SeMINIT Bersama Mr K

keep-calm-and-ask-me-anything-1

Q : Kenapa nama blog Kaki Berangan?
A : Sebab namanya unik sikit tapi tak sengaja ada juga blogger Kaki Berangan tapi cerita tentang travel. Best jugak! ^_^  

Q : Mr K ni orangnya macam mana?
A : Macam Amar 🙂  

Q : Nak kenal dengan Mr K lebih mendalam boleh?
A : Boleh je? Tanya je soalan apa-apa dekat Ask.fm or Twitter. Nak direct message pun boleh. Saya suka berkawan.  

Q : Minat K-Pop ek?
A : Hihihihihi agak lah tapi tak lah over sangat macam fan boy lain 🙂  

Q : Sejak bila suka menulis?
A : Sejak sekolah menengah lagi. Mula dengan blog peribadi sampailah ke blog Kaki Berangan ni.  

Q : Boleh saya tahu sejak bila Mr K jadi PLU?
A : Susah nak terangkan. DM me please 🙂  

Q : Ada orang cakap cerita Bukan Untuk Amar (BUA) ni cerita yang syok sendiri? Betul ke?
A : Ni yang nak kena terangkan secara terperinci ni 😛 Sebenarnya cerita ini bukan cerita syok sendiri sebab ada banyak yang saya nak tunjukkan dalam cerita ni. Follow je cerita ni nanti you all faham kenapa cerita ini ditulis begini 🙂 Thanks sebab tanya soalan ni! Love YOU muahh!! ^_^

6a00d83451f7c769e2011279089c4328a4-500wi Q : Apa kata jadi penulis je Mr K?
A : Menulis ni hobi saya. Walau apa pun yang jadi dekat saya, saya tetap akan menulis. Itu janji saya tak kisahlah saya kerja apa pun. Sebab ada orang cakap yang BUDAK SAINS TAK BOLEH MENULIS. Jadi saya nak buktikan saya bukan seperti itu. Saya memang budak sains tapi nilai seni dan sastera masih segar dalam jiwa saya. Sorry EMO jap ^_^  

Q : Best tak study dekat UM?
A : Best gila tak tahu nak cakap apa. Harap-harap dapat sambung UM lagi. Amin. Doakan saya ya :’)  

Q : Nak nombor phone boleh?
A : Auww segan lah you. I bukan retis 😛  

Q : Dengar cerita nak buat cerita baru? Ya ke?
A : Ekk? Macam mana tahu ni? Ni mesti kenal dengan Mr K kan? *seram  

Q : Saya selalu mengikuti cerita Bukan Untuk Amar (BUA) sebab watak dia unik sangat. Saya suka dengan prinsip Amar tapi bab yang baru-baru ni kan ada moment yang Hafiz nak ehem2 dengan Amar kan? Macam mana tu?
A : Nantikan Bab 26. Chewah!  

Q : Boleh tak kalau print and then send dekat saya bila semua cerita ni dah siap. Saya nak simpan satu salinan. Boleh?
A : Amboi? Ini hak cipta terpelihara ok. Hahahaha. Tak lah gurau je. Boleh, kalau dah siap nanti. TQ ya pembaca tegar yang setia! ^_^  

Q : Teringin nak lepak-lepak dengan Mr K. Mesti best kan?
A : Kan? Mesti best gila dapat kenal dengan reader tersayang nih!  

Q : Walaupun watak Farish tu macam pysco tapi dia istimewa sangat. Boleh tak nak kenal dengan dia. Kalau dia wujud lah?
A : Jangan! Bahaya nanti dia bawa lari pergi Paris terus tak balik Malaysia baru tau! Hihihihi  

Q : Pelik lah, parents Amar ni tak kesah ke Amar duduk rumah Hafiz lama-lama?
A : Sebenarnya parents Amar pun tak berapa tahu sangat yang dia duduk rumah Hafiz. Yang dorang tahu Amar duduk sementara je.  

Q : Siapa parents Amar? Kenapa tidak diberitahu pada awal cerita. Kebanyakkan parents dalam cerita ni semua keluar lambat-lambat. Kalau awal pun keluarga Husna dan Hafiz. Kenapa ek?
A : Sebab saya tak nak pembaca pening. Saya perkenalkan watak parents Husna dan Hafiz dulu sebab mereka antara orang penting yang akan menggangu hubungan antara Hafiz dan Amar. Yang selebihnya hanya sekadar pelengkap dalam cerita ni.  

Q : Panjang lagi ke cerita ni?
A : Agaklah, sebab saya sendiri pun belum pasti nak tamatkan bila 😛 Hahahahaha  

Q : Mr K memang suka pakai cardigan sama macam watak utama tu. Kalau saya pergi PASUM jumpa orang pakai cardigan tu kiranya dia tu Mr K lah kan?
A : Kalau datang PASUM tahun lepas lah. Memang akan jumpa lelaki yang suka pakai cardigan tu. Kalau sekarang ni memang tak ada yang pakai cardigan macam Mr K lagi. Hihihhihi   type_writer_78_2560x1600 Q : Pernah terfikir nak jadi novelis?
A : Salah satu impian masa hadapan. InsyaAllah. Doakan saya ya my dear. 🙂  

Q : Hari tu Mr K ada cerita yang blog ni kantoi dengan kawan sePASUM. So sekarang macam mana?
A : Hari tu saya dah jumpa salah seorang dari mereka dan mengakui soal blog ni. Dorang baik dan tak menyesal jumpa dorang semula masa orientasi pelajar PASUM yang baru.  

Q : Pernah menyesal jadi PLU?
A : Nak kata sampai menyesal tu tidaklah. Ini semua ujian untuk kita, pasti ada hikmah kita tercipta sebegini. Jangan pernah salahkan Tuhan tau. Kita berhak memilih 🙂  

Q : Saya sebenarnya hormat sangat dengan sikap Mr K yang terbuka tapi ada batasannya sendiri. Mr K pandai pelihara diri Mr K dari pergi jauh. Boleh tak kalau nak jadi macam Mr K. Lagi pun saya ni macam dah jauh sangat.
A : Terima kasih dengan pujian tu. Terlalu tinggi saudara mengangkat diri saya. Saya masih muda dan banyak benda yang saya masih belum belajar dan memang cetek pengalaman. Tetapi jika kita memang niat nak berubah teruskan berubah. Perubahan itu bukanlah sesuatu yang mudah tapi kita WAJIB mencuba. Itu yang pasti. Bagi saya jika kita nak terus bebas dari gejala yang melampau dalam dunia kita yang serba mencabar, kita kena cipta limit kita sendiri. Saya harap saudara faham. Boleh DM saya dekat Twitter kalau nak cerita lebih lagi 🙂  

Q : Senang kenal dengan Mr K. Even Mr K lagi muda dari saya tapi saya selesa kenal dengan Mr K. Ada tips tak macam mana nak jadi diri ini sentiasa disenangi.
A : Saya pun 🙂 Bagi saya just be yourself!  

Q : Pernah dapat anugerah yang grand dekat sekolah kan?
A : Hahahahaha ada lah tapi tu dulu. Alah anugerah biasa je lah. Adoi ni mesti stalk saya kan? Gigit nanti baru tau! Hihihi  

Q : Parents tahu tak yang Mr K ada blog Kaki Berangan ni?
A : Semestinya tidak.  

Q : Pernah ada account PR etc?
A : Bukan pernah tapi memang ada pun. Saya memang suka mendekati golongan kita ni tapi dah delete sebab rimas diganggu godaan yang sukar dihalang. Hahahaha. Tapi saya akan terus meneroka dunia kita yang serba mencabar ni 🙂  

Q : Kalau satu hari nanti Mr K jadi penulis, adakah Mr K akan tonjolkan identiti sebenar Mr K?
A : Itu masih belum difikirkan lagi. Saya sendiri tak pasti. 😛   *soalan yang tersedia di atas sudah diedit agar mudah difahami*

P/S : Jika ada sebarang soalan boleh terus tanya dekat Ask.fm atau di Twitter saya! Jangan segan tanya ok 🙂

Advertisements

2 thoughts on “SeMINIT Bersama Mr K

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s