People Like Us.

People-Like-Us-2012-Movie-Title

PLU?

Menurut Urban Dictionary, PLU adalah singkatan  kepada :

“People Like Us” commonly use among straight looking homosexual when identifying themselves among each other.

Mesti ramai yang dah tahu maksudnya kan? Tiba-tiba Mr K teringin nak definiskan perkataan PLU ni. Tak tahu kenapa. Dah lah blog ni berhabuk teruk lepas tu tiba-tiba post benda alah ni. Dah kenapa?

Bukan apa, Mr K dah lama berhenti menulis sebab kekangan masa. Almaklumlah baru nak beradaptasi dengan dunia baharu. Banyak perkara yang berubah dalam hidup Mr K sejak kebelakangan ni. Bagi Mr K semua ini adalah satu permulaan baharu untuk Mr K menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mungkin tak banyak yang berubah tapi Mr K tetap rasa perbezaan dalam hidup Mr K.

Pernah juga Mr K terfikir nak berhenti menulis tapi rasa macam berat sangat sebab Mr K masih belum capai apa yang Mr K ingin capai sebagai seorang penulis. Jujur Mr K bukanlah seorang penulis yang berpengalaman dan banyak lagi yang Mr K perlu belajar dan amati dari pengalaman orang lain. Walau bagaimana pun Mr K akan terus bertahan untuk terus memberikan karya yang terbaik untuk semua.

Maaf sebab buat semua ternanti-nanti sambungan Bukan Untuk Amar buat sekian lama. Buat masa ini Mr K akan tangguhkan sambungan Bukan Untuk Amar atas sebab-sebab tertentu. Rasanya Mr K dah bagi tahu dekat Twitter hari tu. Tapi kalau ada sesiapa yang nak cadangankan idea mahupun apa sahaja untuk diterbitkan di sini, jangan malu jangan segan tegur Mr K di Twitter mahupun Facebook. Kalau nak WeChat pun boleh.

Dah jauh sangat melalut ni. Hahaha. Jom berbalik kepada topik kita tadi, PLU. Jadi bila kita cakap mengenai PLU, itu bermaksud kita bercakap mengenai hubungan sejenis. Tak kira lah lelaki-lelaki atau pun perempuan-perempuan. Sama sahaja. Kenapa Mr K memilih topik ini sebagai mukadimah tahun 2015 ni? Hahaha. Sebab tanpa kita sedari PLU semakin hari semakin bertambah. Sukar untuk dijangka golongan ini, mungkin mereka dalam kalangan ahli keluarga kita atau pun sahabat kita. Cuma jelas atau tidak. Dan jangan terkejut orang yang sudah berkahwin pun antara golongan PLU asalnya.

Faktor zuriat, agama dan sebagainya menjadi pendorong golongan PLU berkahwin sama seperti orang normal lain. *kita abnormal ke? Hahahaha. Fikir-fikirlah sendiri. Berdasarkan statistic, seramai 3 daripada 10 lelaki adalah GAY? Yeah itulah realitinya. Adakah kita penyumbang kepada statistik tersebut? Mungkin? *tak terima kenyataan 😛

Lihat sendiri di IPTA dan IPTS di Malaysia, kebanyakkan golongan PLU sudah semakin berani menonjolkan kebebasan mereka di khalayak ramai tanpa memikirkan persepsi orang awam. Sama ada ianya memberikan impak positif atau tidak, anda nilai sendiri. Macam Mr K ni hanya mampu melihat, tak mampu nak menilai sebab siapa Mr K nak menilai kalau Mr K sendiri belum cukup sempurna.

Mr K ramai kenalan yang sama macam “kita” dekat universiti yang Mr K belajar. Macam-macam ragam, ada yang cover ada yang open. Ada yang baik-baik ada juga yang jahat-jahat. Apa yang penting itulah ragam manusia macam kita. Tapi Mr K tetap gembira sebab dapat melihat kepelbagaian dalam kehidupan. Hahahahaha. Tapi apa pun Mr K tetap bersyukur sebab ada ramai kenalan yang senasib dengan Mr K. Sekurang-kurangnya dapatlah berkongsi rasa berkongsi rahsia yang hanya orang macam kita je faham.

Nanti kalau cerita dekat orang yang lurus, tak pasal-pasal kena pulau. Tapi tak semua macam tu, ada juga yang menerima dengan hati yang terbuka. Cuma Mr K sendiri belum bersedia untuk mengakui kebenaran ini sebab tak nak kebahagiaan yang sudah terbina lama ini runtuh kerana identiti kita yang sedikit berbeza. Sikit je ya tak banyak pun. Hahahaha. Ya lah kebanyakkan orang fikir orang macam kita ni jijik, kotor, tak berakhlak dan hanya mengikut nafsu semata-mata. Mungkin ada betulnya tapi tak lah semua. Ingat kita ni memang lahir-lahir kotor ke? Kita semua sama di mata Tuhan!

Sama ada kita menerima ujian ini dengan baik atau sebaliknya.

m_2318503_dosTsiVSHqqV

Advertisements

2 thoughts on “People Like Us.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s