Temu Bual Bersama

TEMU BUAL BERSAMA AMAR tumblr_mjedl5fhzq1qbah6ko1_1280 Q : Apa pendapat Amar tentang Hafiz?
A : Abang Hafiz? Dia handsome, charming, romantic dan paling best tough gila! Melting tau! Hahaha. Tapi bukan itu sebenarnya yang menarik hati saya. Tapi  ada satu perkara yang ramai tak sedar sebenarnya Hafiz ni pandai ambil hati saya dan jujur. Kalau dia nak cakap sesuatu dia mesti sentuh saya dan sentuhan tu buat saya rasa selesa sangat dan kata-katanya tidak pernah berdusta.

Q : Apa perasaan bila kena lamar dengan Hafiz masa dekat i-City dulu?
A : Serius memang tak percaya betul. Cuba bayangkan suara dia yang jantan habis tuh ucapkan kata-kata cinta. Dah lah dekat i-City pula tu. Memang rasa terharu sangat. Memang tak pernah rasa bahagia macam ni sebelum ni. Saat masa sarung cincin tu memang tak boleh lupa.

Q : Kenapa Amar ramai peminat?
A : Entahlah. Saya ni bukan handsome mana pun. Hidung je mancung tapi pipi berjerawat. 😛

Q : Apa perasaan bila kena liwat beramai-ramai?
A : What? Next question please 😥

Q : Macam mana boleh terima Farish sebagai abang angkat masa sekolah dulu?
A : To be honest sebenarnya Farish ni famous masa sekolah dulu. Mungkin sebab handsome lah. Tapi sejak dia dah buat benda tak senonoh dekat saya terus hilang rasa abang angkat adik angkat bagai.

Q : Apa perasaan bila tengok keadaan Farish terlantar atas katil lepas dia dapat tahu Amar dah dilamar?
A : Rasa kesian sangat. Tak sangka dia suka saya sampai macam tu sekali. Tapi jujur saya susah nak terima dia sebab dia tu abang angkat saya. Dan saya masih rasa kecewa dengan kejadian 3 tahun lepas. 😥 Please don’t ask me this question again.

Q : Apa maksud sebenar buku hitam tu?
A : Pembaca akan tahu nanti. Buku inilah yang mampu mengubah perjalanan cerita ini bila-bila masa.

Q : Apa isi buku hitam tu?
A : Ianya lebih kurang macam diari tapi bukan diari yang tulis hari-hari. Dalam kata mudah luahan hati Amar dalam kehidupannya. *tersenyum

Q : Kenapa Amar maafkan Hamdan, sahabat Amar tu walhal dia hampir nak cabul kehormatan Amar?
A : Itulah yang susah jadi Amar ni. Saya ni jenis pemaaf sangat. Biarlah saya terseksa tapi jangan orang lain terseksa. Lagi pun Hamdan tu kawan baik Amar. Dialah yang selalu ada dengan saya masa dekat universiti.

Q : Habis tu kenapa tak boleh maafkan Farish dan terima cinta dia. Rasanya cinta dia lebih besar dari Hafiz?
A : *speechless*

TEMU BUAL BERSAMA HAFIZ Holding_Hands-7020 Q : Bila Hafiz mula suka dekat Amar?
A : Masa terjumpa Amar masa hampir kena langgar dengan teksi.

Q : Apa yang membuatkan Hafiz suka dekat Amar?
: Sebab dia cute and innocent sangat. *gelak nakal. To be honest saya suka Amar sebab dia ada prinsip dan matang dalam berfikir. Kadang-kadang rasanya Amar ni lagi matang dari saya kot? Hahahahaha.

Q : Tak risau ke dengan kegilaan Farish? Bahayakan?
A : Gila tak risau dengan mamat gila bayang tu. Tapi Amar dah memilih saya dan saya bertanggungjawab menjamin keselamatan dia. Saya sanggup bahaya demi dia daripada serahkan Amar dekat lelaki gila tu. Lagi pun saya memang betul-betul cintakan Amar sepenuh hati saya

Q : Macam mana dengan plan Ummi Hafiz yang ingin jodohkan Hafiz dengan wanita muslimah, Husna?
A : Susah saya nak terangkan sekarang sebab Ummi saya betul-betul harapkan saya berkahwin dengan Husna. Tapi saya tak cintakan dia dan saya tak rasa saya mampu membahagiakannya. Dia  baik orangnya dan saya tak layak untuk dia. Saya pun tak sanggup nak kecewakan Ummi saya.

Q : Pernah tak “sentuh” Amar?
A : Sentuh? Tak pernah lagi. Saya hormati dia dan saya tahu dia masih trauma dengan kejadian 3 tahun lepas.

Q : Tak kan tak pernah rasa nak “sentuh” Amar?
A : Apa punya soalan ni? Ni peribadi lah. Hahahahah tipulah kalau cakap tak nak. Memang tercabar juga tengok dia tapi cinta saya pada dia bukan kerana nafsu. Saya cuma mahu dia sayang saya seperti mana saya sayang dia.

Q : Apa perasaan Hafiz bila dapat tahu Amar ni pernah “kena” dengan Farish? Kira macam bekas orang juga.
A : Mulut tu jaga sikit! Itu kisah silam Amar dan dia tak pernah minta nak macam tu. Jadi kenapa perlu saya rasa curiga atau benci dengan Amar? *emo

Q : Apa pendapat Hafiz tentang Husna?
A : Dia baik, sejuk mata memandangnya. Semua lelaki pasti berebut-rebut nak jadikan dia sebagai isteri.

Q : Hafiz tak teringin nak jadikan Husna sebagai isteri?
A : *speechless*

TEMU BUAL BERSAMA FARISH sad-man-silhouette-on-bench Q : Kenapa Farish tergila-gilakan Amar?
A : Sebab dia istimewa. Dia baik, setia dan cute sangat. Lihat dia boleh buat aku bahagia sangat. Dan aku ni jenis panas baran sesuai kalau dengan dia sebab dia ni penyabar.

Q : Kenapa tak cari lain? Kan ada lagi yang lebih baik dari Amar?
A : Memang ada tapi tidak ada yang sama macam Amar. Sebab tu aku cari Amar balik dekat universiti tempat dia belajar. Aku dah tak sanggup nak hidup tanpa dia lagi.

Q : Kenapa pakai Myvi walhal keluarga Farish orang berada?
A : Sebab aku tak nak Amar rasa tak selesa dengan kemewahan yang aku ada. Sejak dari sekolah lagi Amar memang tak suka tengok orang berlagak dengan harta mak ayah. Kau apa tahu, aku dah lama kenal dia.

Q : Kenapa kau liwat Amar dulu?
A : Sebab aku dah tak tahan tengok dia. Dia buat aku gilakan dia. Nafsu aku ni tak pernah tahan bila tengok muka dia yang cute tu. Bila tengok dia senyum memang buat aku jatuh cinta dekat dia.

Q : Tapi bukan kau seksa dia ke tu?
A : *terdiam* Ahhh aku bukan sengaja pun. Sebab tu aku cari dia balik, aku tahu aku silap dulu aku bodoh sangat sebab ikut hati sangat. Jadi aku nak dia balik semula dekat aku dan aku akan bertanggungjawab dengan apa yang aku buat dulu. Tu je.

Q : Tapi Amar dah bahagia dengan Hafiz. Kenapa perlu seksa dia lagi?
A : Bahagia kau cakap? Pernah ke Hafiz sentuh Amar? Cinta apa tu? Amar tu milik aku. Aku orang pertama yang sentuh dia jadi aku berhak ke atas dia. Hafiz tu yang tak tahu malu ambil hak aku. Dasar perampas!

Q : Andai kata Amar kembali kepada Farish, apa yang akan Farish buat?
A : Dia memang akan kembali pada aku. Aku akan pastikan ianya berlaku. Lepas tu aku akan bawa dia ke Paris dan hidup bahagia dekat sana. Aku sanggup hilang harta yang ayah aku nak wariskan dekat aku kalau aku kahwin, tapi aku tak rela kehilangan Amar.

TEMU BUAL BERSAMA HUSNA

5335214

: Perkara yang paling sukar dilupakan dalam hidup?
: Kenangan bersama dengan Zafriel. Jujur saya katakan dia seorang lelaki yang sangat baik dan menghormati wanita seperti mana dia menghormati ibunya. Saya jenis yang susah nak jatuh cinta dan dia lelaki pertama yang berjaya membuka hati saya. Tapi Allah lebih sayangkan dia dan semuanya dah jadi kenangan. *nada syahdu

: Apa pendapat Husna mengenai Hafiz?
Hafiz? Hurmm dia baik, handsome dan pandai ambil hati orang. Sejak kecil saya kenal dia sampailah sekarang, perangai dia tetap sama, tak berubah langsung.

: Adakah Hafiz mampu menggantikan tempat Zafriel dalam hati Husna?
: *terkedu Saya tak berani nak cakap, lagi pun Hafiz tu dah macam adik beradik saya sendiri dan Zafriel tu… Hurmm.. Tak akan ada sesiapa yang boleh gantikan tempat dia.

: Husna tak curiga ke dengan keakraban Hafiz dengan Amar?
: Kenapa nak curiga? Ada apa-apa yang saya tak tahu mengenai mereka berdua ke? *curious

: Apa perasaan bila dapat kenal dengan Amar?
Teruja. Sebab tak sangka dia penulis dan saya memang suka dengan karya dia. Lagi satu Amar ni jenis yang merendah diri, saya selesa dengan dia. Muda-muda lagi dan pandai menulis.

: Kalau ibu bapa Husna jodohkan Husna dengan Hafiz macam mana?
: Jodoh itu rahsia Allah dan saya berserah kepadaNya.

: Apa komen awak mengenai hubungan homoseksual?
Wow soalan. Kenapa tiba-tiba tanya soalan ni? Hahaha Tapi bagi saya ianya terlalu complicated. Islam melarang hubungan sejenis dan perkara yang haram tetap haram. Tapi dalam masa kita jangan menjatuh hukum kerana kita bukan di tempat mereka. Apa kata kita membimbing mereka ke jalan yang benar? Itu lebih baik.

Advertisements

14 thoughts on “Temu Bual Bersama

  1. Assaalam MR.K…saya A L A N G_ Y A M I N…sbnrnya alang tak tido malam nie sbb baca cita bukan untuk amar dr epi 1 sampai yg the latest post…mmg best dan tak sabar nak tunggu post seterusnya…..btw blog nie best sgt sgt dan MR.K sgt sgt friendly…jrg pure science student mcm MR.K.

    1. Thanks sebab sudi baca. Sgt hargai kesudian awak. Maaf sebab saya dah lama tak update cerita ini. If ada cadangan/komen boleh bagitau saya. Boleh interact dgn saya di twitter ✌🏻️

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s