Sambungan Bukan Untuk Amar

Be-Yourself-No-Matter-What

Sekian lama menyepi dan kini Mr K kembali dengan sedikit update mengenai sambungan Bukan Untuk Amar. Walaupun tak banyak sebab Mr K sudah menghampiri saat genting di mana masa perlu diperuntukkan kepada perkara yang lebih penting. Maaf juga dipinta kepada semua pembaca yang sering kali bertanya bila nak sambung cerita ni. InsyaAllah sambungan yang sebenar akan dipost tidak lama lagi.


“Aku pelik lah dengan kau. Kenapa  kau masih nak ambil tahu pasal Farish walhal dia dah buat kau rosak sebelum ni,” soal Danish tiba-tiba.

Amar yang pada awalnya leka menelaah pelajaran tiba-tiba terkedu mendengar persoalan Danish yang baginya sangat mendalam. Matanya mula memandang ke arah Danish yang masih setia menanti jawapan Amar walaupun dari bahasa badannya sudah jelas menunjukkan dia tidak mahu menjawab soalan yang sukar itu.

“Aku tanya ni. Kenapa diam pula?” paksa Danish lagi. Amar serabut menyusun ayat yang sesuai untuk menjawab soalan itu. Tapi otaknya seperti tidak dapat berfungsi malah hatinya juga seperti tidak tahu apa yang sebenarnya dirasai selama ini.

“Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa aku masih nak ambil tahu pasal Farish,” Amar berhenti seketika. Dia menghembus nafas tanda mengeluh. Danish masih menanti jawapan sebenar Amar.

“Aku cuma kesian. Mungkin dia pernah buat jahat dekat aku tapi itu bukan bermakna aku kena balas dengan dendam,” terang Amar lagi. Danish mengerut dahi apabila mendengar jawapan Amar yang baginya tidak masuk akal dan berbau penipuan.

“Kalau aku cakap kau masih sayangkan Farish macam mana? Betul atau salah tekaan aku ni?” kali ini Amar tergamam. Danish seperti sedang mengumpan dia untuk memberikan kenyataan sebenar yang sudah lama disimpan dalam hati. Amar tidak senang duduk.

“Aku bukan apa, Am. Hafiz tu sayang sangat dekat kau dan apa yang sudah berlalu biarkan berlalu. Sekarang ni dah ada orang yang betul-betul sayangkan kau. Jangan buat dia terluka sebab dia mungkin orang yang terakhir yang kau jumpa sepanjang hayat kau,” tambah Danish lagi.

Amar hanya membisu. Dia masih tidak menjawab soalan Danish dan kini kepalanya mula rungsing dengan kata-kata terakhir Danish. Amar merasakan dirinya seperti mangsa taruhan dan dia tersepit untuk memilih siapa yang berhak dipilih. Sama ada terus menjadi taruhan si penjahat iaitu Farish atau diselamatkan oleh Hafiz tetapi hidupnya akan sentiasa diburu oleh si penjahat. Amar mula keliru apa itu cinta dan apa itu pengorbanan.

“Kau perlu buat keputusan yang terbaik. Bukan terbaik untuk kau sahaja tetapi untuk semua orang. Cinta itu tidak semestinya dimiliki tetapi cukup dengan melihat orang yang dicintai itu bahagia selamanya,” sambung Danish lagi.

Kali ini mata Danish mula berkaca, kata-katanya tadi benar-benar datang dari sudut hati kecilnya yang sudah lama tersimpan. Bayangan gadis jelita di kampung halamannya kembali mengisi kotak fikiran. Hati lelakinya tidak cukup gagah menahan hiba disulami rasa bersalah terhadap gadis yang selalu menjadi tulang belakang sejak ketiadaan neneknya. Amar sedar akan perubahan pada Danish lekas dia mengusap belakang tubuh Danish.

“Kenapa ni Danish? Aku ada salah cakap ke?” soal Amar bertubi-tubi. Danish berusaha untuk menahan rasa sedihnya tetapi gagal. Amar langsung memeluk tubuh Danish sekuat hati dan tanpa disedari matanya mula berkaca tanpa sebab yang jelas. Apa yang pasti Amar seperti dapat merasakan kesedihan yang dirasai Danish walaupun dia tidak tahu sebab musababnya.

“Aku tak mahu kau kecewa,” lafaz Danish yang terakhir. Amar hanya mampu menerima kata-kata Danish. Bayangan Hafiz dan Farish sudah mula muncul mengelilingi fikiran Amar.

BERSAMBUNG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s