All posts by Mr K

About Mr K

|Student|Writer|Photographer|MC|

Kembali?

Be-Yourself-No-Matter-What

Aku masih hidup. Perjalanan hidup aku masih belum berakhir. Ianya cuma terhenti dek kerana pencerita terlalu penat menghadapi kehidupannya sendiri. Aku telah menembusi dimensi hidupnya sehingga dia keliru hidup siapakah yang dia tempuhi. Hidup seorang Amar yang masih terkurung dalam dunia asasinya atau hidup seorang penulis yang masih lagi berlangsung sehingga ke tahun akhir Ijazahnya?

Bagaimana pula dengan cinta aku pada Hafiz? Adakah masih segar dalam ingatan atau telah hilang seperti mana hilangnya memori cerita aku dalam ingatan pembaca? Masih ada yang tertarik untuk mengetahui kesudahan hidup seorang Amar? Atau mungkin ada di antara pembaca yang ingin tahu apakah nasib Farish yang masih terlantar di hospital? Mungkin juga ada yang mendoakan hubungan aku dengan Hafiz akan berakhir?

Aku tahu ramai yang membenci kisah hidup aku. Dikarang seperti sebuah drama cinta yang penuh dengan dugaan yang direka-reka untuk memanaskan adegan kasih pasangan bercinta. Sedangkan semuanya benar-benar belaka. Cuma aku sendiri tidak mampu berbicara kerana segalanya hanya dikarang oleh seorang penulis yang leka.

Haruskah aku kembali semula dengan cerita hidup aku?

Advertisements

Temu Bual Bersama

TEMU BUAL BERSAMA AMAR tumblr_mjedl5fhzq1qbah6ko1_1280 Q : Apa pendapat Amar tentang Hafiz?
A : Abang Hafiz? Dia handsome, charming, romantic dan paling best tough gila! Melting tau! Hahaha. Tapi bukan itu sebenarnya yang menarik hati saya. Tapi  ada satu perkara yang ramai tak sedar sebenarnya Hafiz ni pandai ambil hati saya dan jujur. Kalau dia nak cakap sesuatu dia mesti sentuh saya dan sentuhan tu buat saya rasa selesa sangat dan kata-katanya tidak pernah berdusta.

Q : Apa perasaan bila kena lamar dengan Hafiz masa dekat i-City dulu?
A : Serius memang tak percaya betul. Cuba bayangkan suara dia yang jantan habis tuh ucapkan kata-kata cinta. Dah lah dekat i-City pula tu. Memang rasa terharu sangat. Memang tak pernah rasa bahagia macam ni sebelum ni. Saat masa sarung cincin tu memang tak boleh lupa.

Q : Kenapa Amar ramai peminat?
A : Entahlah. Saya ni bukan handsome mana pun. Hidung je mancung tapi pipi berjerawat. 😛

Q : Apa perasaan bila kena liwat beramai-ramai? Continue reading Temu Bual Bersama

Bukan Untuk Amar (Bab 28)

Be-Yourself-No-Matter-What

Bagi mereka yang ketinggalan bab-bab sebelum ini, anda boleh dapatkannya di sini:

MARATHON BUKAN UNTUK AMAR


Watak sampingan

Bella – sahabat kepada Husna

Tan Sri Naqiuddin – ayah kepada Farish


“Aku kena dapatkan maklumat pasal keluarga dia,” bisik hati Danish.

Kini dia berdiri benar-benar di hadapan pintu bilik Amar. Matanya liar memerhati keadaan sekeliling sama ada selamat atau tidak untuk dia meneruskan rancangannya. Setelah dia pasti keadaan benar-benar selamat, dia lantas memberanikan diri membuka pintu bilik Amar. Keadaan bilik Amar sunyi tanpa penghuni. Dari katil hingga ke meja belajar, semuanya bersih dan tersusun rapi.

“Mesti ada dekat sini,” bisik hati Danish lagi. Matanya tepat memadang ke arah meja belajar Amar.

Tangannya ligat membuka setiap laci yang ada di meja belajar itu. Memang penuh dengan barang peribadi Amar tetapi barang yang ingin dia cari masih belum dijumpai. Kemudian dia beralih pula ke bahagian atas meja. Fail-fail yang tersusun rapi di atas meja itu diselak satu persatu. Fail berwarna biru muda yang terselit di sebalik himpunan fail-fail peribadi Amar berjaya menarik perhatiannya. Di atas fail itu tertulis “Maklumat Peribadi Pelajar”.

“Ini pun dia,” Danish teruja. Helaian demi helaian diselak satu per satu bagi meneliti setiap maklumat yang terkandung di dalam fail tersebut. Kelihatan sehelai surat yang tertulis “Sijil Kelahiran”. Danish membaca setiap perkataan yang tertulis di atas helaian itu. Nama bapa Amar dilihatnya pada helaian itu membuatkan kaki Danish lemah tidak bertulang.

“Ya Allah!” jerit hati Danish. Continue reading Bukan Untuk Amar (Bab 28)

Sambungan Bukan Untuk Amar

Be-Yourself-No-Matter-What

Sekian lama menyepi dan kini Mr K kembali dengan sedikit update mengenai sambungan Bukan Untuk Amar. Walaupun tak banyak sebab Mr K sudah menghampiri saat genting di mana masa perlu diperuntukkan kepada perkara yang lebih penting. Maaf juga dipinta kepada semua pembaca yang sering kali bertanya bila nak sambung cerita ni. InsyaAllah sambungan yang sebenar akan dipost tidak lama lagi.


“Aku pelik lah dengan kau. Kenapa  kau masih nak ambil tahu pasal Farish walhal dia dah buat kau rosak sebelum ni,” soal Danish tiba-tiba.

Amar yang pada awalnya leka menelaah pelajaran tiba-tiba terkedu mendengar persoalan Danish yang baginya sangat mendalam. Matanya mula memandang ke arah Danish yang masih setia menanti jawapan Amar walaupun dari bahasa badannya sudah jelas menunjukkan dia tidak mahu menjawab soalan yang sukar itu.

“Aku tanya ni. Kenapa diam pula?” paksa Danish lagi. Amar serabut menyusun ayat yang sesuai untuk menjawab soalan itu. Tapi otaknya seperti tidak dapat berfungsi malah hatinya juga seperti tidak tahu apa yang sebenarnya dirasai selama ini. Continue reading Sambungan Bukan Untuk Amar

Relationship vs Sex?

beinggayquotes1

Buat kali pertama Mr K membawakan satu topik yang agak berat iaitu :

“Adakah seks penting dalam hubungan?”

“Awak top? Bottom or Flexi?” *soalan standard dkt PR etc

IMG_1588

Mimpi apa Mr K tiba-tiba bangkitkan isu ini? Dah lah usia baru setahun jagung tapi ada hati nak kupas isu seks? Hahahahaha. Bukan apa sebab ada salah seorang pembaca setia blog Kakiberangan bertanyakan soal kepentingan hubungan seksual dan position (role in bed). Siapa? Biarlah rahsia TAPI kalau nak tahu namanya sama dengan salah satu watak yang ada dalam Bukan Untuk Amar. Cuba teka? Hihihihi Continue reading Relationship vs Sex?

People Like Us.

People-Like-Us-2012-Movie-Title

PLU?

Menurut Urban Dictionary, PLU adalah singkatan  kepada :

“People Like Us” commonly use among straight looking homosexual when identifying themselves among each other.

Mesti ramai yang dah tahu maksudnya kan? Tiba-tiba Mr K teringin nak definiskan perkataan PLU ni. Tak tahu kenapa. Dah lah blog ni berhabuk teruk lepas tu tiba-tiba post benda alah ni. Dah kenapa?

Bukan apa, Mr K dah lama berhenti menulis sebab kekangan masa. Almaklumlah baru nak beradaptasi dengan dunia baharu. Banyak perkara yang berubah dalam hidup Mr K sejak kebelakangan ni. Bagi Mr K semua ini adalah satu permulaan baharu untuk Mr K menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mungkin tak banyak yang berubah tapi Mr K tetap rasa perbezaan dalam hidup Mr K. Continue reading People Like Us.

Maaf!

guilherme_leao-1

Hampir berbulan-bulan Mr K dah tak berkarya dalam blog KakiBerangan ni. Ramai pembaca yang dah mula bertanya bila agaknya Mr K akan terbitkan sambungan Bukan Untuk Amar. Sejujurnya Mr K memang nak terbitkan sambungan Bukan Untuk Amar tetapi masa dan keadaan yang menjadi penghalang utama buat Mr K. Mr K menyusun jari memohon kemaafan kepada semua pembaca kerana Mr K terpaksa berhenti menulis BUAT SEMENTARA WAKTU. Bukan berhenti terus ya? Di harap semua pembaca bersabar menanti sambungan Bukan Untuk Amar yang seterusnya. InsyaAllah jika tiada halangan selepas peperiksaan akhir Mr K di universiti Mr K akan terbitkan sambungannya.

Tapi sebelum itu saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca kerana sudi membaca Bukan Untuk Amar yang belum pasti di mana penghujungnya. 😛 Namun, saya berharap agar semuanya akan terus menyokong karya saya. Terima Kasih! Lagi satu kalau ada sesiapa yang ingin mempromosikan blog anda boleh terus komen/direct message saya di Facebook atau Twitter.

Jom tengok :