BUKAN UNTUK AMAR (Bab 27)

Be-Yourself-No-Matter-What

 

Watak Sampingan Dalam Bab 27

Bella – sahabat Husna yang selalu menemaninya ke mana sahaja.


 

Hampir sejam Idham berlegar-legar di hadapan wad di mana Farish di tempatkan untuk pemantauan yang rapi. Jiwa Idham langsung tidak tenang memikirkan keadaan Farish yang masih belum pasti status sebenar keadaanya. Malah ubat yang menjadi penyebab Farish tidak sedarkan diri juga masih belum diketahui jenisnya. Dia tidak berhenti menyalahkan dirinya kerana mungkin perkara ini tidak akan terjadi jika dia bertindak lebih awal lagi. Pasti ada sesuatu yang mengganggu emosi sahabatnya, jika tidak sudah pasti Farish tidak akan datang ke rumahnya dan kemudiannya hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang pesanan kepada pembantu rumahnya, Mak Mah.

Suasana di kaki lima wad Farish yang pada awalnya sunyi sepi seperti tidak bernyawa itu tiba-tiba didatangi bunyi telapak kaki yang semakin menghampiri tempat Idham berdiri. Bunyi itu menarik perhatian Idham. Kelihatan tiga individu yang sangat Idham kenali semakin menghampirinya. Dari jauh lagi wajah individu-individu itu kelihatan cemas. Langkah mereka juga agak tergesa-gesa seperti sedang mengejar sesuatu.

“Apa dah jadi dekat abang Farish, bang?” soal Amar termengah-mengah. Turut bersama-samanya Danish dan Hafiz. Sempat dia menoleh ke arah pintu wad Farish, dari luar Amar melihat keadaan Farish yang masih terlantar di atas katil tidak sedarkan diri.

“Kata doktor dia overdose,” jawab Idham ringkas. Matanya memandang redup ke arah Amar. Sempat juga dia menoleh ke arah Danish dah Hafiz yang berdiri tidak jauh di samping Amar.

“Overdose? Maksud abang, abang Farish ambil ubat tidur berlebihan?” Amar terus bertanya tidak puas hati dengan jawapan Idham. Hafiz menggusap belakang tubuh Amar agar kekasihnya lebih bertenang. Idham yang masih membisu cuba mengatur ayat yang sesuai agar Amar mudah menerima berita yang baginya sangat menyayat hati.

“Sebenarnya, Farish…” kata-kata Idham terhenti apabila seorang lelaki berpakaian seperti seorang doktor menghampiri mereka. Continue reading BUKAN UNTUK AMAR (Bab 27)

Buku Hitam Amar

tumblr_mjedl5fhzq1qbah6ko1_1280

 

Isnin, 12 Ogos

 

“Happy ending!”

Kata-kata azimat yang akan menghiasi pengakhiran kisah cinta dunia fantasi. Aku juga turut termakan dengan kata-kata itu. Mungkin aku terlalu gemar mendengar dan membaca cerita cinta fantasi semasa aku kecil dahulu. Namun, ketika itu aku belum pernah mengerti apa erti sebenar cinta. Kini, aku mula memperlajari apa itu cinta. Aku selalu berfikir bahawa semua pengakhiran dalam hidup ini pasti akan berakhir dengan kebahagiaan sama seperti kisah cinta fantasi yang pernah aku baca dahulu. Di mana hero akan berkahwin dan hidup bahagia dengan heroin sehingga akhir waktu.

Tapi bagaimana pula dengan kisah cinta aku?

Siapa hero dan siapa pula heroin?

Aku atau Hafiz? 

Aku tidak gusar siapa yang bakal menjadi hero mahupun heroin. Tetapi aku hanya resah jika cinta aku terhadap Hafiz tidak berakhir seperti kisah cinta fantasi yang aku gemari. Mungkin bibit-bibit cinta aku bersamanya kini sangat indah seindah pelangi petang, tinggi setinggi banjaran Himalaya, dan luas seluas angkasa. Namun, jika letusan supernova melanda hubungan aku dengannya sudah pasti semua keindahan yang telah terbina selama ini lenyap sekelip mata.

Saat aku mengetahui akan niat sebenar ibu Hafiz yang ingin menjodohkan Hafiz dengan gadis melayu, Husna. Seluruh tubuhku sakit sekali, seperti roh aku ingin terpisah dari jasad. Kepedihannya tidak mampu diserap oleh hati, tidak mampu juga diterima oleh akal. Segalanya seperti satu mimpi ngeri dan aku berharap jika aku terjaga, segalanya tidak seperti yang aku harapkan.

Ketika itu aku mula sedar, mungkin benar semua kisah cinta fantasi akan berakhir dengan keindahan jika cinta itu antara hero dan heroin. Andai kata Hafiz menjadi hero dalam kisah cinta fantasinya, sudah pasti aku tidak layak menjadi heroinnya kerana aku bukan dicipta menjadi seorang wanita.

Maka siapakah yang bakal menjadi heroinnya?

Adakah Husna?

Bagaimana pula dengan cinta aku terhadapnya?

Aku tidak rela melepaskan orang yang aku cintai begitu sahaja. Aku juga tidak rela meninggalkan kekasihku bersama dengan wanita yang tidak pernah dia cintai. Aku juga tidak rela melihat hidupnya terseksa menagih cintaku dari jauh. Aku juga tidak rela melihat wanita itu menjadi kambing hitam dalam hubungan cintanya pada Hafiz.

Apa yang harus aku lakukan?

 

BUKAN UNTUK AMAR (Bab 26)

Be-Yourself-No-Matter-What

WATAK SAMPINGAN DLM BAB 26

Datin Hamidah – Ibu kepada Hafiz


Biarpun malam semakin tua, Amar masih segar mengadap skrin komputer riba miliknya. Tangannya semakin lama semakin ligat menari-nari menekan butang kekunci yang tersusun rapi di atas komputer ribanya. Sudah menjadi asam garam seorang penulis blog, malam-malamnya pasti diisi dengan mengemaskini blog dengan terbitan terbaharu. Walaupun Amar sibuk dengan pengajiannya, ianya tidak menjadi halangan untuknya terus aktif dalam bidang penulisan. Tidak hairanlah namanya semakin sinonim dengan pembaca di Malaysia.

Topik yang menjadi tarikan utama dalam terbitannya kali ini ialah “Genofobia”. Sejenis fobia yang menghantui segelintir individu di seluruh dunia. Secara definisinya Genofobia merupakan ketakutan fizikal dan psikologi terhadap hubungan seksual. Jadi secara tidak langsung penghidap penyakit ini sudah pasti pernah mengalami perisitiwa hitam dalam hidup mereka seperti dirogol, diliwat dan sebagainya. Amar turut tidak terkecuali menjadi salah seorang penghidap penyakit psikologi ini.

Tragedi 3 tahun lalu tidak pernah hilang dari ingatannya walaupun sedetik. Kesakitan dan penderitaan yang dihadapi hanya ditanggung sendiri. Semuanya disebabkan oleh kekejaman Farish dan seniornya yang sanggup meliwatnya tanpa menghiraukan kesakitan yang dirasai atas alasan Amar tidak mahu membalas cinta Farish. Jika dikenang peristiwa itu, Amar masih boleh merasai bertapa ngilu dan pedihnya alur dubur yang dirodok dengan nafsu.

Kehidupan golongan yang senasib Amar selalu menjadi tempat untuk lelaki bernafsu kuda melepaskan nafsu seraka. Ada kala Amar kecewa mengapa wujudnya naluri sebegitu. Mungkin benar kata orang, kehidupan homoseksual ini hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Tetapi mengapa Amar harus menjadi sebahagian daripada golongan ini? Dan mengapa dia yang perlu terseksa menahan kesakitan daripada hubungan seksual itu?

Tidak dapat dinafikan Amar juga seorang lelaki, pasti ada juga nafsu terhadap kaum sejenis sama seperti golongan senasibnya. Namun, membuatkan pasangan menderita melalui hubungan seks adalah tidak wajar sama sekali. Kata orang seks itu tanda kasih sayang antara pasangan jadi mengapa harus menyakiti pasangan? Bukan hanya dalam golongan homoseksual malah dalam hubungan heteroseksual juga tidak terkecuali. Amar berasa sungguh teruja mengetengahkan topik yang baginya sangat berguna untuk pengetahuan umum.

Sementara itu, jiwa Amar dibelenggu dengan anasir lain. Hubungan seksual? Kata-kata Hafiz kepadanya sebelum ini membuatkan jiwanya sedikit gementar.

 

“Pagi ni abang lepaskan Am, tapi malam ni Am milik abang. Faham!” bisik Hafiz dengan nada tegas tetapi tetap menggoda.

  Continue reading BUKAN UNTUK AMAR (Bab 26)

BUKAN UNTUK AMAR (Bab 25)

Be-Yourself-No-Matter-What

 

WATAK SAMPINGAN DLM BAB 25

Tan Sri Naqiuddin – Bapa kepada Farish, suami kepada Wani (ibu Farish).

Wani – Arwah ibu Farish, meninggal dunia akibat tekanan yang keterlaluan.

Mak Mah – Pembantu rumah Idham

 


 

“Papa dah cakap kalau Farish tak cari calon isteri lagi, papa tak akan bagi sesen pun harta papa pada kamu!” jerit seorang ayah kepada anaknya.

Bahang kemarahan membahangi seluruh tubuhnya. Tali leher yang pada awalnya terikat rapi dilonggarkan ikatannya. Mungkin kerana tubuhnya terlalu panas. Mujur pintu pejabat ayahnya ditutup rapat, jika tidak pasti setiausaha mahupun pekerja-pekerja ayahnya memasang telinga. Farish yang duduk di atas sofa di bilik ayahnya hanya membisu. Ingin sahaja dia melawan herdikan ayahnya tetapi dia cuba mengawalnya.

“Masalahnya Farish tak berminatlah papa,” Farish mula berbicara. Berkerut dahi ayahnya apabila mendengar jawapan anak tunggalnya itu.

“Papa tak kira, mahu tak mahu Farish kena kahwin juga. Kalau kamu tak jumpa calon, biar papa yang cari,”paksa si bapa. Farish mengangkat kening sambil tersenyum sinis.

“Jangan risau papa, Farish dah ada calon dah pun,” jawab Farish lagi. Kali ini nada suaranya serius.

“Siapa?” soal si bapa curiga.

“Ni, comel tak?” telefon pintar yang terhias indah dengan gambar latar Amar diserahkan kepada ayahnya.

Continue reading BUKAN UNTUK AMAR (Bab 25)

SeMINIT Bersama Mr K

keep-calm-and-ask-me-anything-1

Q : Kenapa nama blog Kaki Berangan?
A : Sebab namanya unik sikit tapi tak sengaja ada juga blogger Kaki Berangan tapi cerita tentang travel. Best jugak! ^_^  

Q : Mr K ni orangnya macam mana?
A : Macam Amar 🙂  

Q : Nak kenal dengan Mr K lebih mendalam boleh?
A : Boleh je? Tanya je soalan apa-apa dekat Ask.fm or Twitter. Nak direct message pun boleh. Saya suka berkawan.  

Q : Minat K-Pop ek?
A : Hihihihihi agak lah tapi tak lah over sangat macam fan boy lain 🙂  

Q : Sejak bila suka menulis?
A : Sejak sekolah menengah lagi. Mula dengan blog peribadi sampailah ke blog Kaki Berangan ni.  

Q : Boleh saya tahu sejak bila Mr K jadi PLU?
A : Susah nak terangkan. DM me please 🙂  

Q : Ada orang cakap cerita Bukan Untuk Amar (BUA) ni cerita yang syok sendiri? Betul ke?
A : Ni yang nak kena terangkan secara terperinci ni 😛 Sebenarnya cerita ini bukan cerita syok sendiri sebab ada banyak yang saya nak tunjukkan dalam cerita ni. Follow je cerita ni nanti you all faham kenapa cerita ini ditulis begini 🙂 Thanks sebab tanya soalan ni! Love YOU muahh!! ^_^

Continue reading SeMINIT Bersama Mr K

BUKAN UNTUK AMAR (Bab 24)

Be-Yourself-No-Matter-What“Kenapa dia nampak lain ek?” soal Amar berkali-kali kepada dirinya.

Tubuhnya yang terbaring di atas katil berpusing ke kiri dan ke kanan. Tidur Amar kali ini tidak setenang seperti malam-malam sebelumnya. Walaupun tubuhnya sudah terlantar di atas katil empuk di biliknya, matanya berat untuk lena. Perubahan yang berlaku pada Danish menjadi punca utamanya. Sejak dari makan malam tadi sikap Danish tidak sama seperti sebelumnya. Dirinya yang sangat ceria di meja makan menjadi suram apabila dia hanya membisu sepanjang makan malam tadi. Seharusnya dia yang perlu runsing kerana sesi temu bual bersama syarikat penyiaran semakin hampir. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu Danish dan yang pasti ianya tidak ada kena mengena dengan masalahnya.

“Ni tak boleh jadi, aku kena siasat,” bingkas dia bangun dari katil empuknya itu. Langkahnya diatur rapi menuju ke bilik Danish.

Dia berusaha untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi agar tiada sesiapa pun yang menyedari kehadirannya. Kini dia sudah berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik Danish. Perlahan-lahan tombol pintu bilik Danish dibukanya. Sedikit demi sedikit kelihatan jasab Danish yang lena di atas katil. Mungkin ini masa yang terbaik untuk Amar menyiasat apa yang boleh membantunya supaya mengetahui punca perubahan Danish.

Sebelum dia memulakan langkahnya masuk ke dalam bilik Danish, fikirannya terganggu dengan bisikan rohnya. “Adakah wajar aku lakukan perkara ini?” Bertubi-tubi bisikan itu menujah fikirannya yang serabut. Tanpa berfikir panjang dia gagahkan jua hasratnya walaupun dia sedar bahawa dia sudah menceroboh hak peribadi Danish. Di saat dia melangkah masuk ke dalam bilik Danish, matanya ligat melihat keadaan sekeliling. Dia tidak yakin apakah yang ingin dia cari dalam bilik Danish. Continue reading BUKAN UNTUK AMAR (Bab 24)

Watak Dalam BUKAN UTK AMAR

Happiness_by_00EskimoGirl001

 

WATAK UTAMA

AMAR

Merupakan seorang jejaka yang berkaca mata dan berwajah comel. Seorang yang bijak dalam pelajaran dan mahir dalam dunia penulisan. Cita-citanya yang ingin menjadi seorang doktor tidak pernah lekang dari benak hatinya. Dia juga berharap agar dia dapat melebarkan sayapnya dalam dunia penulisan. Dalam masa yang sama dia sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka tampan, Hafiz yang merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan di universiti di mana dia belajar. Pertemuan yang tidak di rancang membuatkan rasa cinta itu menular sehingga dirinya di lamar dan secara rasmi menjadi pasangan Hafiz.

Traumanya terhadap kejadian yang berlaku antara dirinya dengan abang angkatnya, Farish tidak pernah hilang. Sehingga kini dia masih berusaha menepis rasa trauma itu namun tindakan sahabatnya dan pensyarahnya yang cuba mengambil kesempatan kepadanya menambahkan lagi rasa trauma itu. Hafiz yang memahami situasi Amar selalu cuba untuk meyakinkan Amar bahawa dirinya mampu memberi sinar baharu dalam hidup Amar.

Lelaki yang gemar memakai cardigan ini juga seorang yang disenangi ramai oleh kerana sikapnya yang mudah memahami kesulitan orang lain. Hal ini membuatkan Danish, seorang money boy senang mendekatinya.

HAFIZ

Merupakan anak tunggalkan pasangan suami isteri, Datuk Kamarudin dan Datin Hamidah. Seorang pelajar yang tekun dalam bidang kejuruteraan. Mula jatuh cinta dengan Amar, pelajar asasi setelah pertemuan mereka kali yang kedua semasa Amar hampir dilanggar. Buku hitam milik Amar yang tertinggal semasa kejadian itu membuatkan hatinya lebih tertarik akan diri Amar. Dia memberanikan diri untuk mendekati Amar setelah mendapati dirinya diperhati oleh Amar semasa majlis tilawah al-Quran.

Namun, dirinya bergelumang dengan dilema yang tidak pernah dia jangka. Umminya ingin menjodohkan dirinya dengan sahabat semasa dia kecil, Husna. Walhal ketika itu hubungannya dengan Amar baru sahaja berbunga. Dia cuba untuk mengelak setiap kali umminya ingin membincangkan soal rancangan tersebut. Dia kerap mengadu kepada sahabatnya, Iqram yang sentiasa memahami keadaannya.

Pada awalnya sukar untuk sahabatnya menerima Hafiz setelah mengetahui identiti seksualnya. Namun, akhirnya dia menerima. Hatinya kini masih keliru untuk membuat keputusan kerana ingin menjaga hati umminya dan orang yang dicintai.

FARISH

Merupakan anak bangsawan yang menggilai Amar sejak Zaman persekolahan. Dia pernah meliwat Amar dan menyebabkan Amar berpindah sekolah suatu ketika dahulu. Namun, dia muncul kembali mencari Amar apabila dia mengetahui ayahnya ingin mengahwinkannya setelah mengetahui identiti seksualnya. Dia ingin merebut semula cinta Amar dan membawanya pergi meninggalkan Malaysia.

Sempat ayahnya mengugut Farish, jika dia berkeras tidak mahu berkahwin, ayahnya akan menarik semula segala harta yang diwarisinya. Oleh kerana rasa cintanya terhadap Amar terlalu kuat, dia tetap berdegil dan berusaha merebut hati Amar dengan kejam. Pelbagai rancangan yang dilakukan agar hubungan Amar dan Hafiz berakhir.

HUSNA

Seorang gadis muslimah yang merupakan rakan sepermainan Hafiz semasa mereka kecil. Rasa cintanya masih segar terhadap arwah Zafriel. Namun, setelah dia bertemu semula dengan Hafiz dalam satu pertemuan yang dirancang keluarga, hatinya seperti mula diketuk seseorang. Walau bagaimana pun dia masih keliru dengan perasaannya. Kerana baginya tidak ada lelaki yang mampu menggantikan tempat Zafriel termasuk Hafiz.

Dia juga turut sangsi dengan rancangan keluarganya untuk menjodohkannya dengan Hafiz. Namun, dia serahkan segalanya kepada yang Maha Mengetahui menentukan jodoh mana yang terbaik. Dia hanya mampu pasrah dan terus berdoa agar dirinya akan dijodohkan dengan seorang lelaki yang mampu membimbingnya ke syurga.

DANISH

Seorang lelaki kampung yang menjadi money boy untuk mendapat pendapatan bagi menanggung kos hidupnya semasa belajar. Bertemu dengan Hafiz dan Amar secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil. Dia hampir dilanggar dengan kereta yang dipandu Hafiz. Dia dikejarkan ke hospital dan pada saat itu Amar sudah mengetahui identitinya yang sebenar.

Perbuatan neneknya yang memisahkannya dengan adik kembarnya membuatkan dirinya sedih. Oleh itu dia berusaha mencari adik kembarnya yang dikatakan tinggal di Kuala Lumpur. Tanda lahir yang sama terdapat padanya menjadi petunjuk untuk dia mengesan adik kembarnya.

HAMDAN

Sahabat karib Amar di PASUM. Walaupun dirinya begitu baik, rasa cemburu melihat Amar tidak dapat dia hakis dari dalam jiwanya. Hal ini membuatkan dirinya mudah terpedaya dengan hasutan Farish yang cuba mempergunakannya. Mereka pernah bergaduh besar kerana kesilapan Hamdan yang cuba mengambil kesempatan ke atas Amar. Namun, berkat keinsafan Hamdan, Amar akhirnya memaafi kesalahannya.

Dia juga menjadi tempat Amar berharap dan berkongsi rasa sepanjang di tempat mereka belajar. Hamdan juga selalu memerhati gerak-geri Amar tanpa sebab yang sahih. Dia juga seorang yang ceria dan amat menggemari hasil karya Amar (AJ).

IDHAM

Sahabat baik Farish. Turut terlibat dengan kes liwat Amar namun dia sudah menyesali perbuatan tersebut. Dia turut mempunyai orientasi seksual yang sama seperti sahabatnya tetapi berusaha untuk berubah. Walaupun Farish tetap berdegil, dia tetap setia memberi nasihat demi kebaikan Farish. Dalam masa yang sama dia selalu mengingatkan Amar agar sentiasa berhati-hati dengan Farish.

Sempat dia memberi tawaran sambung belajar dalam bidang perubatan kepada Amar. Tujuan asalnya adalah untuk menjauhkan Amar dari Farish. Oleh itu tawaran itu menjadi rahsia antara mereka berdua.

WATAK SAMPINGAN

*will be updated