Buku Hitam Amar

tumblr_mjedl5fhzq1qbah6ko1_1280

 

Isnin, 12 Ogos

 

“Happy ending!”

Kata-kata azimat yang akan menghiasi pengakhiran kisah cinta dunia fantasi. Aku juga turut termakan dengan kata-kata itu. Mungkin aku terlalu gemar mendengar dan membaca cerita cinta fantasi semasa aku kecil dahulu. Namun, ketika itu aku belum pernah mengerti apa erti sebenar cinta. Kini, aku mula memperlajari apa itu cinta. Aku selalu berfikir bahawa semua pengakhiran dalam hidup ini pasti akan berakhir dengan kebahagiaan sama seperti kisah cinta fantasi yang pernah aku baca dahulu. Di mana hero akan berkahwin dan hidup bahagia dengan heroin sehingga akhir waktu.

Tapi bagaimana pula dengan kisah cinta aku?

Siapa hero dan siapa pula heroin?

Aku atau Hafiz? 

Aku tidak gusar siapa yang bakal menjadi hero mahupun heroin. Tetapi aku hanya resah jika cinta aku terhadap Hafiz tidak berakhir seperti kisah cinta fantasi yang aku gemari. Mungkin bibit-bibit cinta aku bersamanya kini sangat indah seindah pelangi petang, tinggi setinggi banjaran Himalaya, dan luas seluas angkasa. Namun, jika letusan supernova melanda hubungan aku dengannya sudah pasti semua keindahan yang telah terbina selama ini lenyap sekelip mata.

Saat aku mengetahui akan niat sebenar ibu Hafiz yang ingin menjodohkan Hafiz dengan gadis melayu, Husna. Seluruh tubuhku sakit sekali, seperti roh aku ingin terpisah dari jasad. Kepedihannya tidak mampu diserap oleh hati, tidak mampu juga diterima oleh akal. Segalanya seperti satu mimpi ngeri dan aku berharap jika aku terjaga, segalanya tidak seperti yang aku harapkan.

Ketika itu aku mula sedar, mungkin benar semua kisah cinta fantasi akan berakhir dengan keindahan jika cinta itu antara hero dan heroin. Andai kata Hafiz menjadi hero dalam kisah cinta fantasinya, sudah pasti aku tidak layak menjadi heroinnya kerana aku bukan dicipta menjadi seorang wanita.

Maka siapakah yang bakal menjadi heroinnya?

Adakah Husna?

Bagaimana pula dengan cinta aku terhadapnya?

Aku tidak rela melepaskan orang yang aku cintai begitu sahaja. Aku juga tidak rela meninggalkan kekasihku bersama dengan wanita yang tidak pernah dia cintai. Aku juga tidak rela melihat hidupnya terseksa menagih cintaku dari jauh. Aku juga tidak rela melihat wanita itu menjadi kambing hitam dalam hubungan cintanya pada Hafiz.

Apa yang harus aku lakukan?

 

Advertisements

3 thoughts on “Buku Hitam Amar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s