BUKAN UNTUK AMAR (Bab 25)

Be-Yourself-No-Matter-What

 

WATAK SAMPINGAN DLM BAB 25

Tan Sri Naqiuddin – Bapa kepada Farish, suami kepada Wani (ibu Farish).

Wani – Arwah ibu Farish, meninggal dunia akibat tekanan yang keterlaluan.

Mak Mah – Pembantu rumah Idham

 


 

“Papa dah cakap kalau Farish tak cari calon isteri lagi, papa tak akan bagi sesen pun harta papa pada kamu!” jerit seorang ayah kepada anaknya.

Bahang kemarahan membahangi seluruh tubuhnya. Tali leher yang pada awalnya terikat rapi dilonggarkan ikatannya. Mungkin kerana tubuhnya terlalu panas. Mujur pintu pejabat ayahnya ditutup rapat, jika tidak pasti setiausaha mahupun pekerja-pekerja ayahnya memasang telinga. Farish yang duduk di atas sofa di bilik ayahnya hanya membisu. Ingin sahaja dia melawan herdikan ayahnya tetapi dia cuba mengawalnya.

“Masalahnya Farish tak berminatlah papa,” Farish mula berbicara. Berkerut dahi ayahnya apabila mendengar jawapan anak tunggalnya itu.

“Papa tak kira, mahu tak mahu Farish kena kahwin juga. Kalau kamu tak jumpa calon, biar papa yang cari,”paksa si bapa. Farish mengangkat kening sambil tersenyum sinis.

“Jangan risau papa, Farish dah ada calon dah pun,” jawab Farish lagi. Kali ini nada suaranya serius.

“Siapa?” soal si bapa curiga.

“Ni, comel tak?” telefon pintar yang terhias indah dengan gambar latar Amar diserahkan kepada ayahnya.

“Kau gila? Dia ni lelaki Farish, tak kan nak kahwin dengan dia pula?” jerit bapanya lagi. Dadanya yang tercungap-cungap diurut perlahan-lahan.

“Ni zaman Milenium lah papa, bukan zaman Khalifah lagi. Tak payah nak kolot sangat!” sindir Farish. Ayahnya sudah hilang sabar lagi. Sebuku tumbukan hinggap ke pipinya.

“Ahhh!” keluh Farish penuh kesakitan. Kelihatan darah mula mengalir di hujung bibirnya di mana tempat ayahnya tumbuk.

“Tak kenang diuntung punya anak! Sia-sia aku besarkan kau, ni yang kau balas dekat aku, Farish?” jerit ayahnya lagi.

“Tak payah nak salahkan Farish seorang je papa! Kalau bukan sebab papa, Farish tak jadi macam ni! Bukan papa dulu macam Farish ke? Kahwin dengan mama pun sebab datuk yang paksa kan? Kalau tak semua harta ni bukan milik papa kan? Farish dah tahu segala-galanya!” kali ini air mata Farish mula mengalir. Dari wajahnya sudah jelas tergambar dendam kesumat yang sudah lama tersimpan terhadap ayahnya.

Tergamam Tan Sri Naqiuddin apabila mendengar kenyataan yang keluar dari lidah anaknya. Kini bibirnya seperti terkunci. Diam dan terus membisu. Farish yang masih berang terus keluar meninggalkan ayahnya bersendiri di bilik. Pintu bilik ayahnya dihentak kuat. Setiausaha ayahnya yang baru sahaja ingin masuk ke bilik ayahnya terkejut melihat keadaan itu. Sempat Farish menjeling ke arah setiausaha ayahnya sebelum berlalu pergi. Setiausaha ayahnya itu cuba memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik.

“Tan Sri tak apa-apa ke?” soal setiausaha yang jelita itu.

“Saya ok. Kenapa ya?” soal Tan Sri Naqiuddin ringkas. Dia berusaha untuk menyorokkan rasa sedihnya.

“Ada beberapa dokumen yang perlu Tan Sri sahkan,” jawab setiausaha itu sambil menujukkan beberapa fail yang dibimbitnya kepada Tan Sri Naqiuddin.

“Tak pe letak semuanya dekat meja saya. Nanti saya sahkan,” jawab Tan Sri Naqiuddin lemah.

“Baiklah,” jawab gadis jelita ringkas.

“Ada apa-apa lagi?” soal Tan Sri Naquiddin.

“Tak ada, saya minta diri dulu. Kalau Tan Sri nak apa-apa saya ada dekat luar.”

“Hurmm.” Jawab Tan Sri lagi.

Gadis jelita itu berlalu pergi, dia mengerti majikannya perlukan masa untuk bersendiri. Dia yang sudah lama bekerja dengan Tan Sri Naquiddin sudah sangat mengerti dengan masalah keluarga yang di hadapi oleh ahli perniagaan yang berjaya ini. Sejak isteri kepada ahli perniagaan ini meninggal dunia akibat tekanan yang keterlaluan, keluarga mereka mula porak-peranda. Pernah juga dia mendengar desas-desus yang mengatakan anak kepada Tan Sri Naquiddin iaitu Farish mempunyai orientasi seksual yang berbeza. Lebih tepat lagi homoseksual. Namun, tiada seorang pun yang berani menyuarakan soal itu.

Tan Sri Naquiddin juga pernah menyuruhnya mencari calon isteri buat anaknya, Farish atas tujuan yang kurang jelas. Namun, anaknya mentah-mentah menolak kesemua calon-calon yang baginya cukup cantik dan sempurna dari segala aspek. Keadaan ini membuatkan khabar angin yang digembar-gemburkan selama ini bukan rekaan semata-mata. Bak pepatah Melayu yang berbunyi “kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang”. Tak akan tercetus ceritanya jika tidak ada kesahihannya.

“Macam-macam lah keluarga Tan Sri ni. Memang betul cakap orang, orang yang banyak duit ni memang banyak masalah. Terlalu kejar duit sampai keluarga sendiri porak-peranda,” bisik hati setiausaha itu.

Dia kembali semula ke mejanya untuk meneruskan tugasnya yang masih bertimbun banyaknya sebelum habis waktu pejabat. Selang beberapa minit, Tan Sri Naqiuddin keluar dari biliknya dengan agak tergesa-gesa. Sempat dia menyuruh setiausahanya membatalkan semua mesyuarat yang melibatkan dirinya petang itu. Setiausahanya hanya akur dengan arahan Tan Sri Naqiuddin tanpa sebarang sebarang pertanyaan.

 

* * * * * * * * * * *

 

“Kita buat apa dekat Mid Valley petang-petang ni bang?” soal Amar. Kini mereka berdua sudah pun berada di ruang parkir kereta pusat membeli belah yang tersohor di sekitar Kuala Lumpur itu.

“Nak cari cardigan baru untuk Am lah! Asyik pakai yang sama je!” jawab Hafiz bersahaja.

“Alah lagi pun Am memang suka cardigan ni, tak berapa ketat dan sejuk je pakai. Susah nak cari yang macam ni,” jawab Amar lagi.

“Kita cari sampai jumpa ok. Tak kan lah nanti masa temu bual dekat tv pakai cardigan yang sama kan?” jawab Hafiz lagi. Amar terkejut mendengar penjelasan Hafiz. Setahunya dia masih belum memberitahu soal temu bual dengan pihak penyiaran yang akan berlangsung dua hari lagi.

“Kenapa? Terkejut macam mana abang boleh tahu?” soal Hafiz bersahaja. Dia sedar respond Amar yang serba salah apabila mendengar kata-kata yang dilafazkan sebentar tadi.

“Bukan niat Am nak rahsiakan dari abang cuma…” belum sempat Amar menghabiskan kata-katanya, Hafiz memintas.

“Abang faham, Danish dah bagi tahu semunya. Kalau ikutkan hati memang abang nak merajuk dengan Am tau sebab tak bagi tahu abang, tapi sebab Am ni cute sangat hari ni so tak jadi abang nak merajuk,” jawab Hafiz nakal. Amar tersenyum malu.

“Abang ni! Sorry ya sebab tak bagi tau, lepas ni Am janji akan bagi tahu semuanya,” beritahu Amar penuh keazaman.

“Ok, ok, ok. Tapi walaupun abang tak jadi merajuk dengan Am, Am tetap akan dihukum!” jawab Hafiz serius.

“Hukum? Hukuman apa pula?” soal Amar. Hafiz hanya tersenyum nakal.

“Wait and see.” ayat yang ringkas tapi cukup menggerunkan Amar. Air liurnya ditelan kesat.

 

* * * * * * * * * * *

 

Daun-daun kering yang layu di pusara berterbangan dek tiupan bayu di petang hari. Suasana yang mendung dan syahdu itu menghidupkan suasana sayup di kawasan perkuburan berdekatan Bandar Cheras, Kuala Lumpur. Sebuah kereta mewah, model terbaharu BMW 6 Series dipacu perlahan oleh pemandunya mendekati kawasan perkuburan itu dan akhirnya berhenti di bawah pohon besar bersebelahan pintu masuk tanah perkuburan itu. Selang beberapa saat pemandunya keluar.

Tan Sri Naqiuddin berjalan memasuki kawasan perkuburan Islam itu. Di tangannya jelas kelihatan sedang memegang senaskah Yassin. Namun, langkah kakinya lemah longlai seperti separuh jiwanya sudah hilang dari jasad yang masih gagah. Perlahan-lahan dia mendekati sebuah tapak perkuburan di mana kelihatan sungguh rapi seperti ada seseorang yang sentiasa menjaganya. Lelaki itu duduk di situ. Matanya tidak lekang melihat batu nisan yang terukir nama seorang wanita yang pernah dia cintai dahulu.

 “Assalamualaikum, Wani?”

Tan Sri Naqiuddin memberi salam. Walaupun tiada siapa pun yang menjawab tetapi bagi lelaki itu salamnya sudah pun terjawab oleh arwah isterinya. Kemudian naskah Yassin yang dibawa bersama itu dibuka. Bacaan yang dimulakan dengan surah Al-Fatihah dan kemudiannya beralih pula kepada bacaan surah Yassin sungguh merdu didengar. Tajwid yang sempurna itu menambahkan lagi kemerduan suara si pembaca. Dalam masa yang sama air mata penyesalan tidak henti-henti mengalir membasahi wajah lelaki itu. Sempat dia mengesat perlahan-lahan air matanya bagi mengelak dari menitis ke atas helaian muka surat naskah Yassin itu.

Selang beberapa minit surah yang terkandung 83 ayat ini akhirnya berjaya dihabiskan. Kemudian naskah Yassin itu dicium penuh keikhlasan. Kini konsentrasinya beralih ke arah kubur arwah isterinya. Sebak hatinya apabila mengenang kesilapan yang pernah dia lakukan semasa zaman mudanya. Kini kesilapannya seperti kembali mencari tuannya. Karma. Mungkin itu perkataan yang lebih tepat bagi menerangkan keadaannya kini. Kesilapan yang sudah lama dia tinggalkan kini diulangi semula oleh anak tunggalnya. Benar juga kata orang dahulu “Bapak borek anak rintik”.

“Maafkan abang, sayang. Abang silap, abang terlalu mengikut nafsu sampai lupa soal fitrah hidup kita,” mengadu si suami.

“..Sekarang, anak kita Farish pula dah jadi macam abang. Abang tak tahu nak buat apa lagi, sayang. Abang buntu, abang tak mampu nak nasihatkan Farish lagi, sayang,” sambung lelaki itu lagi.

“..Tapi mungkin ini balasan yang abang harus terima, ya memang semua ni salah abang. Kalaulah abang tak buat benda keji tu dulu mungkin semua ni tak kan terjadi.” Air mata penyesalan seorang bapa mula mengalir tanpa henti.

 

* * * * * * * * * * *

 

Sudah menjadi kebiasaan suasana di pusat membeli belah Mid Valley pasti meriah dengan pengunjung terutama sekali selepas waktu pejabat. Ada yang sibuk membeli barang basah di AEON BIG untuk menambah bekalan di rumah. Ada juga yang merebut peluang membeli pakaian selepas pulang dari bekerja. Tak dilupakan juga mereka yang ingin menghabiskan masa bersama dengan pasangan masing-masing selepas penat bekerja. Banyak pasangan yang memenuhi restoran-restoran terkemukan yang terdapat di Mid Valley. Amar dan Hafiz turut tidak terkecuali juga. Starbucks menjadi pilihan mereka berdua.

“Thanks abang sebab belanja Am cardigan baru, cantik sangat. Am suka gila!” ucap Amar kegembiraan. Kopi Latte menjadi pilihan untuk dihirup petang itu.

“Untuk Am segalanya boleh, sayang,” jawab Hafiz romatik. Seperti biasa hati Amar luruh lagi.

“Kalau Am suruh abang buka baju dekat tengah jalan tu, abang buat juga?” soal Amar nakal. Jari telunjuknya menunjuk ke arah jalan sehala yang memisahkan Mid Valley dengan The Garden.

“Dekat sana tu? Boleh je tapi…” mata Hafiz yang memerhati seketika ke arah jalan sehala itu kembali menatap tajam anak mata Amar.

“Tapi apa?” soal Amar teruja.

“Tapi hanya Am je yang layak lihat abang tanpa pakaian,” jawab Hafiz nakal. Kening kirinya terangkat sambal mengusap nakal betis Amar yang tersembunyi di bawah meja. Merah padam muka Amar mendengarnya.

“Mengarutlah abang nih, Am gurau je lah,” Amar gelak hambar. Hafiz tersenyum melihat kehambaran Amar yang berusaha untuk menyembunyikan rasa kekoknya tapi gagal.

“Kalau betul pun apa salahnya, Am suka kan?” jawab Hafiz tidak mengalah. Amar yang sedang minum tersedak apabila mendengarnya. Tak kering gusi Hafiz melihat reaksi Amar itu.

“Abang ni suka betul kacau Am kan!” rungut Amar.

“Hahaha, sorry my dear. But you look so cute bila kena kacau,” puji Hafiz. Sekali lagi Amar hanya tertunduk malu apabila dipuji. Semakin merah mukanya.

“By the way, abang rasa abang macam tak dapat nak temankan Am masa temu bual tu nanti sebab abang ada short test on that day. Abang minta maaf sangat-sangat, tapi abang dah suruh Danish temankan Am,” tangan Amar diucapnya perlahan-lahan atas tujuan ingin memujuk Amar.

“Oh really? Tak pe lah abang, Am ok jeh lah. Jangan fikirkan sangat lah benda kecil je,” jawab Amar bersahaja.

 “But don’t forget to wear your new cardigan tu, abang akan rasa lega sangat kalau Am pergi pakai cardigan tu. Dan ingat abang akan sentiasa sokong Am walaupun dari jauh. Ok?”

“Thanks abang, Am terharu sangat.”

“Most welcome my dear, I love you,” luah Hafiz dengan nada romatik.

“I love you too,” jawab Amar ringkas.

“Jom balik?” ajak Hafiz. Amar mengangguk tanda setuju.

 

* * * * * * * * * * * * *

 

Sebuah kereta Produa Myvi milik Farish menghampiri sebuah banglo mewah yang tersegam megah di pinggir bandar. Banglo milik keluarga sahabatnya, Idham. Walaupun laman banglo itu sungguh luas dari pandangannya, namun tidak dapat menandingi keluasan laman banglo milik ayahnya. Memang wajar begitu kerana bapa Idham hanya bergelar ‘Datuk’ manakala bapanya sendiri bergelar ‘Tan Sri’.

Setelah pegawai keselamatan membenarkannya masuk ke laman banglo milik keluarga Idham, keretanya menghampiri ruang parkir tetamu yang jaraknya agak dekat dengan pintu banglo itu. Setelah keretanya diparkir, nombor telefon Idham didailnya bagi memberitahu kehadirannya. Namun, panggilannya tidak dijawab. Tanpa berfikir panjang dia lantas mengetuk pintu rumah Idham. Selang beberapa saat pintu rumah itu terbuka, kelihatan seorang wanita berusia kira-kira 50an tersenyum ke arahnya.

“Oh kamu, Farish. Cari Idham ya? Dia ada dekat bilik, masuklah” soal pembantu rumah Idham yang sudah cukup kenal dengan Farish.

“Ya Mak Mah,” jawab Farish ringkas.

“Tak silap Mak Mah Idham tengah solat tu, kamu naik je lah terus pergi bilik dia. Mak Mah nak ke dapur kejap,” cadang Mak Mah lalu bayangnya terus hilang di sebalik pintu dapur.

Farish tanpa berlengah mengatur langkah satu persatu menaiki tangga utama yang menghubungkan tingkat bawah dengan tingkat satu. Beberapa bingkai gambar yang memuatkan gambar-gambar keluarga Idham tergantung kemas pada dinding berdekatan tangga utama itu. Walaupun Idham merupakan anak tunggal tetapi dari setiap gambar yang terpapar sudah cukup menceritakan bertapa bahagia dan harmoninya kehidupan Idham sekeluarga. Perlahan-lahan hadir rasa sebak dalam jiwa Farish.

Rasa rindunya terhadap kehidupannya dulu kembali mengusik jiwa keringnya. Sebelum ibunya meninggal dunia, hidup Farish sekeluarga sangat bahagia dan harmoni. Jika dia diberi peluang, dia ingin memberitahu dunia bahawa keluarga dialah yang paling bahagia di dunia ini. Namun sekelip mata semuanya runtuh apabila ibunya mengetahui bapanya, Tan Sri Naqiuddin menjalinkan hubungan sejenis dengan adik ibunya. Sejak kejadian itu, ibunya mengalami tekanan yang keterlaluan dan akhirnya meninggal dunia.

Hati Farish mula sunyi sejak kematian ibunya yang tersayang. Dendam terhadap bapanya, Tan Sri Naqiuddin tidak pernah berakhir. Beberapa kali bapanya memohon maaf namun ditolak mentah-mentah. Oleh sebab itu Farish lebih selesa hidup sederhana di rumahnya dan hanya memakai kereta Produa Myvi. Walhal bapanya mampu memberikannya keperluan yang lebih mahal dan mewah. Namun, sekeras-kerasnya Farish menolak.

Sedang dia mengelamun mengenang nasib hidupnya, akhirnya dia sudah tiba di hadapan bilik Idham. Kelihatan pintu bilik Idham tidak tertutup rapat. Dia menghampiri bilik Idham perlahan-lahan, kononnya ingin mengejutkan sahabatnya itu. Belum sempat dia menguak pintu bilik Idham, langkahnya terhenti apabila matanya terlihat Idham yang sedang melutut sambil menadah tangan menerusi pintu yang renggang itu. Telinganya tertumpu ke arah suara Idham.

 

“Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepadamu aku meminta dan memohon, kau ampunilah dosa-dosa silamku Ya Allah. Aku sedar terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan, dan aku sedar akulah manusia akhir zaman yang leka dengan dunia songsang. Tapi Ya Allah, kau berikanlah aku peluang dan kekuatan untuk berubah dan kau kentalkan jiwaku untuk terus berpegang teguh dengan agamamu, Ya Allah. Sejujurnya aku hamba yang lemah dan tidak berdaya, tanpa bantuanmu aku tidak mampu berubah. Dan aku juga memohon kepadamu Ya Allah kau turunkan hidayahmu kepada sahabatku, Farish, Ya Allah. Aku terlalu sayangkan sahabatku, Ya Allah. Aku tidak rela melihat dia terus alpa dengan dunianya sendiri, aku tidak rela dia pergi meninggalkan aku dalam keadaan yang hina di matamu. Kau ampunilah dosa-dosanya, Ya Allah. Kau bantulah aku agar aku dapat membawa dia kembali kepada jalan yang diredai, Ya Allah.”

 

Doa panjang lebar yang dipohon penuh keikhlasan dari sanubari Idham menusuk hati kecil Farish. Lidahnya kelur tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Niat sahabatnya yang ingin membawanya pulang ke pangkal jalan benar-benar memberi tamparan kepadanya. Adakah hidupnya selama ini terlalu teruk? Tanpa berfikir panjang Farish lantas berlari menuruni tangga. Sempat dia bertembung dengan Mak Mah yang sedang membawa minuman dan kudapan ke bilik Idham.

“Kamu nak ke mana ni Farish? Dah nak balik ke?” soal Mak Mah.

Farish langsung tidak menghiraukan keberadaan Mak Mah. Dia lekas meninggalkan banglo milik keluarga Idham dan terus pulang ke rumah. Idham yang baru selesai solat terdengar akan suara Mak Mah seperti bercakap dengan seseorang. Idham lalu keluar dari bilik dan menghampiri Mak Mah yang masih berdiri di tepi tangga.

“Mak Mah cakap dengan siapa tadi? Air ni pula untuk siapa?” soal Idham tertanya-tanya.

“Farish. Tadi dia datang sini tapi, Mak Mah suruh dia naik bilik kamu terus, lepas Mak Mah siapkan air ni tiba-tiba dia berlari nak balik. Mak Mah tanya kenapa tapi dia diam je,” jelas Mak Mah panjang lebar.

“Farish datang sini? Tak ada pula dia masuk bilik saya. Pelik,” Idham mula hairan.

“Ya ke?” soal Mak Mah. Idham hanya terdiam. Perbualan mereka berakhir di situ. Masing-masing masih tertanya-tanya dengan sikap Farish terutama sekali Idham.

 

* * * * * * * * * * * *

 

Farish duduk bersendiri di biliknya sambil melihat kerdipan bintang-bintang di langit malam menerusi balkoni biliknya. Dalam pelukannya kelihatan sebuah bingkai gambar yang memuatkan gambar ibunya, Wani. Gambar itu ditatap seketika, jari jemarinya mengurut layu wajah ibunya. Rasa rindu akan riang tawa ibunya tidak pernah hilang dalam jiwanya walaupun sudah sekian lama ibunya meninggalkannya. Air mata rindu sudah berlindangan membasahi wajahnya dan juga yang menitis ke atas gambar ibunya.

“Mama, Farish rindu sangat dengan mama. Farish tak boleh hidup tanpa mama,” rintih Farish.

“…kalaulah papa tak buat macam tu dekat mama, mesti kita hidup bahagia kan mama?”

“…ni semua salah papa dengan pak cik!” jerit Farish kegeraman.

Dendam kesumat terhadap ayahnya semakin menebal dalam jasad anak muda ini. Bukan mudah untuk dia menerima kenyataan bahawa dia sudah tidak mempunyai seorang ibu. Malah yang lebih menyakitkan lagi bapanya seorang gay dan menjalinkan hubungannya dengan adik ibunya sendiri. Sungguh menyakitkan.

Bapanya menjalinkan hubungan sejenisnya dengan adik ibunya sejak ibu bapanya belum berkahwin lagi. Namun, hubungan mereka tidak diketahui oleh sesiapa pun. Rumah adik ibunya menjadi tempat mereka berdua beradu kasih dan memenuhi nafsu masing-masing. Tidak lama kemudian, datuknya memaksa bapanya berkahwin kerana umurnya sudah layak untuk mendirikan rumahtangga. Pada awalnya bapanya menolak sekeras-kerasnya tetapi datuknya mengugut bapanya. Jika ayahnya tidak berkahwin maka segala harta warisan tidak akan diwariskan kepada ayahnya. Oleh itu, bapanya terpaksa akur dengan kehendak datuknya.

Ternyata bapanya lebih bijak, dia memilih ibunya sebagai calon isteri agar mudah untuknya mengekalkan hubungan songsang dengan adik ibunya. Ketika itu ibunya masih belum mengetahui bahawa dia hanyalah kambing hitam agar segala harta warisan jatuh ketangan bapanya. Setelah setahun berkahwin, ibu bapanya dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Farish. Kehadiran Farish amat menggembirakan ibunya tetapi tidak kepada bapanya.

Sejak Farish dilahirkan, bapanya sering kali pulang lewat ke rumah dan kerap juga pergi ke luar negara atas urusan kerja. Ibunya mula mengesyaki bahawa bapanya berlaku curang. Ibunya mula menyiasat perkembangan bapanya setiap masa. Dan yang paling memeranjatkan lagi apabila ibunya mengetahui bahawa suaminya sendiri menjalinkan hubungan sejenis dengan adiknya sendiri. Sejak kejadian itu, ibunya mula senyap membisu dan lebih suka bersendiri. Menurut kata doktor, ibunya mengalami tekanan perasaan yang keterlaluan kerana terlalu sukar menerima kenyataan. Ketika itu hanya Farish yang ketika itu masih kanak-kanak lagi bersama-sama dengan pembantu rumah yang menguruskan ibunya.

Bapanya pula hanya sibuk menghabiskan masanya dengan pasangan sejenisnya tanpa menghiraukan keadaan ibunya. Farish pada awalnya tidak mengetahui perkara tersebut kerana ibunya tidak pernah memberitahunya. Tetapi dia sempat menemui diari ibunya selepas ibunya meninggal dunia. Segala yang berlaku semuanya tercatat dalam diari ibunya. Memang pahit hatinya apabila mengetahui kebenaran mengenai ayahnya. Rasa sayang kepada ayahnya yang pernah hadir dalam jiwanya hancur musnah. Sejak itu dia lebih gemar melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan teguran bapanya. Rasa hormatnya sudah lenyap. Walaupun Farish hidup sebumbung dengan bapanya, dia tetap berusaha untuk menganggap bapanya tidak wujud.

Semakin lama bapanya semakin berani membawa pasangannya balik ke rumah. Farish langsung tidak menghiraukan kehadiran mereka, dia lebih selesa untuk tidak masuk campur dengan urusan bapanya. Bapanya tidak berasa malu langsung berkucupan dengan pasangannya di hadapan Farish. Malah, Farish sendiri kerap kali terlihat aksi ranjang bapanya di dalam bilik kerana pintu bilik tidak ditutup. Pernah juga Farish diliwat oleh adik ibunya secara paksaan semasa ketiadaan bapanya. Kejadian itu membuatkan Farish mula terjebak dengan dunia songsang.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UNTUK AMAR

P/S : Maaf sebab nak dekat sebulan tak update. Boleh tanya saya di Ask.fm

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s