BUKAN UNTUK AMAR (Bab 24)

Be-Yourself-No-Matter-What“Kenapa dia nampak lain ek?” soal Amar berkali-kali kepada dirinya.

Tubuhnya yang terbaring di atas katil berpusing ke kiri dan ke kanan. Tidur Amar kali ini tidak setenang seperti malam-malam sebelumnya. Walaupun tubuhnya sudah terlantar di atas katil empuk di biliknya, matanya berat untuk lena. Perubahan yang berlaku pada Danish menjadi punca utamanya. Sejak dari makan malam tadi sikap Danish tidak sama seperti sebelumnya. Dirinya yang sangat ceria di meja makan menjadi suram apabila dia hanya membisu sepanjang makan malam tadi. Seharusnya dia yang perlu runsing kerana sesi temu bual bersama syarikat penyiaran semakin hampir. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu Danish dan yang pasti ianya tidak ada kena mengena dengan masalahnya.

“Ni tak boleh jadi, aku kena siasat,” bingkas dia bangun dari katil empuknya itu. Langkahnya diatur rapi menuju ke bilik Danish.

Dia berusaha untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi agar tiada sesiapa pun yang menyedari kehadirannya. Kini dia sudah berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik Danish. Perlahan-lahan tombol pintu bilik Danish dibukanya. Sedikit demi sedikit kelihatan jasab Danish yang lena di atas katil. Mungkin ini masa yang terbaik untuk Amar menyiasat apa yang boleh membantunya supaya mengetahui punca perubahan Danish.

Sebelum dia memulakan langkahnya masuk ke dalam bilik Danish, fikirannya terganggu dengan bisikan rohnya. “Adakah wajar aku lakukan perkara ini?” Bertubi-tubi bisikan itu menujah fikirannya yang serabut. Tanpa berfikir panjang dia gagahkan jua hasratnya walaupun dia sedar bahawa dia sudah menceroboh hak peribadi Danish. Di saat dia melangkah masuk ke dalam bilik Danish, matanya ligat melihat keadaan sekeliling. Dia tidak yakin apakah yang ingin dia cari dalam bilik Danish.

Namun, hatinya terdetik untuk melihat almari Danish. Perlahan-lahan pintu almari itu dibuka. Hatinya gementar apabila pintu almari itu menghasilkan bunyi semasa dibuka. Serta merta tubuh Danish di atas katil bergerak. Amar tergamam. Dari posisi terlentang kini berubah kepada posisi membelakangi Amar. Syukur Danish tidak sedar akan bunyi almari itu. Jika tidak sia-sia sahaja rancangannya. Niatnya diteruskan.

Baju yang terlipat rapi di dalam almari itu diselak satu persatu. Namun tiada sesuatu yang dapat membantu. Perhatiannya kini beralih ke arah laci yang terkunci di dalam almari yang sama. Beberapa kali dia melihat laci tersebut. Rungsing juga dia berfikir bagaimana ingin membuka laci yang terkunci itu. Sekali lagi dia menyelak baju di dalam almari itu satu persatu. Namun usahanya gagal. Dia tidak berjaya menemukan kunci laci itu.

“Mana pula dia letak kunci ni?” rungut hati Amar.

Segera dia menutup pintu almari itu. Belum sempat dia menoleh ke belakang, tiba-tiba bahunya di sentuh seseorang. Hampir gugur jantung Amar apabila Danish kini berdiri benar-benar di hadapannya. Keringat mula membasahi seluruh tubuh Amar. Kini dia sudah terperangkap dengan rancangannya sendiri. Danish yang masih mamai hanya melihat Amar dengan wajah yang kosong. Amar tidak tahu ingin menjawab apa lagi jika Danish mempersoalkan keberadaannya di bilik ini.

“Kau kenapa datang bilik aku malam-malam ni?” soal Danish mamai. Sempat dia menguap sambil melihat wajah Amar yang pucat lesu.

“A..a…aku nak pinjam baju kau sebenarnya. A..a..aku terlupa nak minta dekat kau tadi. So aku ambil je sendiri. Sorry ek?” bohong Amar.

“Oh, yang kau berpeluh semacam ni kenapa?” soal Danish lagi. Peluh yang membasahi dahi Amar di sentuhnya. Amar menelan kesat air liurnya. Tidak tahu mahu menjawab apa lagi.

“A..a..aku memang cepat rasa panas kalau malam. Kau dah lupa ke?” jawab Amar lagi.

“Kuat peluh apa bendanya, bukan kau ke yang paling senang sejuk. Sampai suruh Hafiz peluk bagai. Ish pelik lah aku tengok kau ni. Dah lah jom tidur, malam ni kau tidur dengan aku ek?” jawab Danish selamba. Danish kembali ke katilnya semula. Amar hanya menuruti permintaan Danish.

“Dah tidur, esok kau ada kelas. Good night!” kata Danish.

“Good night,” jawab Amar sepatah.

Keringatnya tadi masih belum kering dari tubuhnya. Dia cuba menenangkan hatinya. Tidak lama kemudian dia sudah terlena dibuai mimpi. Mungkin terlalu penat akibat dari kejadian tadi. Danish yang berpura-pura tidur tadi menoleh ke arah Amar yang sudah terlena. Wajahnya mula menunjukkan kebimbangan.

“Aku tahu kau dah syak aku kan, Amar? Lepas ni aku kena lebih berhati-hati, ya kena berhati-hati. Andai kata kau memang kembar aku, aku tak mahu kau tahu perkara ni. Aku tak sanggup,” keluh hati Danish.

“Kalau kau bukan kembar aku sekali pun, aku tetap sayang kau macam adik aku sendiri, Amar.” rambut Amar yang masih basah itu dibelai penuh kasih sayang.  

 

* * * * * * * * * * * *

 

Tiupan angin pagi Jumaat ini memberikan ketenangan kepada Amar. Hatinya tenang seperti tiada apa yang berlaku pada dirinya sebelum ini. Kali ini dia sedar dari tidurnya lebih awal dari biasa namun kepuasan tidurnya sungguh luar biasa. Badannya segar dan kini dia bersemangat untuk menghadapi hari Jumaat ini. Setelah selesai mandi dan solat di bilik Danish, dia kembali semula ke biliknya. Walaupun kejadian semalam masih segar dalam ingatannya, namun dia tidak mahu ianya mengganggu aktiviti hariannya.

Seperti biasa rutin awal paginya akan dimulakan dengan mengemaskini laman sosial dan membalas komen dari pembaca setianya. Belum sempat dia berbuat demikian, kelihatan satu pesanan ringkas yang dihantar seseorang sejak malam tadi. Nama Idham tertera pada skrin tablet pintarnya. Sudah pasti ianya penting, jika tidak mana mungkin Idham menghantar mesej tersebut. Perlahan-lahan dia membaca mesej itu.

“Assalamualaikum, ni abang Idham. Am masih ingat lagi tawaran belajar tu? Am terima atau tak? Abang harap Am terima tawaran ni demi kebaikkan Am dan semua orang.”

Ayat terakhir mesej tersebut telah mengusik jiwanya. Ketenangan pagi Jumaat ini telah dicemari dengan rasa resah terhadap mesej daripada Idham. Dia masih ingat lagi akan pesanan Idham kepadanya semasa dia diberikan surat tawaran sambung belajar dalam bidang kedoktoran di Korea. Ketika itu dia berada di rumah Farish. Kalau ikutkan hati dia ingin menolak tawaran itu tetapi setelah menerima mesej tersebut, hatinya berubah pula.

“Adoi macam mana ni? Kalau nak tolak sayang pula, kalau terima macam mana pula?” rungut hati Amar. Hafiz yang baru sahaja muncul di sebalik pintu itu sempat mendengar rugutan Amar. Segera dia menghampiri Amar.

“Kenapa sayang abang ni? Ada yang tak kena ke?” soal Hafiz manja. Sempat dia mengucup lembut tengkuk Amar.

“Eh abang, tak ada pape. Awalnya abang bangun pagi ni?” soal Amar.

“Agaklah, abang bangun awal ni sebab nak teman Am lah,” jawab Hafiz manja. Dia sedar yang Amar cuba menukar topik dan dia akur sahaja demi menghormati Amar.

“Hahahahaha, ada ada je abang ni,” jawab Amar lagi. Hafiz mendakap erat pinggang Amar.

“Wanginya Am pagi ni, rasa macam nak makan je. Boleh?” soal Hafiz nakal. Seperti biasa wajah Amar akan berubah serta merta. Tersenyum Hafiz melihat perubahan pada wajah Amar.

“Tengok buat muka, buat muka!” perli Hafiz.

“Nanti orang dengar baru tahu. Malu lah!” bisik Amar. Hafiz tergelak mendengar dialog Amar. Dia sudah lali dengan kata-kata yang keluar dari bibir Amar. Setiap kali dia berbuat demikian, pasti Amar akan memberi alasan yang sama.

“Malu tapi mahu kan?” soal Hafiz nakal. Kali ini pipi Amar merah padam.

“Abanggg!!!” jerit Amar apabila tubuhnya ditolak keras ke atas katil.

Jantung Amar berdegup kencang apabila matanya bertentang mata dengan Hafiz. Tubuh kekar Hafiz yang megah dihadapannya berjaya menaikkan nafsu syahwatnya. Hafiz sedar akan perubahan pada diri Amar. Dia hanya ingin bermain dengan Amar dan dia tidak mahu ‘menyentuh’ lelaki dihadapannya itu di awal pagi. Tidak sesuai. Dia tidak menyangka Amar mudah ‘terangkat’ walaupun dengan sedikit sentuhan. Hafiz tersenyum sinis. Dia menghampiri telinga Amar dan berbisik.

“Pagi ni abang lepaskan Am, tapi malam ni Am milik abang. Faham!” bisik Hafiz dengan nada tegas tetapi tetap menggoda.

Suara garau Hafiz berjaya menghantui jiwa dan raga Amar. Jiwa lelakinya tercabar dengan bisikan itu. Seluruh tubuhnya menjadi panas. Entah mengapa nafsunya tidak mampu dikawal lagi. Lelaki yang sempurna di matanya kini benar-benar menginginkannya. Sukar untuk dia mempercayainya. Hafiz melepaskan genggamannya dan berlalu pergi meninggalkan Amar. Sempat Hafiz menghadiahkan jelingan menggoda. Amar hanya mampu menelan air liur kesatnya.  

* * * * * * * * * * * * *

 

Fokus Amar di dalam kuliah kali ini tidak sebaik sebelumnya. Suara-suara kecil Hafiz masih menghantuinya sepanjang kuliah berlangsung. Serabut kepalanya memikirkan keadaannya. Sudahlah tidak dapat fokus dengan kuliah, di tambah pula dengan tuntutan Hafiz yang baginya sungguh menakutkan. Adakah dia bakal di ‘sentuh’ pada malam ini? Soalan yang sentiasa bermain di mindanya sejak pagi tadi. Belum pernah dia terfikir yang Hafiz akan melakukan perkara tersebut.

Sedikit sebanyak kenangan yang pahitnya bersama Farish kembali semula. Kali ini dia takut. Takut akan kesakitan yang pernah dia rasai 3 tahun lalu. Mungkin lebih tepat lagi, dia masih trauma dengan tragedi silam. Malu tapi mahu. Rasa aneh itu lebih kuat dari segala-galanya. Tanpa dia sedari nafsunya kembali membahangi seluruh tubuhnya. Langsung hilang rasa trauma mahupun takut akan tragedi hitamnya.

Perlahan-lahan tubuh Hafiz muncul dalam bayangannya. Tanpa seutas benang sedang mendekatinya. Wajah Hafiz sama seperti yang dilihat pagi tadi. Menggoda dan menghairahkan. Ukiran tubuhnya yang persis seperti pahlawan Zaman Yunani yang dimiliki Hafiz menyerlahkan lagi kesempurnaan lelaki maskulin. Amar leka dengan bayangan yang diciptanya sendiri. Hamdan yang sedar akan keadaan Amar langsung menegurnya.

“Hoi! Yang kau tenganga ni apa hal? Semacam aku tengok!” sergah Hamdan. Amar tersentap. Semua bayangan indah itu hilang.

“Apa?” soal Amar. Dia terpinga seketika.

“Tanya aku? Kau tu kenapa tiba-tiba tenganga semacam. Geli aku tengok!” soal Hamdan. Amar tersipu malu mendengar soalan Hamdan. Ya mungkin benar kata Hamdan, sungguh menggelikan.

“Tak ada apa-apa lah. Jom lah kita balik, lecture dah habis kan?”

“Hemm jom.” Jawab Hamdan sepatah. Malas dia mengambil serius soal tadi.

“Sampai macam ni aku angau dekat dia?” soal Amar sendiri. Amar tersenyum sendiri memikirkan keadaannya tadi.

“Weh apa plan kau lepas ni?” soal Hamdan ringkas.

“Entahlah. Kenapa?” jawab Amar ringkas.

“Ya lah sejak dah berpunya ni, susah sungguh nak teman aku an. Ni yang nak touching nih.” Jawab Hamdan manja. Amar hanya menggeling kepala melihat dialog yang baginya mencuit hati.

“Alah sorry lah bro, bukan apa sekarang aku kan dah ada suami. Kau tahu kan syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami,” jawab Amar dengan nada bergurau. Hamdan tergelak tak kering gusi mendengarnya.

“Lol, kau ni memang lah. Untunglah dah ada orang sayang kan?” perli Hamdan.

“Alah jangan risau aku sayang kau juga. Aku akan bahagikan rasa sayang aku sama rata antara korang berdua. Tapi..” jawab Amar dengan gayanya tersendiri.

“Tapi apa?” soal Hamdan serius.

“Tapi dia kenalah lebih sikit!” jawab Amar bersahaja. Hamdan menjeling ke arahnya.

“Alah kau ni, ingatkan aku yang lebih. Rupanya abang Hafiz juga yang lebih, untunglah siapa dapat kau kan?”

“Ish kau ni dari tadi untunglah, untunglah, untunglah. Dah lah.” Rungut Amar.

“Biar lah, memang dah untungkan?” tambah Hamdan lagi.

“Kau ni memang nak…” kata-kata Amar terputus apabila tablet pintarnya berdering.

Satu panggilan masuk. Panggilan dari Hafiz. Hamdan sudah mengagak dari awal lagi, sudah pasti lelaki yang diakui Amar sebagai ‘suami’nya itu yang menghubungi sahabatnya. Dan akan mengajak Amar keluar makan atau ke mana sahaja. Hamdan sudah lali. Malah, dia perlu belajar menerima yang sahabatnya sudah tidak boleh menghabiskan masa bersama seperti dulu. Mungkin itu realitinya bila masing-masing sudah berpasangan. Mungkin juga dia akan melakukan perkara yang sama jika dia juga punya pasangan.

“Oh, ok abang. Am tunggu dekat tempat biasa. Bye” Jawab Amar dan panggilan itu ditamatkan.

“Nak keluar lagi lah tu kan? Gi mana?” soal Hamdan perihatin. “Katanya nak pergi teman dia shopping kejap.”

Nampaknya forever alone lah aku?” jawab Hamdan mohon simpati.

“Dah start dah dia, malas nak drama-drama dekat tepi jalan ni. Jom lah aku belanja kau makan red velvet cake.”

Tanpa menoleh ke kiri mahupun ke kanan, Amar melintas jalan. Belum sempat dia melangkah merentasi jalan, lengannya ditarik ganas oleh Hamdan. Hampir terjatuh dia. Kereta yang dipacu laju oleh pemandunya hampir-hampir sahaja melanggarnya. Mujur sempat Hamdan menariknya dari terus melintas. Termengah-mengah nafas Amar kerana terlalu terkejut.

“Kau ni, kan aku dah cakap dari dulu lagi lain kali melintas tengok kiri kanan. Nasib aku ada nak pimpin kau, kalau tak entah apa jadi. Dah jom melintas.” Ngomel Hamdan.

“Sorry, thanks sebab selalu pimpin aku. Aku ni dah macam anak kau pula,” jawab Amar dengan nada gurau.

Hamdan tidak mengendahkan kata-kata Amar. Matanya liar melihat kiri dan kanan jalan. Memang benar kata Hamdan. Dia sering kali lupa untuk melihat keadaan sekeliling sebelum melintas jalan. Setiap kali dia ingin melintas jalan, pasti Hamdan akan memegang tangannya. Tujuannya untuk mengelakkan kejadian tadi dari berlaku. Sebelum ini dia kerap kali hampir dilanggar dan oleh sebab itu Hamdan selalu memimpinnya. Sikap perihatin Hamdan itu selalu membuatkan Amar segan.  

* * * * * * * * * *

Setelah selesai menikmati red velvet cake bersama sahabatnya Hamdan, di kafe kolej kediaman mereka. Hamdan pulang ke biliknya untuk membersihkan diri. Amar memilih untuk terus menunggu kedatangan Hafiz di ruangan menunggu berdekatan mesin ATM di kolej kediamannya. Sementara menunggu, ingatannya terhadap mesej yang dikirim oleh Idham kembali semula. Mungkin sekarang adalah waktu yang paling sesuai untuk dia menghubungi Idham, tanpa pengetahuan Hafiz mahupun Hamdan.

Tablet pintar yang tidak pernah lekang dari bimbitannya itu ditatap seketika. Beberapa kali dia berfikir untuk menghubungi Idham. Apa yang perlu dia cakap? Adakah dia ingin menerima tawaran itu atau tidak? Amar masih belum jelas dengan keputusannya sendiri. Beberapa kali dia memerhati keadaan sekeliling bagi mencari jawapannya. Perlahan-lahan dia mencari nama Idham di dalam tablet pintarnya. Kali ini dia cuba meyakinkan dirinya yang dia perlu menghubungi lelaki itu. Selang beberapa saat suara Idham muncul di corong telefon.

“Hello, Assalamualaikum Amar?” “Waalaikumussalam, abang, Am minta maaf sebab baru sedar mesej abang.” Jawab Amar serba salah.

“Tak pe. Jadi macam mana? Am setuju ke?” soal Idham ringkas. Amar terdiam seketika.

“Hello? Am?”

“Ya, ya Am dengar. Emm pasal tawaran tu, emm boleh tak kalau bagi Am masa lagi? Kalau boleh lah.”

Masa? Emm sampai bila ya? Bukan apa kalau boleh abang nak keputusan awal sebab ramai yang nak tawaran ni. Am faham kan?”

“Oh ya ke? Emm kalau macam tu abang bagilah peluang ni pada orang lain. Buat masa ni Am tak boleh janji akan terima mahupun tolak tawaran ni.”

“Ok macam ni lah. Abang bagi masa lagi seminggu, fikirkan dulu ok?”

“Tak pe ke abang? Macam susahkan je?”

“Tak ada lah, ok lah nanti minggu depan bagi tahu abang keputusannya ok?” “InsyaAllah, thanks abang Idham.”

“Most welcome. Ok bye!”

“Ahhh abang?” “Ya Amar, ada apa-apa ke?”

“Emmmm, Am nak tanya sikit boleh?”

“Ya boleh je, tanya je lah.”

“Emmm, abang Farish macam mana?” soal Amar terketar-ketar. Idham tersentap mendengar soalan dari Amar.

“Farish? Emm dia ok je.”

“Oh, macam mana dengan keadaan dia, maksud Am luka dia tu?”

“Dah sembuh sikit, jangan risau lah. Abang akan tengok-tengokkan dia ok?”

“Oh, ok. Tu je lah. Bye, Assalamualaikum,”

Waalaikumussalam.” panggilan ditamatkan.

Keadaan Farish yang menyedihkan ketika dia melawat ke rumah Farish masih sukar untuk Amar lupakan. Mungkin dia benci akan Farish, tetapi dia tidak menyangka kerana dia Farish sanggup bertindak mencederakan dirinya sendiri. Mujur Idham sempat menghalangnya daripada bertindak lebih teruk lagi. Kalau tidak mungkin Amar akan menyalahkan dirinya sendiri di atas kecelakaan yang berlaku pada Farish. Dia sedar walaupun dia masih membenci Farish atas perbuatan keji 3 tahun lalu, namun rasa simpati masih mekar dalam jiwanya walaupun sedikit.  

Selang beberapa minit, kereta milik Hafiz muncul di hadapannya. Sempat dia melihat Hafiz melambai dari dalam kereta. Amar tersenyum. Lekas dia masuk ke dalam kereta. Belum sempat pintu kereta ditutup, Hafiz tanpa segan silu mencium pipinya. Amar tergamam. Pintu kereta yang masih terbuka itu ditutup segera. Risau kalau-kalau ada sesiapa yang menyedari perbuatan Hafiz tadi.

“Abang, kan Am dah cakap jangan buat macam tu nanti orang nampak lah,” rungut Amar. Berkerut seribu wajahnya. Hafiz hanya tertawa nakal mendengar rungutan Amar.

“Alah bukan orang perasan pun, tak ada orang pun yang lalu lalang dekat sini. Jangan risaulah. Bukan apa, abang rindu sangat dekat Am,” jawab Hafiz bersahaja. Sedikit pun rasa serba salah tidak wujud dalam dirinya.

“Kalau ya pun dekat tempat lain lah,  bukan dekat sini.” “Kalau dekat tempat lain, memang terbaring lah sayang jawabnya.” Jawab Hafiz nakal. Jantung Amar berdegup kencang apabila mendengar kata-kata Hafiz.

Tanpa dia sedari ada ‘sesuatu’ yang sudah mula menampakkan dirinya disebalik pakaian. Hafiz menyedarinya.

“Baru cakap sikit dah ‘naik’?” soal Hafiz menyindiri. Amar yang baru menyedari ‘keadaan’ itu mula malu. Merah padam wajahnya. Segera dia menutup bahagian pehanya dengan beg galasnya. Hafiz tidak henti dari tersenyum melihat Amar. Ternyata Amar sangat mudah ‘terangkat’. “Kita nak pergi mana?” soal Amar sepatah. Dia cuba untuk mengubah topik. Hafiz hanya membisu. Keretanya lalu dipacu laju keluar dari universiti.  

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

P/S : Sorry dah lama tak update. Bukan apa cuma busy dengan projek universiti. Tapi sekarang dah selesai. Kalau ada nak tanya apa-apa boleh tanya dekat sini >>>> TanyaMr.K <<<<

Advertisements

5 thoughts on “BUKAN UNTUK AMAR (Bab 24)

    1. Agaklah, saya sendiri pun fikir byk kali nak tulis psl ni. Tapi nanti saya kurangkan, lagi pun ada sebab saya buat mcm ni. Nantikan bab seterusnya 🙂

  1. Tapi okay apa kalau ada sensual and erotic part, so takdela nampak dull sangat, btw aku suka episode ni.

  2. Kali ..ni aje sudah 10 kali sy bca cerita bukan untuk amar ni.tak pernah jemu pun,sy nak tnya selalu nya brapa lama akan awak post stastrusnya ,apapun cta yg sngat bgus.Saya samgat2 tehibur,gd luck ok .
    ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s