Pertemuan

Holding_Hands-7020

Pada awal acara, masing-masing sibuk berbual dengan rakan-rakan tanpa menghiraukan orang lain yang menginginkan ketenangan. Hiruk pikuk yang membingitkan telinga ini berterusan sehingga tiba satu ketika di mana seorang lelaki senior merangkap pengerusi majlis muncul. Perwatakan yang biasa dan tiada apa yang menarik selain dari tubuh yang  gempal yang dimiliki oleh lelaki itu. Bila didengari semula suaranya sepanjang dia menjadi pengerusi majlis, aku mampu menjadi yang lebih baik dari dia.

Seperti biasa, apa jua majlis yang berlangsung pasti akan dirasmikan oleh pihak atasan mahupun sesiapa sahaja yang berpangkat tinggi. Majlis interaksi ini juga tidak terkecuali cuma perjalanannya lebih bersahaja dan tidak terlalu berprotokol. Hanya cukup selesa melihatnya. Selepas majlis interaksi ini dirasmikan, tiba saatnya aku dan yang lain berpisah mengikut kumpulan. Cara pembahagian yang menarik, di mana muzik menjadi elemen utama untuk memisahkan aku dengan yang lain.

Pada awalnya aku tidak gemar dengan cara pembahagian sebegitu. Sebab pertama aku akan berpisah dengan kawan aku. Sebab kedua aku akan bercampur dengan orang yang tidak aku kenali. Mujur salah seorang kawan aku bersama aku. Mujur sangat. Tapi bukan itu yang menarik perhatian aku. Ada seperkara lagi yang belum aku kongsikan. Kehadiran senior tahun akhir. Haziq. Bekas pelajar tempat aku belajar sebelum ini. Kelihatan sangat merendah diri tetapi sangat bijak dalam silap mata.

Bagaimana aku mengetahui banyak mengenainya? Kerana aku pernah melihatnya melakukan persembahan magik ketika aku masih awal setahun jagung di menara gading. Sungguh mempersonakan. Dan kini dia benar-benar berada di sebelah aku. Sebagai salah seorang ahli kumpulan aku. Rupa wajahnya tidaklah terlalu mempersonakan tetapi cukup menarik perhatian hati aku yang tidak terlalu sempurna ini. Sepanjang bersamanya aku tidak lokek melihat wajahnya, tubuhnya dan segala apa yang ada pada dia.

Seorang yang tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Namun, ketinggiannya lebih sedikit dari ketinggian aku. Tapi jika berdiri bersebelahan, aku rasa sudah cukup manis untuk dilihat selalu. Tubuhnya tidaklah hebat seperti teman-teman aku yang lain, hanya cukup selesa di dakap setiap masa. Wajahnya juga tidaklah terlalu mempersona tetapi sudah cukup kemas untuk aku lihat selalu. Yang menariknya tanda kelakiannya masih jelas walaupun kumisnya dicukur kerana terletak rapinya jangut di hujung dagunya.

Apa yang istimewanya dia? Aku sendiri tidak tahu di mana istimewanya. Apa yang aku pasti aku mahu mendekatinya, mengenalinya dengan lebih dalam lagi. Jika boleh aku mahu menjadi salah seorang yang penting dalam hidupnya. Jika bukan sebagai seorang kekasih, mungkin sebagai seorang sahabat yang sentiasa dahagakan kasih sayang antara satu sama lain. Jika aku berduka, aku mahu bahunya menjadi tempat aku berpaut bagi mengumpul semula semua kekuatan yang aku perlu. Jika aku gembira, aku mahu tubuhnya menjadi tempat aku mendakap bagi berkongsi kegembiraan bersama.

Jika boleh, aku mahu dia menjadi teman aku sepanjang hidup aku. Tidak mengira waktu dan tidak juga ketika. Malah aku mahu dibimbing olehnya dalam apa jua perkara. Aku mahu dia menjadi orang pertama yang aku lihat di saat aku terjaga dari mimpi. Aku juga mahu dia menjadi orang pertama yang merasai air tangan aku di dapur. Dan jika aku dipaksa menggadaikan maruahku demi seseorang, hanya dia sahaja yang layak memperlakukan aku sebegitu.

Advertisements

3 thoughts on “Pertemuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s