

Seorang lelaki kampung yang menjadi money boy untuk mendapat pendapatan bagi menanggung kos hidupnya semasa belajar. Bertemu dengan Hafiz dan Amar secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil. Dia hampir dilanggar dengan kereta yang dipandu Hafiz. Dia dikejarkan ke hospital dan pada saat itu Amar sudah mengetahui identitinya yang sebenar.

Perbuatan neneknya yang memisahkannya dengan adik kembarnya membuatkan dirinya sedih. Oleh itu dia berusaha mencari adik kembarnya yang dikatakan tinggal di Kuala Lumpur. Tanda lahir yang sama terdapat padanya menjadi petunjuk untuk dia mengesan adik kembarnya.

HAMDAN

Sahabat karib Amar di PASUM. Walaupun dirinya begitu baik, rasa cemburu melihat Amar tidak dapat dia hakis dari dalam jiwanya. Hal ini membuatkan dirinya mudah terpedaya dengan hasutan Farish yang cuba mempergunakannya. Mereka pernah bergaduh besar kerana kesilapan Hamdan yang cuba mengambil kesempatan ke atas Amar. Namun, berkat keinsafan Hamdan, Amar akhirnya memaafi kesalahannya.

Dia juga menjadi tempat Amar berharap dan berkongsi rasa sepanjang di tempat mereka belajar. Hamdan juga selalu memerhati gerak-geri Amar tanpa sebab yang sahih. Dia juga seorang yang ceria dan amat menggemari hasil karya Amar (AJ).

IDHAM

Sahabat baik Farish. Turut terlibat dengan kes liwat Amar namun dia sudah menyesali perbuatan tersebut. Dia turut mempunyai orientasi seksual yang sama seperti sahabatnya tetapi berusaha untuk berubah. Walaupun Farish tetap berdegil, dia tetap setia memberi nasihat demi kebaikan Farish. Dalam masa yang sama dia selalu mengingatkan Amar agar sentiasa berhati-hati dengan Farish.

Sempat dia memberi tawaran sambung belajar dalam bidang perubatan kepada Amar. Tujuan asalnya adalah untuk menjauhkan Amar dari Farish. Oleh itu tawaran itu menjadi rahsia antara mereka berdua.

WATAK SAMPINGAN

*will be updated

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s