Tag Archives: Amar

Temu Bual Bersama

TEMU BUAL BERSAMA AMAR tumblr_mjedl5fhzq1qbah6ko1_1280 Q : Apa pendapat Amar tentang Hafiz?
A : Abang Hafiz? Dia handsome, charming, romantic dan paling best tough gila! Melting tau! Hahaha. Tapi bukan itu sebenarnya yang menarik hati saya. Tapi  ada satu perkara yang ramai tak sedar sebenarnya Hafiz ni pandai ambil hati saya dan jujur. Kalau dia nak cakap sesuatu dia mesti sentuh saya dan sentuhan tu buat saya rasa selesa sangat dan kata-katanya tidak pernah berdusta.

Q : Apa perasaan bila kena lamar dengan Hafiz masa dekat i-City dulu?
A : Serius memang tak percaya betul. Cuba bayangkan suara dia yang jantan habis tuh ucapkan kata-kata cinta. Dah lah dekat i-City pula tu. Memang rasa terharu sangat. Memang tak pernah rasa bahagia macam ni sebelum ni. Saat masa sarung cincin tu memang tak boleh lupa.

Q : Kenapa Amar ramai peminat?
A : Entahlah. Saya ni bukan handsome mana pun. Hidung je mancung tapi pipi berjerawat. 😛

Q : Apa perasaan bila kena liwat beramai-ramai? Continue reading Temu Bual Bersama

Advertisements

BUKAN UNTUK AMAR (Bab 23)

Be-Yourself-No-Matter-What

 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Masa berlalu sangat pantas tanpa menyedari bahawa sesi temu bual secara langsung dengan Amar bagi mempromosikan buku terbarunya semakin hampir. Amar runsing memikirkan tentang identitinya. Kalau ikutkan hati dia mahu menunjukkan identitinya yang sebenar agar seluruh Malaysia tahu siapa sebenarnya pemilik nama pena AJ. Namun, dia belum cukup bersedia untuk menunjukkan identiti sebenarnya. Malah sempat dia memohon kerjasama pihak penerbitan bukunya agar merahsiakan identitinya.

Amar yang sedang duduk di atas katil biliknya kini tersedar akan sesuatu. Sesuatu yang pernah dicadangkan oleh Danish tetapi seperti tidak masuk akal. Topeng. Itulah idea gila yang dicadangkan oleh Danish agar identitinya tidak diketahui. Pada awalnya Amar mahu sahaja ketawa apabila mendengar idea gila Danish. Namun apabila difikirkan semula memang ada logiknya jika dia berbuat sedemikian. Tapi apa pula kata orang.

“Hoi!” sergah Danish yang muncul secara tiba-tiba dibelakangnya.

“Ish terkejutlah!” jerit Amar. Dadanya diusap perlaha-lahan bagi melegekan rasa terkejutnya itu. Danish hanya senyum tersipu-sipu melihat muka Amar yang berkerut seribu itu.

“Kau asal Am? Runsing apa ni? Ni mesti fikir tentang sesi temu bual dengan rancangan tv lah tu? Kau buat je apa yang aku suruh. Kan senang,” teka Danish. Ternyata tekaannya benar. Amar tidak hairan dengan kata-kata Danish kerana Danish selalu mengingatkan dia tentang sesi temu bual itu.

“Kau cakap memanglah senang, masalahnya aku yang pakai topeng tu. Saling tak tumpah dah macam Encik Mimpi,” jawab Amar. Danish tergelak terbahak-bahak apabila nama Encik Mimpi terkeluar dari mulut Amar.

Memang benar kata Amar itu. Topeng yang dibelinya semasa keluar bersama Amar pada hujung tahun lalu saling tak tumpah seperti topeng yang dipakai oleh seorang penyanyi, iaitu Encik Mimpi. Memang sengaja Danish memberi idea tersebut kerana hanya itu sahaja jalan yang ada agar identiti Amar tidak diketahui. Walau bagaimanapun dia turut bimbang jika ada beberapa pihak beranggapan Amar ingin menyerupai Encik Mimpi.

“Tak pe lah, nanti baru orang senang ingat kau!” jawab Danish selaba. Muka Amar mula merah padam melihat Danish yang sengaja mengenakannya.

“Kau ni! Geram lah! Malas aku nak layan.”

“Hahahahaha, ok. Habis tu macam mana ni? Nak pakai atau tak topeng tu? Mahal tau aku beli?”

“Entahlah, aku pun tak tahu Danish. Pening fikirkannya.”

“Apa kata kalau kau tunjukkan identiti kau tu je. Tak perlulah nak berselindung, lama kelamaan orang akan tahu juga,” cadang Danish. Amar hanya mendengar tanpa perasaan. Namun telingannya tetap menangkap cadangan Danish tadi.

“Aku belum ready lagi lah Danish, tapi kan boleh tak kalau kau je lah ganti tempat aku nanti. Boleh?” soal Amar. Danish yang sedang ralit menelaah telefon bimbitnya tergamam mendengarnya.

“Kau gila? Ini karya kau Amar. Ini hak kau. Kau berhak ke sana dan tidak boleh sesiapa pun mewakilkan kau. Kalau kau nak tutup identiti kau, kau pakai je topeng tu.” Jawab Danish tegas.

“Hemm ya lah tapi nanti kau temankan aku pergi ya?”

“Ya nanti aku teman. By the way macam mana hubungan kau dengan Hamdan? Ok?” soal Danish yang sudah mengetahui yang mereka sudah berbaik.

“Alhamdulillah so far so good, dia selalu juga suruh Amar duduk dengan dia balik dekat kolej tapi entahlah,” air muka Amar berubah semasa menjawab soalan Danish. Danish sedar akan perubahan itu, segara dia mendekatkan dirinya ke Amar.

“Kau masih teringat tentang kejadian dengan Hamdan dulu? Sudahlah ianya dah berlalu, kau ni over thinking ni,” nasihat Danish.

“Ya lah, aku memang nak lupakan tapi entahlah susah aku nak lupakan macam tu je,” jawab Amar lemah.

“Tapi kau kena cuba, kalau tak sia-sia kau maafkan dia tapi kau masih ada rasa takut dan curiga pada dia,” Amar seperti tertampar dengan kata-kata Danish. Dia hanya terdiam dan menunduk.

“Sorry kalau aku salah cakap tapi percayalah kau akan tenang bila kau dapat lupakan peristiwa itu. Jangan risau aku ada, aku tolong kau ok,” tambah Danish lagi. Amar hanya mampu tersenyum tawar.

Danish amat bimbang dengan keadaan Amar yang terlalu memikirkan kejadian silamnya. Kerap juga Danish melihat Amar termenung seorang diri da nada selalu juga dia melihat Amar menulis sesuatu dalam sebuah buku yang berona hitam. Pernah Danish membaca buku itu tanpa pengetahuan Amar. Alangkah terkejutnya apabila dia membaca nukilan Amar di dalam buku itu. Frasa yang digunakan amat indah dan mempunyai maksud yang mendalam. Walaupun ianya hanyalah sebuah diari yang di tulis apabila perlu, namun diari itu mampu membawa pembacanya memasuki dunia Amar.

Setiap kali dia membaca diari Amar, hatinya pasti sebak yang teramat sangat. Entah mengapa perasaan itu begitu kuat bersarang dalam jiwanya. Malah apabila Amar runsing dia pasti bimbang dan cuba untuk menjadi seseorang yang akan sentiasa bersamanya di saat dirinya diperlukan. Pernah juga dia berasa aneh apabila bersalaman dengan Amar, satu perasaan yang sangat pelik dan sehingga kini perasaan itu akan muncul apabila dia bersalaman dengan Amar.

“Oklah aku nak mandi ni,” Amar bersuara. Danish yang dari tadi mengelamun kini tersedar. Amar bangun dari katil tempat dia duduk dan berlalu pergi ke arah almari pakaiannya.

Danish hanya mampu memerhati. Satu per satu pakaian yang membaluti tubuh Amar di buka. Sebelum Amar berlalu pergi ke bilik air, satu kesan hitam yang terletak pada bahagian belakang Amar menarik perhatian Danish. Wajahnya tergamam melihat kesan hitam itu. Amar yang sudah membuka pintu bilik air kini lenyap dari pandangan.

“Tanda lahir tu?” getus hati Danish penuh dengan tanda tanya.

* * * * * * * * * * * *

SETAHUN LALU

Sudah hampir 3 tahun arwah nenek Danish meninggalkannya, semangat Danish untuk hidup semakin lemah. Baginya dia tidak ada kepentingan lagi untuk terus hidup. Jika semasa arwah neneknya masih ada, dia pasti sentiasa bekerja keras di kampong untuk menanggung makan minum neneknya dan kini semuanya sudah tidak ada lagi. Saudara mara yang terdekat pun sudah tidak ada. Kalau ada pun nun jauh di Kuala Lumpur.

Kini aktiviti hariannya hanyalah menziarah perkuburan neneknya. Surah Yassin tidak pernah sekali pun dia lupa untuk disedekahkan kepada arwah neneknya. Makanan pula hanya mengharapkan jasa baik jiran sebelah rumahnya. Jika arwah neneknya masih ada, pasti masakan kegemarannya iaitu kari kepala ikan menjadi santapannya di tengah hari. Namun ianya tinggal kenangan.

Masanya dihabiskan dengan duduk termenung di beranda rumahnya. Bersama-sama dengannya sebuah kotak yang berisi gambar-gambar keluarganya yang kini dijangka menetap di Kuala Lumpur. Dirinya seperti tidak terpanggil untuk mencari semula ahli keluarganya yang dipisahkan oleh neneknya semasa dia bayi. Dan sudah pasti mereka sudah melupakan kewujudannya. Semangat untuk cuba mencari ahli keluarganya tidak pernah hadir dalam naluri lelakinya.

Sedang dia termenung melayan hatinya yang rindu akan arwah neneknya, hadir seorang gadis kampung yang ayu bertudung ke rumahnya.

“Assalamualaikum!” gadis itu memberi salam.

“Waalaikumussalam, eh Nia?” jawab Danish lemah lembut. Sudah menjadi kebiasaan Nia akan datang menghantar makanan kepada Danish sejak kematian nenek Danish.

“Ni ada Nia bawakan nasi dengan kari kepala ikan. Abang makanlah ya?” mangkuk tingkat yang dibimbitnya dari rumah diserahkan kepada Danish. Danish menyambutnya.

“Susah-susah je Nia bawakan makanan ni. Sejak dari arwah nenek menyahut seruan Ilahi, Nia tak pernah berhenti menghantar makanan dekat Danish. Jujur Danish rasa malu sangat.” Jawab Danish panjang lebar.

Nia yang sudah masak dengan kata-kata Danish hanya mampu tersenyum tawar. Setiap kali dia menghantar makanan kepada Danish, dialog yang sama akan Danish keluarkan dari mulutnya. Nia yang sudah memahami perasaan anak muda ini hanya mampu bersimpati. Kehilangan nenek Danish sememangnya memberi tamparan kepada Danish bertahun-tahun lamanya. Oleh itu, Nia tidak selalu masakkan kari kepala ikan sebagai lauk untuk Danish bagi mengubat rasa rindu Danish kepada neneknya.

“Tak mengapalah abang, sudah jadi tanggungjawab Nia. Apa yang penting abang makanlah ya, mereka yang sudah pergi biarkan pergi, kita yang masih diberi peluang bernafas di muka bumi ni mesti teruskan hidup,” jawab Nia.

Danish hanya mendiamkan diri. Kini mulutnya sudah penuh dengan nasi dan lauk yang dibawa oleh Nia tadi. Nia tersenyum melihat gelagat Danish makan, ternyata lauk yang di masaknya sudah menjadi kegemaran Danish. Kunyahan Danish sungguh menawan hati Nia, ketampanan jejak kampung ini tidak pernah jemu dipandang. Sebenarnya Nia sudah lama menyimpan perasaan kepada Danish namun dia belum cukup berani untuk meluahkannya. Lagi pun tak kan perigi ingin mencar timba. Biarlah perasaan itu dipendam di dalam hati, jika ada jodoh maka akan bertemulah mereka.

“Sebelum terlupa, ni ada surat untuk abang,” sekeping sampul surat berukuran 24cm X 13cm diserahkan kepada Danish.

Danish mengambilnya dengan penuh tanda tanya. Segera di bukanya surat tersebut, Nia hanya melihat reaksi Danish. Setelah surat itu dibuka, wajah Danish yang suram berubah menjadi gembira. Rasa ingin tahu dalam diri Nia semakin menebal.

“Surat apa tu abang?”

“Nia! Abang, abang… Abang dapat sambung belajar Nia. Alhamdulillah!” jerit Danish kegirangan.

“Ya ke abang? Alhamdulillah,” jawab Nia ringkas. Dia turut menumpang kegembiraan Danish walaupun dia tahu yang dia akan berjauhan dengan Danish.

“Alhamdulillah, tapi kalau nenek masih ada pasti dia gembira sangat. Dia berharap sangat Danish sambung belajar di universiti tapi sayang nenek tak sempat,” dari mod gembira kini berubah kepada mod sedih. Nia cuba untuk menangkan Danish.

“Tak mengapa Danish, Allah lebih sayangkan dia. Tapi Nia yakin arwah nenek mesti gembira sangat kalau abang sambung belajar dan buktikan yang abang pun mampu berjaya macam yang arwah harapkan sebelum pemergiannya. Betul tak?”

“InsyaAllah Nia. Abang janji akan belajar bersungguh-sungguh.”

“Jangan janji abang takut susah nak tepati, apa yang penting abang belajar kerana Allah. Baru dapat keberkatan.” Nasihat Nia. Danish yang mendengarnya tersenyum malu. Memang benar kata gadis ayu itu.

“Baiklah, abang akan berusaha kerana Allah,” jawab Danish sopan. Lega Nia mendengar jawapan Danish.

“Jadi abang boleh cari keluarga abang sekali kan?” tanya Nia. Soalan itu seperti memberi kesedaran kepada Danish akan janji terakhir kepada neneknya agar mencari keluarga kandungnya.

“Entahlah Nia, macam susah je. Kuala Lumpur tu bukan kecil Nia, abang tak tahu boleh ke tidak?”

“InsyaAllah boleh, kita kena berusaha dan selebihnya kita serahkan kepada Allah. Allah itu kan Maha Mengetahui.”

“Betul kata Nia tu. InsyaAllah abang usahakan nanti. Nia doakan abang ya?”

“InsyaAllah abang, doa Nia sentiasa dengan abang. Tapi abang kalau tak silap abang ada kembar kan?”

“Ya, kenapa Nia?”

“Bukan apa, Nia masih ingat pesan ibu Nia. Pertalian antara kembar ni sangat kuat dan mereka boleh merasai antara satu sama lain. Lagi pun abang pernah cakap yang arwah nenek pernah pesan yang kembar abang ada tanda lahir yang sama dengan abang. Betul kan?” soal Nia mohon kepastian.

Kata-kata Nia seperti memberi harapan kepada Danish. Memang benar kata Nia, pertalian saudara ini seperti air yang dicincang dan tak akan pernah putus. Di tambah pula kembarnya punyai tanda lahir yang sama dengannya. Bukankah itu salah satu petunjuk yang bakal memudahkannya untuk mengetahui siapa kembarnya.

“Ya tak ya juga. Betul kata Nia tu. Ya Allah abang memang dah tak tahu nak cakap apa dekat Nia. Setiap kali abang lemah dan hampir berputus asa pasti Nia akan buat abang bangkit semula. Terima kasih Nia.” Ucap Danish bersungguh-sungguh.

“Sama-sama. Nia cuma nak abang kuat sama macam abang yang Nia kenal dulu. Apa yang penting sekarang ni abang kena kuat sebab aka nada cabaran yang lebih besar yang bakal abang hadapi di sana nanti. Abang jangan risau Nia akan selalu doakan abang. InsyaAllah,” jawab Nia panjang lebar. Sempat dia tersenyum malu. Pipinya mula kemerah-merahan. Danish menyedarinya.

“InsyaAllah Nia. Amboi merah muka tu kenapa?” soal Danish nakal.

“Eh mana ada!” Nia menafikan.

“Eleh, tak pe Nia bila abang dah ada duit nanti. Abang datang meminang Nia. Ok?” jawab Danish ceria. Nia terkesima mendengarnya.

“Apa abang ni?” soal Nia yang masih terkejut mendengar niat Danish yang ingin meminangnya.

“Betul lah, abang memang dah lama suka dekat Nia. Lagi pun Nia ingat lagi janji kita masa kecil dulu, kita kan nak kahwin sama-sama?” Danish teruja menjawabnya.

Kejutan itu masih belum mampu Nia terima, alangkah tidak sangka lelaki yang duduk dihadapannya masih mengingati janji-janji manis yang ditabur semasa mereka kanak-kanak. Memang benar kata Danish, semasa mereka kecil hubungan mereka berdua tersangatlah rapat dan pernah berjanji untuk menjadi suami isteri. Jika difikirkan semula, sukar untuk dia terima mereka sudah pandai memikirkan soal perkahwinan walhal mereka berdua masih kecil. Hati Nia seperti ditumbuhi bunga-bunga segar apabila hasratnya bakal menjadi kenyataan dan ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“Nia dengar tak apa yang abang cakap?” kata Danish yang melihat Nia termenung seperti mengingatkan sesuatu.

“Ha? Kahwin? Abang masih ingat lagi janji tu?” terkebil-kebil Nia menyoalnya.

“Mestilah, kenapa Nia dah ada orang lain ke?”

“Mana boleh bagi tahu, kalau nak tahu kena lah datang meminang Nia dekat ayah,” lantas Nia bangun dan pergi meninggalkan Danish dengan perasaan tersipu malu.

“Abang janji akan datang meminang Nia nanti, tunggu ya!!” jerita Danish dari beranda rumahnya. Nia yang mendengarnya hanya tersenyum dari jauh.

* * * * * * * * * * * *

Danish kini berada di dalam biliknya. Tubuhnya berdiri kaku di hadapan cermin besar bersebelahan pintu biliknya. Matanya memandang tepat ke arah cermin besar yang memantul keseluruh imej tubuhnya. Perlahan-lahan dia menanggalkan baju t-shirtnya. Air liurnya kesat ditelan. Dari posisi menghadap ke arah cermin, perlahan-lahan dia memusing tubuhnya membelakangi cermin besar itu. Matanya tidak terkelip dari melihat tanda lahir yang kecil dibelakang tubuhnya. Kesan hitam itu persis seperti yang terdapat pada tubuh Amar. Bibirnya terketar-ketar apabila melihat tanda lahir itu. Sukar untuk dia melafazkan sebarang kemungkinan.

Adakah ini hanyalah satu kebetulan atau pun sebaliknya? Matanya cuba untuk meneliti semula tanda lahir itu berulang kali dan ianya tetap sama. Persis yang terdapat pada Amar. Bingkas dia menujuk ke arah almari pakaian yang terletak kira-kira 6 langkah dari tempat dia berdiri. Dia buka satu laci kecil di dalam almari pakaiannya. Kelihatan sebuah kotak tersimpan rapi di sebalik helaian baju t-shirt. Segera dia membuka kotak itu. Sekeping gambar kembarnya semasa bayi itu di tatap penuh kesungguhan. Tanda lahir dalam gambar itu saling tak tumpah seperti Amar. Matanya mula berkaca.

“Ya Allah, apa semua ini?” getus hati Danish lemah. Sukar untuk dia menerima semua itu.

“Dia ke kembar yang aku cari selama ni? Ya Allah betul ke ni?”Danish mula bermonolog.

Air matanya sudah membasahi seluruh wajahnya. Fikirannya masih bercelaru kerana tidak tahu bagaimana dia mampu buktikan mereka berdua adalah saudara kembar. Mungkin tanda lahir itu mampu dijadikan bukti namun bagaimana jika ianya hanyalah satu kebetulan. Tiba-tiba telinganya seperti dibisik seseorang.

“Pertalian antara kembar ni sangat kuat dan mereka boleh merasai antara satu sama lain…”

Pesanan gadis kampung yang sudah lama tidak dia temui kembali terngiang-ngiang di telingannya. Di saat itu dia mula merindui gadis yang bernama Nia. Kalimah ringkas yang tersirat maksud yang dalam itu telah mengembalikan semula kekuatan Danish untuk mencari kesahihan tentang kembarnya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk seseorang.

“Danish, jom makan,” kata Amar di sebalik pintu bilik Danish.

Danish tersentap. Kelang kabut dia menyimpan kotak itu semula ke dalam almari bajunya. Air mata yang masih bersisa pada wajahnya di kesat dengan tangan. Perlahan-lahan dia menghampiri pintu biliknya.

“Ok senyum Danish. Jangan sampai dia tahu kau menangis.” pujuk hati Danish. Bibirnya dipaksa senyum. Pintu biliknya di buka.

“Heyy! Rajin panggil aku?” soal Danish dengan nada guraunya. Amar hairan mendengarnya.

“Ek? Bukan memang aku selalu ajak kau makan ke? Peliklah kau ni? Semua dah ada dekat bawah tu. Jom.” ajak Amar. Danish hanya tersenyum malu lalu mengekori Amar ke ruang makan.

“Ada yang tak kena ni. Dia nampak macam baru lepas menangis. Ya Allah kau bantulah dia Ya Allah.” Bisik naluri Amar. Dia berusaha berlagak biasa walaupun dia sudah menyedari keadaan Danish yang sebenarnya.

* * * * * * * * * * *

Tersenyum sinis Farish setelah mengetahui sesuatu yang tidak pernah dia sangka. Informer yang diupah untuk menyiasat perkembangan Amar dan Hafiz telah memberitahunya bahawa keluarga Hafiz ingin menjodohkan Hafiz dengan anak sahabat mereka. Berita itu memberikan satu cahaya kepada Farish untuk mengambil semula haknya daripada Hafiz. Potret besar yang menyerupai wajah Amar yang tergantung di bilik Farish ditatap penuh ghairah.

“Ternyata kau memang dicipta untuk aku. Aku tak sangka aku ada peluang lagi. Tu lah kau tu degil sangat pergi cinta dengan jantan macam tu kenapa? Kalau dengan aku mesti kau bahagia sekarang?” monolog Farish sambil membelai wajah pada potret tersebut. Tanpa dia sedari Idham yang sudah lama memerhatinya dari luar menghampirinya. Farish menyedari kehadiran sahabatnya.

“Eh bila sampai?” soal Farish. Idham hanya tersenyum tawar.

“Baru lagi, pintu terbuka tadi sebab tu aku masuk terus. Kau dah makan ke?” soal Idham prihatin.

“Dah, tadi. Eh kau nak tahu something tak?”

“Apa dia?” soal Idham berpura-pura tidak tahu. Farish tersenyum sinis.

“Kau tahu lelaki yang Amar gila-gilakan tu dengar cerita nak dijodohkan dengan pilihan keluarga dia. So sad kan?” Farish tergelak dan nadanya seperti menyindir nasib Amar.

“Oh?” jawab Idham sepatah. Dia tahu pasti Farish akan cuba merebut peluang keemasan ini untuk meruntuhkan hubungan Amar dengan Hafiz.

“Mesti Amar rasa sakit sekarang kan? Kesian dia. Tak pe sayang abang akan buat Am gembira nanti.” Potret itu dibelainya lagi. Idham hanya mampu melihat perbuatan sahabatnya itu. Mungkin kelihatan seperti orang tidak siuman tetapi inilah Farish yang dia kenalinya dulu.

“Kau tetap berkeras nak dia ya?” soal Idham. Farish terus menjeling ke arah Idham.

“Memanglah. Kau kenapa tak suka ke nak tengok aku bahagia dengan dia?” tengking Farish.

“Bukan itu maksud aku, aku cuma tak nak kau terlalu berharap. Sedih aku tengok kau.” Jawab Idham lemah lembut.

“Jadi kau nak cakap aku ni menyedihkan lah?” tengking Farish lagi. Idham tetap cuba berlembut dengan sahabatnya.

“Entahlah Farish, aku cuma tak nak ada perkara buruk jadi dekat kau. Itu je. Lagi pun ayah kau kan nak kau kahwin. Kalau tak dia tak nak berikan sesen pun harta dia dekat kau.” Jawab Idham bagi mengingati Farish.

“Aku dah besar lah gila. Kenapa nak risau pasal aku? Kau jaga hal kau aku jaga hal aku. Ahh malas aku nak layan kau!” bingkas Farish meninggalkan Idham.

Idham hanya membisu melihat Farish meninggalkannya. Dia sudah penat melayan kerenah sahabatnya yang keras kepala. Sejak dari zaman persekolahan hinggalah kini, sikap keras kepalanya tidak pernah berubah. Layanan manja yang diberikan oleh ayah Farish sememangnya banyak memberikan kesan yang buruk kepada Farish. Sejak kecil Farish pasti akan dapat apa yang dia inginkan. Oleh itu dia tidak mahu mengalah untuk dapatkan Amar walaupun dia terpaksa korban segala-galanya. Runsing dia memikirkan soal keadaan Farish yang semakin hari semakin membimbangkan.

Di tambah pula, Farish semakin berani melakukan perkara diluar jangkaannya. Sebagai contoh kejadian Farish menghantukkan kepala ke dinding. Mujur dia ke rumah Farish pada masa yang tepat. Jika tidak entah bagaimana keadaan Farish. Masih hidup atau mati. Simpati juga dia melihat Farish, mungkin benar dia kejam, tapi rasa cintanya pada Amar terlalu kuat sampai dia susah nak bezakan antara yang betul dan salah.

“Sampai bila kau nak jadi macam ni Farish?” bisik hatinya.

Telefon pintarnya yang berjenama Sony T2 Ultra milik Idham dikeluarkan dari kocet seluarnya. Jari jemarinya aktif menaip mesej dan dihantar kepada seseorang.

“Aku harap kau terima tawaran tu.” Bisik hati Idham lagi. Potret Amar di hadapannya di tatap penuh keresahan.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

P/S : Thanks sebab sudi menunggu. Jika ada sebarang komen, jgn segan2 komen je ok 🙂 Ingin berkenalan dengan Mr K dgn lebih dekat boleh follow Twitter saya atau klik Like Facebook Mr K ok? 🙂

BUKAN UNTUK AMAR (Bab 20)

Be-Yourself-No-Matter-What

“Amar ada datang sini ke?” soal Farish dengan nada suara yang tinggi.

“Amar? Mana ada dia datang,” bohong Idham. Farish lantas mendekati Idham lalu kolar baju Idham dicengkamnya.

“Lebih baik kau jangan bohong! Aku tahu kerusi tu ada bau perfume yang selalu dia pakai!” tengking Farish. Idham mula rasa serba salah sama ada dia perlu bersikap jujur mahupun tidak. Dia tidak sanggup membohongi sahabatnya sendiri dan dalam masa yang sama dia tidak mahu membahayakan keselamatan Amar.

“Ya Allah apa yang patut aku buat nih?” keluh hati Idham.

“Aku tanya betul ke Amar datang sini? Jawablah!” jerit Farish lagi.

“Ok, ok. Memang dia ada datang sini. Aku yang bawa dia ke sini. Aku risaukan keadaan kau sebab tu aku suruh dia datang sini.” Jawab Idham. Farish serta merta melepaskan cengkaman pada kolar baju Idham. Idham mengeluh menahan kesakitan pada lehernya. Farish yang berang tadi mula menjadi lemah setelah mendengar kata-kata Idham lagi.

“Dia masih sayangkan aku lagi ke Idham?” sayup suara Farish mempersoalkan hati Amar pada Idham.

Idham hanya mampu melihat wajah serba salah yang tergambar pada wajah Farish. Mungkin benar kata Farish sebelum ini. DIa memang benar-benar mencintai Amar namun dalam masa yang sama dia amat sukar untuk mengawal emosi yang keterlaluan. Wajah serba salahnya diakhiri dengan satu tangisan hampa. Idham cuba untuk memujuk Farish yang terus menerus melayan jiwa hampanya akibat dari kesilapan silam.

“Sabarlah Farish. Dia Cuma anggap kau macam abang dia sendiri. Biarlah dia bergembira dengan pilihannya. Kalau kau benar-benar cintakan, jangan seksanya lagi,” nasihat Idham.

“Tapi aku nak dia! Aku nak miliki dia, semuanya. Aku nak jiwanya, tubuhnya dan cintanya. Aku tak mampu hidup tanpa dia! Aku akan dapatkan dia walau apa pun yang terjadi!” jawab Farish. Dia lekas bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi ke bilik tidurnya.

“Farish! Aku belum habis cakap lagi!” jerit Idham. Kebimbangan terhadap keselamatan Amar semakin memuncak apabila mendengar janji yang dilafazkan tadi.

“Aku harap kau terimalah tawaran tu.” bisik hati Idham.

Nasi goreng yang terhidang di atas meja itu dikauknya. Kejadian yang berlaku tadi cuba dia tidak endahkan. Dia tidak mahu masalah sahabatnya ini mengganggu waktu sarapannya. Jam tangan berjenama Rolex yang terikat kemas pada pergelangan tangan kiri di lihatnya. Ternyata dia sudah lewat untuk ke tempat kerja. Nasi goreng yang sudah dikauk itu mampu dimakan sesuap sahaja. Kemudian, begnya yang terletak di sebelah sisi kirinya diambil lalu lekas dia meninggalkan rumah Farish.

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Tanpa disedari tahun 2013 semakin menutup tirainya. Kejadian yang berlaku sepanjang tahun tersebut telah banyak mematangkan fikirannya dalam menilai kehidupan sebagai seorang yang abnormal. Daya fikirannya sukar untuk menerima semua peristiwa yang berlaku kerana baginya semua yang berlaku itu terlalu drastik. Sejak kejadian yang berlaku antara dirinya dengan Hamdan, sedikit sebanyak menyekat hatinya untuk mempercayai orang lain selain Hafiz. Kemunculan Danish dalam satu kemalangan telah berjaya menghakis rasa itu dari dalam diri Amar, Danish selalu menjadi teman yang setia dan memahaminya.

Baginya, dia harus bersyukur kerana masih ramai yang ikhlas untuk mendekatinya. Demi menghabiskan sisa-sisa masa di penghujung tahun 2013, Amar mengambil keputusan untuk menghabiskan masanya dengan Danish. Memandangkan Hafiz sibuk berjuang di medan ilmu kerana tidak lama lagi dia bakal mengadapi peperiksaan. Jadi Amar mengambil keputusan untuk tidak menggangu Hafiz walaupun pada awalnya Hafiz berkeras untuk mengikutnya. Mines Shopping Fair yang terletak berdekatan dengan Seri Kembangan menjadi sasaran mereka.

“Nak tengok cerita apa? Ada cerita yang best ke hujung tahun ni?” soal Amar.

“Mestilah ada. Mana boleh tak ada. Jom tengok LCD tuh!” Danish menarik lengan Amar ke arah skrin besar yang memaparkan waktu tayangan di panggung wayang tersebut. Antara filem yang menarik perhatian mereka berdua adalah filem berbahasa Inggeris, Walking With Dinosaurs.

“Kita tengok cerita omputih lah? Nak tunggu cerita Paku tu lambat sangat.” Keluh Amar.

“Ya lah. Dinosaurs pun dinosaurs lah tapi yang penting kau belanja. Tau lah orang tu tengah masyuk sekarang. Almaklumlah dah dapat elaun kerajaan.” Sindir Danish.

“Amboi kalau macam tu rabak lah poket aku macam ni asyik belanja. Nasib kau, kalau orang lain aku tinggalkan seorang-seorang dekat sini,” jawab Amar selamba. Danish tertawa mendengar jawapan Amar.

“Dah bak sini duit, aku tolong belikan. Kau pergi cari tempat dekat McDonald, aku nak makan. Dah lapar ni.” Perintah Danish.

“Eh, menyuruh nampak. Kau ingat aku ni dayang kau ke? Sedap suruh ya?”

“Alah adik tolonglah abang. Ok?” nada suara Danish digayakan seperti Hafiz.

“Kau ni! Aku gigit nanti hilang telinga tu!” jawab Amar kegeraman. Dia lantas pergi meninggalkan Danish bagi mencari tempat duduk di McDonald untuk makan tengah hari. Danish yang masih berdiri tidak henti memandang Amar yang berlalu pergi meninggalkannya.

“Amar, Amar. Alangkah gembiranya aku kalau kau ni adik kandung aku.” bisik hati Danish.

Beg duit yang tersimpan padat dalam poket belakang seluarnya dikeluarkan. Di buka perlahan-lahan beg duit itu penuh cermat. Kelihatan sekeping gambar budak lelaki berusia kira-kira 4tahun berbaju biru laut tersisip rapi di sebelah kad pengenalannya. Wajah budak lelaki itu diusap penuh kasih sayang. Bersebelahan gambar tersebut terdapat sekeping gambar lagi yang memuatkan gambar sebuah keluarga. Tiba-tiba air mata kerinduan menitis ke atas gambar tersebut. Segera perhatiannya dibawa ke masa silam. Masa di mana neneknya masih lagi bernyawa dan pesanan terakhir neneknya itu kembali menyiang-nyiang di telinganya.

 

3 TAHUN YANG LALU

“Nenek rehat ya. Danish nak ke dapur sekejap, nak bersihkan bekas makanan. Kalau ada apa-apa panggil Danish ya?” pesan Danish. Mangkuk yang berisi sisa bubur dimakan neneknya diangkat bersama-sama dengan dulang. Dia berlalu pergi ke dapur. Belum sempat dia melangkah keluar dari bilik neneknya. Tiba-tiba neneknya memanggil namanya.

“Danish?” panggil si nenek.

“Ya nek? Ada apa-apa yang nenek nak minta?” soal Danish. Dulang yang dibimbitnya itu diletakkan semula ke atas lantai. Segera dia melabuhkan punggungnya di sebelah katil di mana neneknya baring.

“Ada sesuatu yang nenek nak beritahu dekat Danish. Sesuatu yang dah lama nenek simpan dan rasanya sudah tiba masanya nenek beritahu Danish sebelum terlambat.” Jawab si nenek.

“Beritahu apa nek?” soal Danish semula.

“Tolong ambilkan kotak hitam dalam almari nenek tu, Danish.” Perintah Danish.

Dia hanya akur dengan perintah neneknya walaupun neneknya masih belum menjawab persoalannya. Pintu almari baju usang milik neneknya dikuak, kelihatan sebuah kotak using berona hitam tersimpan di atas kain batik milik neneknya. Dengan penuh curiga dia mengambil kotak itu lalu diserahkan kepada neneknya. Namun, neneknya menolak.

“Kamu yang berhak membuka kotak itu. Bukalah cu.” Perintah neneknya lagi.

Lantas kotak itu dibuka. Kelihatan gambar-gambar lama yang memuatkan gambar sebuah keluarga, gambar budak kecil berusia kira-kira 4tahun dan turut disertakan gambar Danish semasa kecil. Beribu persoalan mula bermain di dalam kotak fikiran anak muda ini. Kini dia sangsi. Belum sempat dia mempersoalkan kesangsiannya, neneknya mula bersuara.

“Itu gambar keluarga kamu, Danish. Wanita yang bertudung itu ibu kamu dan lelaki yang berdiri disebelahnya itu ayah kamu, Danish.” Terang si nenek. Danish menggigil memegang gambar mereka.

“Dan yang lain itu adik beradik kamu, Danish.” Terang si nenek lagi.

“Apa ni nenek? Danish tak faham? Dulu nenek cakap keluarga Danish dah tak ada? Apa ni?” soal Danish. Dia tidak mampu bertahan untuk terus menerima kata-kata neneknya itu.

“Ini semua salah nenek. Nenek terlalu ikutkan perasaan sampai sanggup pisahkan kamu dengan keluarga kamu. Dulu nenek tak suka ayah kamu berkahwin dengan ibu kamu sebab nenek dah ada calon yang sesuai untuk ayah kamu. Tapi ayah kamu berdegil untuk mengahwini ibu kamu, Danish. Nenek susah nak terima ibu kamu. Selepas kamu dilahirkan, nenek culik kamu dan bawa kamu jauh dari keluarga kamu, Danish. Sejak kejadian itu, ibu bapa kamu langsung tak dapat jumpa nenek sampai sekarang. Tapi ternyata nenek silap, sekarang nenek yang susah dan terseksa dengan dosa lama. Maafkan nenek, Danish. Maafkan nenek.” Terang si nenek panjang lebar.

Air mata Danish terus mengalir tanpa henti kerana terlalu kecewa dengan sikap neneknya. Kerana dendam terhadap ibunya, neneknya sanggup memisahkan dia dari keluarganya. Malah dia tidak berkesempatan disusui oleh ibu kandungnya sendiri. Jika diikutkan perasaan mahu sahaja dia meninggalkan neneknya sakit seorang diri. Namun, dia masih belum cukup kejam untuk meninggalkan nenek kandungnya sakit begitu sahaja. Cukuplah neneknya melakukan kesilapan akibat berdendam, dia tidak mahu mengulangi kesilapan neneknya.

“Maafkan nenek, Danish. Nenek yang silap.” Air mata penyesalan membasahi pipi kedut si nenek. Danish tidak sanggup melihat neneknya menangih kemaafaannya. Lantas tangannya mendekati wajah tua neneknya lalu air mata yang mengalir itu dikeringkannya.

“Nenek tak bersalah dekat Danish. Selama ni nenek dah berikan penuh kasih sayang dekat Danish dan Danish bersyukur sangat. Mungkin itu silap nenek tapi Danish tetap bersyukur kerana nenek masih menerima Danish sebagai cucu nenek.” Tangan kedut neneknya diciumnya penuh syahdu kerana terlalu sedih.

“Kamu memang cucu yang baik sama seperti ayah kamu masa kecil dulu. Tak pernah menyalahkan orang lain. Nenek menyesal sebab pisahkan kamu dengan mereka. Maafkan nenek ya.” Danish menganguk.

“Danish boleh tolong nenek?” soal si nenek.

“Tolong apa?”

“Kamu cari keluarga kamu dan tolong kirimkan maaf nenek pada mereka. Nenek tahu mungkin nenek tak sempat nak bertemu dengan mereka nanti.” air mata si nenek mengalir semula.

“Jangan cakap macam tu nek!” jawab Danish. Sebak dia mendengar kata-kata neneknya.

“Nenek dah tua Danish. Nenek dah tak mampu bertahan lagi.” bibirnya bergetar-getar melafazkan kata-katanya.

“Danish tahu nenek kuat. Bertahan ya nenek.” air mata Danish tidak henti-henti mengalir. Tangan neneknya digenggam kuat.

“Cakap dekat ayah dan ibu kamu yang nenek menyesal sangat sebab pisahkan kamu dengannya. Cakap dekat mereka yang nenek sayang sangat dekat semua terutama sekali cucu-cucu nenek. Sampaikan salam kemaafan nenek ya, Danish.” serta merta nafas nenek semakin kencang.

Danish semakin panik melihat perubahan drastik neneknya. Mungkin sudah tiba masanya untuk neneknya menerima seruan malaikat maut yang mungkin sedang berdiri berdekatannya. Apa yang mampu Danish lakukan hanyalah membantu neneknya untuk melafazkan kalimah suci titik pengakhiran sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Tidak lama kemudian nafas kencang neneknya semakin perlahan dan akhirnya terus berhenti buat selama-lamanya. Keadaan rumah itu menjadi sunyi sepi selepas pemergian neneknya. Hanya tangisan Danish yang mampu didengari. Kini Danish kehilangan seseorang yang telah memberikan kasih sayang sepenuhnya bagai menatang minyak yang penuh.

Mungkin pada awalnya niat neneknya buruk namun air yang dicincang tak akan pernah putus. Kehadirannya di rumah neneknya tidak pernah di benci mahu pun dihina. Kenangan bersama dengan neneknya sukar untuk dia lupakan. Melihat tangan neneknya yang mula menyejuk membuatkan dirinya terkenang akan masakan neneknya. Kerana tangan yang sejuk itulah yang telah menyuapkannya makan ketika kecil. Malah tangan yang sejuk itulah yang memasak untuk mereka berdua makan. Neneknya tidak pernah mengeluh walaupun dia tahu neneknya tidak kuat lagi. Hatinya kini sunyi tanpa kasih sayang seorang wanita yang bergelar nenek.

* * * * * * * * * * * * * * *

“Kau dah beli tiket wayang?” soal Amar.  Danish tidak menjawab soalan Amar. Kerusi berhadapan Amar menjadi pilihannya. Suasana bising di sekitar restoran makanan segera, McDonald menyukarkan Danish untuk mendengar suara Amar.

“Weh kau dah beli ke?” soal Amar lagi. Kali ini suaranya dikuatkan.

“Dah, aku dah beli. Cepatnya kau order makanan? Macam mana kau tahu yang aku nak Big Mac ni?” soal Danish kehairanan.

“Entah, aku main beli je. Yang aku tahu kau ni kuat makan sebab tu aku beli burger yang paling besar.” Jawab Amar dengan nada suara menyindir.

“Menganjing aku nampak?” jawab Danish. Burger besar yang terhidang di hadapannya langsung dilahapnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Amar hanya mampu melihat sikap gelojoh Danish yang sememangnya tidak pernah berubah.

“Kau ni cubalah makan elok-elok. Tahun 2013 dah nak ke penghujungnya. Apa kata kau buat azam baru nak jadi orang yang sopan sikit?” soal Amar sambil tertawa.

“Perlu ke? Kau ni jangan sampai aku makan burger kau sekali sudah lah!” burger milik Amar yang masih belum terusik itu dirampasnya. Amar bergelut dengannya demi mendapatkan haknya. Mata-mata umum tidak berkelip melihat perangai mereka berdua yang keanak-anakkan.

“Kring kring!” tablet pintar milik Amar berdering. Satu panggilan dari nombor asing muncul di paparan skrin 7inci.

“Hello, Assalamualaikum.” Amar menjawab panggilan itu dengan lafaz salam.

“Waalaikumussalam, boleh kami bercakap dengan saudara AJ.” Soal si pemanggil. Amar terkesima apabila nama penanya disebut menerusi panggilan tersebut.

“Ya saya bercakap.” Jawab Amar ringkas.

“Kami dari syarikat terbitan novel yang menganjurkan pertandingan novelis muda yang telah saudara sertai. Tahniah kami ucapkan kerana karya anda terpilih menjadi salah satu karya yang bakal kami terbitkan tahun hadapan.” Terang panjang lebar si pemanggil. Mata Amar membulat apabila mendengar khabar gembira yang tidak pernah dia sangkakan.

“Betul ke? Alhamdulillah! Terima kasih sebab memilih karya saya. Terima kasih sangat!” ucap Amar penuh gembira. Danish yang tadi leka menikmati burger tertarik apabila mendengar ungkapan Amar.

“Pihak kami berharap agar saudara boleh mengemel biodata ringkas untuk tujuan pengfailan. Malah saudara perlu hadir ke pejabat kami selewat-lewatnya sebelum petang esok untuk menandatangani kontrak.”

“InsyaAllah. Saya akan datang secepat yang mungkin.”

“Seperkara lagi, selepas novel itu diterbitkan. Pihak kami dengan kerjasama rancangan televisyen tempatan akan mengadakan sesi temu bual bersama saudara. Diharap pihak saudara memberi kerjasama.”

“Apa? Temu bual? Baiklah. Saya akan berikan kerjasama sebaik mungkin. Terima kasih ya?”

“Sama-sama,” panggilan ditamatkan. Kegembiraan Amar sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata. Danish hairan dengan perubahan Amar secara tiba-tiba.

“Kau kenapa Am?” soal Danish.

“Alhamdulillah karya yang aku hantar dulu terpilih untuk diterbitkan. Serius aku tak sangka mereka terima genre novel yang aku bawa. Susah aku nak cakap macam mana gembiranya aku sekarang ni,” lengan Danish dipegangnya sekuat hati kerana terlalu teruja.

“Wah ya ke? Tahniah! Aku tumpang gembira juga.”

“Thanks. Yang paling best tu aku akan ditemu bual dekat tv! Bestnya!” jerit Amar.

“What? Are you serious? Gempak lah!”

“Kan? Memang tak sangka langsung. InsyaAllah tahun depan novel aku akan diterbitkan. Dah lah syarikat terbitan novel ni antara salah satu penerbit popular dekat negara kita ni. Alhamdulillah.”

“Tapi kau tak kesah ke kalau orang tahu siapa sebenarnya penulis novel tu? Maksud aku sebelum ni kan kau tak pernah dedahkan ideniti kau. Jadi kau..?” persoalan Danish terhenti untuk menanti respond Amar. Ternyata sangkaannya benar. Amar terdiam. Ternyata dia masih belum pasti sama ada dia perlu mendedahkan identitinya atau pun tidak.

“Macam mana ya? Aku kalau boleh tak nak famous dan memang tak nak orang tahu siapa aku yang sebenarnya termasuk keluarga aku. Nak-nak lagi genre yang aku bawa dalam novel ni. Mesti orang akan salah faham. Macam mana ek?” soal Amar kerungsingan. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal.

“Aku ada idea. Kau makan dulu, lepas dah habis makan ni ikut aku” pesan Danish.

“Nak pergi mana? Wayang dah nak start tak lama lagi?” soal Amar serius.

“Alah bukan lama pun. Nak aku tolong tak?” soal Danish. Amar tidak tahu sama ada perlu mengikut idea Danish yang mungkin tak masuk akal tapi dia dah tak tahu nak buat apa lagi.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

BUKAN UNTUK AMAR (Bab 19)

Be-Yourself-No-Matter-What

Melodi yang terhasil dari alat muzik harmonika yang dimainkan oleh pemuzik jalanan menghidupkan suasana yang istimewa di sekitar stesen komuter Bandar Tasik Selatan. Alunan muzik merdu itu dibawa oleh bayu petang berjaya mengubati suasana hambar di persekitarannya. Kelihatan Amar sedang bersandar di sebalik dinding platform turut terhibur mendengar alunan muzik tersebut. Setiap not lagu yang dimainkan begitu bersesuaian dengan jiwa Amar. Lembut dan mendayu-dayu. Ternyata keadaan ini telah membawa rohnya bersama-sama ke alam yang jauh dari realiti. Rupa bentuk negara kegemarannya sudah muncul, kini rohnya sudah berada di Korea. Melodi merdu itu masih menjadi muzik latarnya.

Sedang dia leka meletakkan dirinya dalam dunianya sendiri, tiba-tiba muncul sekujur tubuh tegap sedang berdiri di hadapannya. Dia hairan bagaimana lelaki itu boleh muncul dalam imaginasinya walhal dia langsung tidak membayangkannya. Lelaki yang amat dia cintainya itu mula mendekatinya. Selalunya tubuh itu pasti hadir dengan senyuman yang mampu mewarnai hidup Amar. Tetapi kali ini tubuh yang berdiri tidak jauh dari hadapannya itu membawa wajah yang berbeza. Kesedihan dan kekecewaan tergambar jelas di wajah lelaki itu. Ternyata jiwa Amar terusik dengan apa yang dilihatnya sendiri. Sempat dia melihat air mata lelaki itu sudah membasahi hampir seluruh wajahnya sendiri. Amar terkejut, lalu bayangan itu terus hilang.

Kini dia sudah kembali dalam dunia realitinya sendiri. Dia hanya terlalu leka mencipta angan-angan berada di Korea akibat dari tawaran yang diterima dari Idham. Sejujurnya dia ingin menerima tawaran tersebut tanpa memikirkan perkara lain. Bukan sekadar dapat belajar di negara serba maju itu, malah pembelajarannya turut ditanggung oleh syarikat Idham. Namun bayangan wajah Hafiz dalam imaginasinya telah membuatkan hatinya berbelah bahagi untuk terus berdiri dengan keputusannya. Adakah dia cukup kuat untuk berjauhan dengan orang yang dicintainya?

 

* * * * * * * * * * * *

Tanggal yang dinanti-nantikan oleh keluarga kedua-dua belah keluarga semakin hampir. Dada Husna kini semakin sesak dan lelah. Jujur hatinya sukar untuk menghadapi masa hadapan yang bakal mengubah seluruh hidupnya. Walaupun pertemuan dua keluarga ini hanyalah pertemuan biasa. Namun, niat murni mereka tidak akan pernah berubah iaitu ingin membantu membina masjid untuk anak kesayangan dua keluarga ini. Kekuatan untuk menentang rancangan ibu bapanya hilang apabila mengenang akan hubungan akrab antara dua keluarga ini. Dalam masa yang sama hadir juga perasaan tertanya-tanya sama ada Hafiz turut merasai perkara yang sama.

Setiap kali dia melihat detik waktu yang sentiasa berputar tanpa henti di hadapannya, rasa gementar dan takut hampir sahaja menguasai akal rasionalnya. Beberapa kali lafaz suci menghiasi bibirnya bagi memberi kekuatan dan petunjuk agar dia lebih yakin dalam membuat pilihan. Tubuhnya sudah terbalut rapi dengan berbaju kurung dan hijab berkain satin. Matanya masih bertentangan dengan cermin solek yang memantulkan wajahnya sendiri. Kini dia sedang melihat keadaan wajahnya sendiri. Ternyata dia belum cukup kuat untuk menghadapi perkara tersebut.

Telinganya tertarik dengan satu bunyi yang terhasil di belakangnya. Bunyi pintu biliknya dikuak seseorang membuatkan dirinya tidak senang duduk. Serta merta air matanya mengalir deras membasahi wajahnya yang sudah disolek rapi. Tubuh yang menyerupai seorang ibu menghampiri Husna yang masih terduduk di hadapan meja solek. Alangkah terkejutnya si ibu apabila melihat keadaan anaknya.

“Kenapa ni Husna? Kenapa menangis ni?” soal si ibu. Husna berusaha mengeringkan air mata tersebut. Dia cuba untuk berlagak biasa namun gagal. Dia sendiri tidak sedar akan air mata yang telah menjadi bukti sebenar jiwanya.

“Tak ada apa ibu. Cuma Husna rasa gementar pula. Bukan apa sudah lama kita tak bertemu dengan keluarga Aunty Hamidah.” Bohong Husna. Dia cuba untuk menenangkan hati ibunya walaupun dia tahu hatinya sedang berlawan dengan realiti.

“Kalau Husna tak mahu ibu jodohkan Husna dengan anak Aunty Hamidah tak apa. Ibu tak kesah.” Jawab si ibu seperti dapat merasai perasaan sebenar Husna.

Husna membisu apabila mendengar kata-kata ibunya. Ternyata dia tidak mampu membohongi ibunya sendiri yang telah mengandung dan melahirkannya. Hati ibu itu mudah terdetik apabila melihat perubahan pada anaknya. Dia tidak mampu menahan sebak dalam benak hatinya. Tanpa berfikir panjang Husna terus mendakap tubuh ibunya sekuat hati. Ianya memberi kejutan kepada si ibu pada awalnya namun perlahan-lahan si ibu menerima pelukan itu dengan rasa yang sama seperti mana yang dirasai Husna. Ternyata ada sesuatu yang mengganggu perasaan anak daranya itu. Ubun anaknya diseuh dan dibelai perlahan-lahan bagi memberikan ketenangan kepada anaknya.

“Husna masih belum boleh lupakan Zafriel?” soal si ibu.

Husna menunduk menghadap ke lantai yang terhias indah dengan mozek apabila soalan itu diajukan kepadanya. Tak lama kemudian dia memandang semula wajah ibunya yang masih setia menanti jawapan darinya. Perlahan-lahan dia mengangguk kepalanya. Belum sempat si ibu memberi respond, hadir pula suara yang sedang memanggil mereka berdua dari ruangan bawah rumah banglo mereka. Si ibu memandang Husna sekali lagi. Si ibu inginkan kepastian sama ada Husna mahu mengikutnya bersama-sama ke rumah keluarga Datin Hamidah atau pun tidak.

“Jom ibu, ayah dah panggil tu,” ajak Husna.

“Betul Husna nak pergi?” soal si ibu inginkan kepastian. Husna mengangguk setuju. Sempat dia melihat Husna menghadiahkan sekuntum senyuman kepadanya walaupun dia tahu anaknya itu cuba membuatkan hatinya tenang walhal anaknya itu masih belum bersedia lagi.

* * * * * * * * * * * * * *

Banglo mewah sekitar Bandar Tun Hussien Onn milik keluarga Hafiz sedikit berbeza berbanding hari-hari sebelumnya. Suasana ruang tamu banglo tersebut sememangnya meriah dengan kehadiran keluarga Husna yang sudah lama tidak menjalinkan silaturahim dengan keluarga pemilik banglo tersebut. Mungkin kemeriahan kali ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan pertemuan 10tahun lalu. Dahulunya jeritan suara Hafiz dan Husna berjaya mengatasi suara perbualan antara ibu bapa mereka. Dari ruang tamu sehinggalah ke dapur Hafiz dan Husna berlari-lari saling mengejar antara satu sama lain. Namun kini berbeza, si dara dan si teruna sudah besar panjang malah layak untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

Hafiz yang duduk bersebelahan bapanya cuba untuk tampak ramah di mata orang tuanya. Bukan apa, jika diikutkan hati ingin sahaja dia mengangkat kaki meninggalkan rumahnya itu kerana tidak sanggup bersemuka dengan Husna. Jauh dari hatinya untuk membenci Husna malah dia sudah menganggap gadis itu setaras dengan adik kandungnya sendiri. Dalam masa yang sama dia tidak rela menghancurkan kehidupan Husna jika dia berkahwin juga dengan gadis itu. Bukan sahaja dosa yang bakal diterimanya malah dia juga turut menyeksa dirinya sendiri. Hafiz yakin dia tidak mampu bahagia dan membahagiakan Husna jika perkahwinan antara mereka berlaku.

Acap kali juga mereka bertentang mata tanpa di minta. Malu dan gelisah adalah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan si dara dan si teruna ini. Husna tidak mampu menafikan naluri wanitanya apabila setiap kali bertentang mata dengan Hafiz. Degupan jantungnya tidak henti dari terus berdegup. Ketampanan wajah Hafiz tidak dapat disangkal lagi. Bukan sahaja dirinya malah jika gadis-gadis diluar sana melihatnya sudah pasti turut merasai apa yang dirasainya. Namun, terlalu awal untuk dia mengatakan bahawa bait-bait cinta sudah mula tersemai dalam hatinya.

“Kamu Hafiz dah handsome sekarang. Dah ada ke yang bertempat di hati?” soal bapa Husna. Hafiz tersentap.

Konsentrasi mereka berdua yang sudah lama terhanyut dengan spekulasi hati akhirnya diganggu dengan satu soalan yang telah menggegarkan jantung mereka. Husna juga teruja menanti jawapan tersebut dan dalam masa yang sama dia mengharapkan jawapan tersebut bakal memberikan khabar gembira kepadanya. Belum sempat Hafiz memberikan jawapan, pintu utama banglo milik keluarga Hafiz diketuk seseorang. Munculnya jejaka yang amat Hafiz cintai di sebalik pintu yang terkuak itu. Enam pasang mata semuanya tertumpu ke arah jejaka itu.

“Assalamualaikum,” ucap Amar. Bergegas dia menghampiri ruang tamu dan bersalaman dengan tetamu keluarga Hafiz.

“Waalaikumussalam,” jawab semua. Setelah Amar selesai bersalaman dia lekas meninggalkan ruangan tersebut. Ibu bapa Husna tertanya-tanya apabila melihat seseorang yang agak asing berada di dalam rumah tersebut.

“Siapa tu Hamidah?” soal ibu Husna.

“Oh, itu kawan Hafiz dekat universitinya. Dia duduk dengan kami buat sementara waktu,” jawab Datin Hamidah.

“Eh kamu tak jawab soalan pak cik lagi Hafiz? Kamu dah berpunya ke belum?” soal bapa Husna lagi. Kali ini Hafiz rasa dirinya dipaksa untuk menjawab soalan tersebut.

“Entahlah pak cik. Saya sekarang tengah fokus dengan belajar dulu, fasal calon ni saya tak fikir lagi,” jawab Hafiz. Baginya itulah jawapan yang paling Selamat buat masa sekarang.

“Mana boleh macam tu, sekarang calon bukan senang nak cari. Kalau susah sangat apa kata kawan dengan Husna tu. Kamu berdua pun bukan baru kenal, dari kecil lagi asyik bermain sama-sama,” tambah ayah Husna lagi. Kali ini Hafiz hanya mampu tersenyum tawar tanpa memberikan sebarang jawapan. Husna yang mendengar perbualan mereka itu tertunduk malu.

Tanpa mereka sedar, perbualan mereka sedang didengari oleh seseorang. Jasad Amar yang bersembunyi di sebalik anak tangga menuju ke bilik aras satu menjadi lemah semuanya. Ternyata sangkaannya mengenai Husna itu amat benar. Memang benar niat dua keluarga itu adalah untuk menyatukan Hafiz dengan Husna. Kali ini hati Amar teruji apabila mengetahui bahawa dia perlu bersaing dengan Husna untuk merebut hati Hafiz. Tanpa disedarinya, butir-butir air mata sudah mula membasahi pipi anak muda ini. Dia tidak mampu lagi untuk mendengar perbualan mereka, dia lantas pergi membawa diri ke kamarnya.

* * * * * * * * * * * * * * *

Hati Hafiz terus berkecamuk sejak keluarga Husna pulang. Hasrat besar keluarga mereka yang ingin menjodohkannya dengan anak dara mereka memberi hentaman yang kuat kepadanya. Walaupun cara mereka menyoalkan mengenai status sebenarnya agak berlapik. Tapi dia amat mengerti niat sebenar mereka. Hatinya sukar untuk menerima semua ini, baginya semua perkara ini terlalu awal dan cepat. Mengapa masalah ini hadir di saat cintanya terhadap Amar semakin mekar. Adakah ini adalah cabaran yang mereka berdua harus hadapi bagi menguji kesucian cinta mereka? Apa yang perlu dia perjelaskan kepada Amar jika kehadiran keluarga Husna dipersoalkan? Wajarkah dia berbohong? Amat sukar untuk dia menjadi kejam di saat ini.

Gambar Amar bersamanya yang terpapar cantik pada skrin telefon pintarnya ditatap seketika. Senyuman Amar dalam gambar tersebut berjaya membuatkan dirinya kuat untuk menghadapi cabaran ini. Keberanian untuk dia bersikap jujur kepada Amar semakin kukuh bak dinding konkrit. Dia yakin Amar adalah seorang yang amat memahami malah pernah juga dia merasakan bahawa Amar jauh lebih matang darinya walaupun jarak umur mereka berbeza. Sebagai diri yang lebih tua, ada kala dia berasa segan apabila tindak tanduk Amar jauh lebih baik darinya.

Kesunyian malam bilik Hafiz kini diganggu dengan bunyi ketukan yang datang dari arah pintu biliknya. Seseorang sedang mengetuk pintu biliknya dari luar. Hafiz dapat mengagak siapa gerangan yang hadir ke biliknya pada jam sebegini. Pintu itu akhirnya berjaya dikuak oleh gerangan tersebut. Maka muncul wajah lelaki yang amat Hafiz sayangi dalam hidupnya. Terbentuk cantik bibir Amar memberi senyuman kepada Hafiz yang terduduk sendiri di atas katil. Langkah Amar diatur rapi menuju ke arah Hafiz yang menginginkan kasih sayangnya.

“Abang tak tidur lagi?” soal Amar sambil tersenyum.

“Belum lagi sayang. Nak tunggu sayang lah,” jawab nakal Hafiz. Amar hanya tergelak apabila mendengar ayat berbau nakal dari lelaki itu. Bahu Hafiz dipukulnya lembut.

“Gatal!” jerit Amar.

“Alah bukan gatal dengan siapa pun. Dengan Am juga,” jawab Hafiz lagi. Tubuh kurus Amar dipeluk kuat. Hampir sahaja Amar sesak nafas menerima pelukan dari tubuh kekar Hafiz itu.

“Lepaslah, nak sesak nafas dah nih!” jerit Amar lagi. Lantas Hafiz melepaskan pelukan tersebut. Memang sengaja Hafiz berbuat demikian kerana dia gemar melihat wajah Amar dalam keadaan tersiksa.

“Ok, ok. Am, abang sebenarnya nak bagi tahu sesuatu dekat Amar. Penting sangat dan abang harap Amar faham.” Amar tersentap. Dia tahu pasti Hafiz ingin memberitahunya mengenai peristiwa petang tadi.

“Apa dia?” soal Amar berpura-pura tidak tahu.

“Susah sebenarnya abang nak cakap. Tapi abang rasa Am perlu tahu dan abang tak mahu hati Am terluka walaupun sedikit sebab abang sayang Am sangat-sangat.” Jawab Hafiz lagi.

“Lah, kenapa ni? Ada yang tak kena ke?” soal Amar lagi. Dia masih berpura-pura tidak tahu.

“Ingat lagi tak fasal keluarga yang datang petang tadi. Mereka tu kawan lama ayah dan dulu Hafiz rapat dengan anak mereka, Husna. Masa kecil dulu lah. Tapi sekarang ni tiba-tiba mereka rancang nak jodohkan dia dengan abang. Tapi abang memang tak mahu. Abang dah anggap dia tu macam adik sendiri. Lagi pun Am tahu kan, hati abang ni untuk Am seorang.” Jawab Hafiz panjang lebar. Tangan Amar diusapnya perlahan-lahan bagi menenangkan hati Amar. Amar tersenyum mendengar penjelasan Hafiz. Hafiz kehairanan.

“Abang tahu kenapa Am sayang dekat abang? Sebab abang sentiasa jujur dengan Am. Jujur Am katakana, Am dah tahu semuanya. Tapi sebab Am yakin dan percaya dengan cinta kita. Jadi Am tak perlu rasa risau pun.” Jawab Amar. Hafiz lega mendengar jawapan ikhlas dari Amar. Ternyata kepercayaan dalam perhubungan mereka jauh lebih kuat berbanding rasa keraguan. Lantas tubuh Amar dipeluk Hafiz.

“I love you my dear!” bisik Hafiz di cuping telinga Amar. Suara yang membisik itu sekali lagi berjaya memanah rasa cinta teramat dalam jiwanya. Dakapan Hafiz itu dirangkul kuat bagi mengukuhkan lagi rasa cintanya terhadap lelaki itu.

“I love you too,” balas Amar.

Malam itu menjadi saksi bahawa walaupun mereka bakal menghadapi satu cabaran yang bakal menguji cinta mereka. Namun, rasa cinta mereka lebih kuat untuk mengatasi segala rintangan itu. Malah mereka yakin bahawa pasti banyak cabaran yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi. Perkataan gentar langsung tidak ada dalam kamus cinta mereka kerana mereka yakin akan ketulusan cinta mereka. Amar yang dahulunya amat sukar untuk menerima cinta dari seseorang yang bergelar lelaki kini telah tewas dengan bahang asmara dari lelaki bernama Hafiz.

Hayunan kain langsir yang ditiup angin malam menambahkan suasana romatis mereka. Rancangan asal Amar yang hadir ke bilik Hafiz untuk membincangkan tentang tawaran ke Koreanya itu sudah lenyap dibawa bayu malam yang bertiup sayup menerusi jendela utama kamar Hafiz. Keraguannya untuk menerima tawaran ke Korea itu sudah berjaya diterimanya. Kini dia lebih yakin untuk menolak tawaran tersebut dan memilih untuk tetap di sisi Hafiz selamanya.

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Mimpi panjang yang dihadapi oleh Farish akibat daripada pengambilan ubat tidur yang diberi oleh Idham sudah menghampir ke penghujungnya. Matanya mula terbuka dan berkedip perlahan-lahan bagi mengawal bukaan anak mata untuk menerima cahaya matahari. Kemudian gegendang telinganya dipalu dengan bunyi bising yang datangnya dari dapur rumahnya itu. Farish menguatkan tubuhnya untuk bangun bagi melihat sendiri siapakah yang membuat bising di dapurnya itu. Langkahnya di atur rapi penuh hemah bagi mengelakkan dirinya dari jatuh tersungkur.

Setelah dia berjaya mengakhiri langkahnya di anak tangga yang terakhir, tubuh Idham jelas kelihatan sedang berdiri di hadapan tempat masak. Tangan Idham ligat menggaul nasi goreng yang panas berbahang di dalam kuali. Aroma nasi goreng kampong yang hampir masak itu berjaya membuatkan perut Farish berkeroncong meminta untuk diisi sesuatu. Ternyata bunyi perut Farish berjaya dikesan Idham. Hampir sahaja Idham tergelak melihat keadaan kusut masai sahabatnya itu. Dia mengerti bahawa sahabatnya sudah lama tidak diberikan masakkan hasil air tangannya. Mungkin kejadian yang berlaku pada Farish ini ada hikmahnya. Jika tidak mungkin dia kurang meluangkan masa dengan sahabatnya itu.

“Dah bangun bro? Ni aku masakkan makanan kegemaran kau. Jom makan!” ajak Idham. Nasi goreng kampong yang sudah siap untuk dimasak itu dikauk masuk ke dalam pinggan besar untuk dihidangkan. Farish melihat nasi goreng itu penuh keghairahan.

“Rajin kau masak untuk aku? Kau tak kerja ke?” soal Farish.

“Kerja tapi aku singgah rumah kau dulu. Nak sarapan dengan kau lah! Nak harapkan kau pergi makan macam ni memang tak lah,” sindiri Idham.

Farish tidak mengendahkan langsung sindiran itu. Perhatiannya hanyalah ke arah nasi goreng kampong yang panas itu. Lantas dia mengambil pinggan dan sudu untuk mengauk makanan itu. Belum sempat Idham berkata apa-apa, nasi goreng itu sudah pun dikunyah gelojoh Farish. Idham hanya mampu menggelengkan kepala sambil melihat gelagat sahabatnya itu. Sejak dia mengenali Idham, perangai gelojoh Farish semasa makan langsung tidak pernah berubah. Walaupun dia berasal dari keluarga yang berada tetapi sikapnya langsung tidak menggambarkan latar belakang keluarganya. Sikap yang ada pada Farish itulah yang membuatkan Idham tidak kekok untuk rapat dengannya.

Sedang leka Farish menikmati makanan tersebut, tiba-tiba hidungnya tertumpu ke arah bauan yang amat dia kenali. Bau tersebut datang dari arah tempat duduknya. Dia lantas bangun dan mendekatkan deria baunya ke arah tempat duduk itu. Idham kehairanan melihat gelagat pelik sahabatnya itu. Farish yang pada awalnya ceria tiba-tiba berubah menjadi berang. Kerutan dahi Farish amat Idham kenali. Jantung Idham serta merta berdegup kencang melihat wajah sahabatnya itu. Farish memandang tajam ke arah sahabatnya itu.

“Amar ada datang sini ke?” soal Farish dengan nada suara yang tinggi.

“Amar? Mana ada dia datang,” bohong Idham. Farish lantas mendekati Idham lalu kolar baju Idham dicengkamnya.

“Lebih baik kau jangan bohong! Aku tahu kerusi tu ada bau perfume yang selalu dia pakai!” tengking Farish. Idham mula rasa serba salah sama ada dia perlu bersikap jujur mahupun tidak. Dia tidak sanggup membohongi sahabatnya sendiri dan dalam masa yang sama dia tidak mahu membahayakan keselamatan Amar.

“Ya Allah apa yang patut aku buat nih?” keluh hati Idham.

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

P/S: Maaf sebab lambat post! Busy sangat sekarang! Sorry sangat2 kerana buat anda semua tertunggu-tunggu 😥

[SPECIAL] Luahan Amar (Bukan Utk Amar)

Image

 

Hari demi hari aku meniti titian kehidupan, tidak pernah sekali pun aku mengharapkan kehadiran mu. Dirimu yang bakal menjadi pelengkap hidupku. Namun, detik pertemuan pertama telah mengubah seluruh hidupku. Adakah aku sudah bertemu dengan pasanganku? Beribu kali penafian aku lafazkan setiap kali bertemu kamu buat kali kedua dalam satu kemalangan. Kemalangan yang telah merungkai segala-galanya tentang dirimu dan diriku. Kakiku terus berlari meninggalkan kenyataan apabila menyedari yang kamu sedar akan hadirku. Tapi sayang bayangku berjaya kamu jejaki. Kali ini hatiku tidak mampu menipu dan tidak juga mampu menolak dirimu lagi.

Adanya kamu membuatkan hidupku bahagia selamanya. Tidak ada kesusahan tidak ada ketakutan. Setiap kali aku perlukan peneman, kamu bakal hadir tanpa dijemput. Setiap kali aku perlukan bantuan, kamu bakal hadir untuk terus melindungiku. Wajahmu tidak pernah hilang dalam ingatanku walau sedetik pun. Bagimu setiap harimu hanyalah untuk membahagiakanku. Tidak pernah sekali pun aku merasakan hari-hariku sunyi sejak wujudnya kamu dalam hidupku.

Senyumanmu, belaianmu, dakapanmu tidak pernah asing lagi dalam hidupku. Setiap detik setiap masa kamu tidak pernah mengeluh untuk terus membahagiakan aku. Adakah aku mampu menerima cintamu yang terlalu sempurna ini? Wajarkah? Tidak pernah sekali pun dirimu pergi meninggalkan aku demi kepuasan diri. Bagi mu cinta itu bukan terletak pada nafsu tetapi cinta itu adalah sejauh mana diri ini menghargai orang yang disayanginya. Dan aku merasainya sendiri cintamu yang sungguh hebat dan tidak terbalas itu.

Namun, sudah menjadi kepastian akan tiba jua detik yang memahitkan. Detik pemisah cinta kita. Walaupun cinta ini setinggi menara Paris, seluas tembok besar China dan sedalam lautan Pasifik, tetapi pengakhirannya tetap sama. Kepahitan. Itulah yang bakal kita rasanya nanti. Aku sedar dirimu tidak pernah mengharapkan semua itu berlaku, beribu cara telah dirimu lakukan. Namun hakikat tidak akan pernah berubah, takdir tidak pernah membohongi kita. Cinta terlarang ini sudah pasti akan musnah kelak. Aku pasti ianya bakal berlaku tidak lama lagi.

Haruskah aku mengakhiri semua ini terlebih dahulu sebelum detik perpisahan itu tiba? Adakah aku kejam untuk melakukan semua itu? Adakah aku cukup kuat menikam hatimu yang tulus itu? Mampukah aku hidup tanpa gurau sendamu? Kuatkah aku untuk terus berdiri tanpa dakapanmu lagi? Beranikah aku untuk memusnahkan cinta yang baru sahaja bermula ini? Senyuman yang terukir pada bibirmu selalu melemahkan aku untuk melafazkan perpisahan. Kerana setiap senyumanmu tergambar kebahagiaan yang tumbuh subur dalam sanubarimu. Tidak sanggup untuk aku memusnahkan senyumanmu itu lagi. Aku belum cukup kebal untuk menjadi kejam di hadapanmu.

[AMAR]

P/S: Saya akan cuba post Bab19 secepatnya, selewatnya-lewatnya petang esok! TQ

 

BUKAN UNTUK AMAR (Bab 18)

Be-Yourself-No-Matter-What

 

Tindakan Hafiz yang hanya membisu apabila Danish menanyakan tentang Husna telah menyumbang rasa ingin tahu dalam diri Amar. Siapa sebenarnya Husna? Mengapa ibu Hafiz begitu serius mengingatkan tentang rancangan kehadiran mereka ke rumah banglo milik keluarga Hafiz? Dirinya terus memaksa mencari jawapan untuk semua soalan itu. Tiupan bayu malam di balkoni biliknya terus merempuh tubuh manusia yang berdiri dalam kekeliruan. Danish yang baru sahaja masuk ke dalam kamar terlihat tubuh itu menerusi pintu balkoni biliknya. Lekas dia mendekatkan dirinya ke arah tubuh itu.

“Kau kenapa Am? Termenung semacam tengah-tengah malam ni?” soal Danish prihatin.

“Eh, kau ni. Termenung? Tak ada lah. Tiba-tiba rasa tenang menghirup udara malam dekat balkoni ni,” matanya meleret ke arah panorama yang terserlah di hadapan balkoni itu. Dia cuba untuk menyembunyikan perkara sebenar.

“Ya ke? Kenapa kau tak pandang mata aku?” sindir Danish. Dia sedar Amar cuba membohonginya. Amar tersentap.

“Aku tahu kau fikirkan fasal Husna kan?” soal Danish lagi. Bahu Amar di usapnya perlahan. Tubuh Amar yang tegang dari tadi sudah mulai renggang. Ternyata dia tidak mampu membohongi Danish mahupun dirinya sendiri. Dia sememangnya rungsing memikirkan kejadian petang tadi.

“Dah lah kau tak payah fikirkan sangat. Mungkin dia tu sepupu Hafiz ke atau saudara jauh Hafiz yang dah lama dia tak jumpa,” Danish cuba merasionalkan pemikiran Amar.

“Mungkin. Tapi…” kata-kata Amar terhenti.

“Dah lah jangan fikirkan sangat. Jom lah tidur, kau tu esok ada praktikal makmal. Mesti penat nanti,” nasihat Danish lagi. Kali ini Danish langsung tidak mahu mendengar alasan Amar, lengan Amar ditariknya masuk ke dalam bilik. Amar hanya akur dengan tindakan Danish. Mungkin benar kata Danish, Husna mungkin saudara-mara Hafiz.

* * * * * * * * * * * * * *

Suasana makmal kimia di kompleks pusat asasi tempat Amar belajar tidak pernah lekang dari hiruk pikuk manusia yang bertungkus-lumus menjayakan eksperiment yang sememangnya mencabar. Kegagalan dalam merealisasikan objektif sebenar sesebuah eksperiment sudah menjadi asam garam dalam kehidupan Amar dan rakan sepejuangannya. Malah kemalangan kecil akibat daripada pendedahan bahan kimia berbahaya turut kerap berlaku. Amar yang sejak dari tadi sibuk akhirnya berjaya menghabiskan eksperiment pada hari tersebut lebih awal dari kawan-kawannya.

Masih ramai lagi rakan-rakan Amar yang masih terkial-kial memegang silinder penyukat dan ada juga yang sibuk menuangkan asid sulfurik pekat ke dalam beaker di dalam kebuk wasap. Hati Amar senang kerana akhirnya dia berjaya menghabiskan eksperiment itu dengan jayanya tanpa bantuan dari rakan-rakannya. Malah dia berpeluang untuk pulang awal ke kolej kediamannya. Setelah dia selesai mengemas segala peralatan makmal, dia lantas meninggalkan kompleks tersebut.

Belum sempat dia melangkah pergi dari kawasan kompleks tersebut, sebuah kereta mewah model terbaru keluaran Mazda berona silver menghalang laluannya. Tiba-tiba tingkap hadapan kereta itu terbuka perlahan-lahan. Lama-kelamaan wajah pemandu kenderaan mewah itu semakin jelas kelihatan. Alangkah terkejutnya Amar apabila melihat pemandu kenderaan mewah itu, kakinya hampir sahaja lemah mahu melutut ke bumi. Seseorang yang pernah muncul dalam hidupnya satu ketika dahulu dan terus hilang tanpa di duga. Kini dia kembali semula tanpa di pinta, tanpa di sangka.

“Abang Idham?” bibir Amar berat melafazkan nama lelaki itu. Idham yang mengerti reaksi Amar lantas keluar dari kenderaan yang dipandunya. Dia mendekati Amar.

“Ikut abang kejap,” pinta Idham.

“Abang Idham? Ke…ke mana?” soal Amar terketar-ketar. Memori silamnya kembali menujah kotak fikiran anak muda ini. Tragedi yang berlaku antara dirinya dengan rakan-rakan abang angkatnya kembali menghantuinya.

“Jangan risau, abang bukan nak buat apa-apa. Jom,” pintu kereta pada bahagian hadapan dibuka Idham. Perlahan-lahan dia memimpin tubuh Amar yang masih dalam ketakutan dan kekeliruan. Kemudian dia segera masuk semula ke dalam badan kereta itu, lalu kenderaan itu dipacunya pantas meninggalkan tempat itu.

Dalam masa yang sama, Hamdan yang sejak dari awal menyedari perkara itu hanya melihat dengan pandangan kosong.

“Untung jadi kau Amar, semua orang nak dekat kau. Tapi aku?” bisik hati Hamdan kehampaan.

* * * * * * * * * * * * * *

Kenderaan mewah keluaran Mazda itu memacu pantas mendekati kawasan perumahan mewah di sekitar Bandar Tasik Permaisuri. Namun, kenderaan ini mula perlahan menghampiri rumah teres mewah 3 tingkat berhampiran kediaman sahabat baik Idham. Amar hanya memerhati keadaan sekeliling kerana dia tidak tahu ke mana sebenarnya hala tujunya. Selang beberapa saat, kenderaan yang dinaiki Amar berhenti di hadapan rumah seseorang. Jika diperhatikan kenderaan model Myvi yang terpakir di garaj rumah tersebut seperti milik Farish. Amar kembali gementar.

“Jom masuk!” ajak Idham.

“Tapi kenapa? Nak buat apa?” soal Amar serius.

“Abang nak tunjuk sesuatu. Jom,” ajak Idham lagi.

Kali ini hati Amar yakin bahawa Idham jujur dengannya lalu dia akur dengan perintah Idham. Dia mengekori belakang Idham untuk masuk ke dalam rumah itu. Setelah pintu rumah itu dibuka, Amar terkesima melihat kecantikan perhiasan dalam rumah teres milik Farish. Dari ruang tamu sehingga ke bahagian dapur semuanya telah di rancang rapi mengikut tema. Tiba-tiba matanya tertarik ke suatu sudut di mana menimbulkan pelbagai spekulasi. Kesan percikan cat merah yang kelihatan sedikit jangal pada dinding bersebelahan meja makan saling tak tumpah seperti percikan darah.

“Itu memang darah,” jawab Idham selamba. Dia sudah menyedari terlebih awal terhadap perubahan wajah Amar apabila melihat percikan darah itu.

“What? Really?” soal Amar. Susah untuk dirinya menerima jawapan Idham yang baginya tidak masuk akal.

“Sebab itu abang ajak Am datang sini. Jom ikut abang naik atas, semua akan terjawab bila Am tengok sendiri keadaan sebenar.”

Jawapan Idham menimbulkan rasa tidak sedap hati dalam diri Amar. Perlahan-lahan dia mendaki tangga menuju tingkat atas. Kini mereka berdua berdiri di hadapan pintu bilik Farish. Idham memulas dan menolak tombol pintu itu, dari luar jelas kelihatan Farish terlantar di atas katil. Balutan kain yang melilit kepala Farish yang berdarah itu membimbangkan Amar.

“Kesan darah yang dekat bawah tadi tu sebenarnya darah Farish. Dia hantukkan kepala dia dekat dinding sampai jadi macam ni,” terang Idham. Walaupun sukar untuk Amar mempercayainya namun itulah hakikatnya.

“Kenapa dia buat macam tu abang?” soal Amar kerisauan.

Kerutan yang terukir pada dahi Amar jelas menunjukkan dia amat prihatin terhadap lelaki yang terlantar di atas katil itu. Idham berlalu pergi menuju meja solek, sekeping gambar di atas meja tersebut diambilnya. Kemudian dia kembali semula ke sisi Amar. Gambar yang dipegang Idham diserahkan kepada Amar. Amar terkejut melihat gambar tersebut, di mana adegan lamaran Hafiz di i-City berjaya dirakamkan menjadi sekeping gambar.

“Sebab ni ke abang?” soal Amar inginkan kepastian. Idham hanya membisu, dia tidak mahu menjawab soalan tersebut kerana dia tahu Amar sudah mengetahui jawapannya. Amar yang menanti jawapan hanya akur dengan tindakan Idham yang memilih untuk terus membisu.

“Am tak sangka boleh jadi sampai macam ni. Maafkan Am, abang Idham,” mohon Amar.

“Amar tak salah apa-apa, cuma Farish ni terlalu cintakan kau. Lihat tu,” jari telunjuk Idham menunjuk ke arah sebuah potret besar bersebelahan jendela bilik Farish.

“Itu kan..” Amar terkejut melihat sebuah potret besar yang memuatkan gambarnya.

“Farish memang dari dulu mengharapkan cinta kau. Dia terlalu cinta kau sampai dia tak dapat kawal jiwa dia. Sejak kejadian yang berlaku beberapa tahun dulu, dia asyik menyalahkan dirinya. Dia menyesal sangat buat Amar macam tu dulu. Dan potret ini lah menjadi tempat dia melepaskan rindu dan menaburkan segala cintanya. Tapi dia tak mampu bertahan lama dengan potret tu. Dia berusaha mencari Am semula dan akhirnya dia jumpa. Bila dapat tahu yang Am dah jadi milik orang lain, dia terus hilang kawalan. Sebab tulah dia jadi macam ni,” terang Idham panjang lebar.

Amar terduduk melutut menyembah bumi. Kata-kata Idham memberi tamparan yang besar kepada Amar. Kini dia merasakan beribu-ribu orang sedang menunding jari kearahnya. Bahunya pula terasa terbeban dengan semua ini, semua kejadian ini berpunca darinya. Semuanya kerana dia tidak menerima cinta tulus Farish yang telah bertahun-tahun lamanya tersemai indah. Kesilapan Farish telah membuatkan dirinya sendiri terseksa dan terus terseksa. Wajah sayup Farish yang lena dibuai mimpi itu ditatapnya dari jauh. Lahir pula rasa simpati dalam jiwa lembut Amar.

Mungkin dahulu jasad yang terbaring di atas katil itu pernah mengecewakannya. Namun dia tidak mampu membohongi dirinya sendiri bahawa dia masih menganggap Farish seperti abang angkatnya lagi. Dia menguatkan diri untuk menghampiri Farish, kerusi yang kosong bersebelahan katil Farish didudukinya. Wajah Farish yang lemah itu diusapnya perlahan-lahan. Tisu yang tersimpan rapi di dalam poket seluar Amar dikeluarkan. Sehelai demi sehelai tisu itu diambil bagi membersihkan kesan darah yang masih tersisa pada wajah Farish.

“Dia tidak akan tersedar dari tidurnya. Sebab abang dah bagi dia ubat tidur,” beritahu Idham.

“Tapi kenapa?”

“Dari malam tadi dia asyik meracau tak tentu hala, sebab itu lah abang terpaksa buat macam ni.”

“Sampai macam tu sekali.”

“Am, boleh abang nak cakap sikit.”

“Boleh, apa dia?”

“Abang minta maaf sebab kejadian dulu, abang tak sepatutnya buat Am macam tu dulu. Abang waktu tu..” kata-katanya dipintas Amar.

“Tak apa, Am dah maafkan.”

“Terima kasih Am. Terima kasih.” Ucap Idham bersungguh-sungguh. Amar hanya terdiam, dia masih leka melihat tubuh Farish.

“Am, sebenarnya ada sesuatu yang abang patut beritahu Am.” Kata Idham sekali lagi.

“Apa dia?” soal Amar. Kali ini Amar menoleh ke arah Idham, fokusnya hanya pada Idham.

“Kita cerita dekat bawah lah,” pinta Idham. Amar kehairanan.

Meja makan di tingkat bawah menjadi pilihan mereka berdua untuk meneruskan perbualan yang tergantung tadi. Dari raut wajah Idham jelas kelihatan seperti ingin menyampaikan sesuatu yang sungguh berat dan membimbangkan. Amar juga bimbang, dia tidak tahu apa lagi kejutan yang bakal diterimanya nanti.

“Sebenarnya abang bimbangkan Amar dengan Hafiz. Bukan apa, abang cuma tak mahu ada apa-apa yang buruk terjadi. Farish ni kalau dia dah suka seseorang, dia akan kejar orang tu sampai dapat. Buat masa sekarang Farish ni semakin merisaukan. Abang tak nak ada sesuatu yang tidak diingin berlaku terutama sekali Hafiz.” Nasihat Idham pada Amar.

“Am faham maksud abang.”

“Ni ada sesuatu yang abang nak bagi dekat Am. Ambillah,” Idham memberikan sekeping sampul surat pada Amar.

“Apa ni?” soal Amar. Sampul surat itu dibuka. Kelihatan sekeping surat tertara namanya di atas helaian surat tersebut. Matanya terbeliak seperti mahu terkeluar apabila membaca isi kandungan surat tersebut.

“Tawaran biasiswa pengajian dalam bidang perubatan dekat Korea abang?” jerit Amar.

“Yes, syarikat abang tengah mencari pelajar untuk ditaja dan abang rasa Amar berhak untuk dapat tawaran ni.”

“Thanks abang. Tapi kenapa Amar?”

“Dulu Farish pernah cerita yang Am pernah menyimpan cita-cita nak sambung pengajian dekat Korea dalam bidang perubatan kan? Jadi abang yakin Am layak untuk ini. Dan mungkin peluang ini akan menyelamatkan Am dalam banyak perkara nanti.”

“Maksud abang?”

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

P/S: Thanks sebab sudi menunggu 🙂

BUKAN UNTUK AMAR (Bab 17)

Be-Yourself-No-Matter-What

Hampir 24 jam Danish terperuk dalam bilik rawatan ditemani bau ubat-ubatan yang ada kalanya membuatkan dirinya mual. Kesakitan pada bahagian tubuhnya yang dijahit itu sudah semakin berkurangan. Rutinnya di bilik rawatan itu hanyalah terbaring dan melihat lapu siling yang terpasang sejak dia dimasukkan ke bilik tersebut malam tadi. Selang beberapa minit, hadir seorang jururawat yang datang untuk memeriksa keadaannya bagi mengetahui perkembangan kesihatannya. Sejujurnya Danish amat bosan terbaring di atas katil. Ditambah pula, bilik rawatan yang ditempat khusus untuk seorang pesakit. Menurut kata jururawat yang memeriksanya, orang yang menghantarnya ke hospital telah memilih bilik rawatan perseorangan dan semua pembiayaan rawatan telah dibayarnya.

Danish berasa lega kerana semua pembiayaan rawatannya telah dibayar. Pasti orang yang hampir melanggarnya itu berasal dari golongan berada. Dia sempat melihat kenderaan mewah yang dipandu lelaki itu semasa dia terlantar di atas jalan malam semalam. Namun, keadaannya sekarang tidak mengizinkan untuk membayar semula semua bantuan yang telah diberikan lelaki itu. Wajah Hafiz dan Amar kembali mengisi buah fikiran Danish. Menurut sanubarinya, mereka berdua berhati mulia. Lihat dari wajah mereka sudah cukup meyakinkan Danish. Perhatiannya beralih ke arah pintu yang dikuak seseorang.

“Assalamualaikum,” ucap Amar. Hafiz hanya menyusul dari belakang Amar. Sempat dia memberikan sekuntum senyuman. Kelihatan tangan kanan Hafiz sedang membimbit plastic yang berisi buah-buahan sebagai buah tangan.

“Waalaikumussalam,” jawab Danish.

“Saya Amar dan ni Hafiz,” Amar memperkenalkan diri. Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Danish.

“Saya Danish,” balas ringkas Danish sambil menyambut tangan Amar dan Hafiz.

“Macam mana rasa sekarang?” soal Hafiz prihatin.

“Alhamdulillah lebih baik dari semalam, terima kasih sebab tolong saya.”

“Alah jangan fikirkan semua tu. Apa yang penting sekarang Danish tak apa-apa. Sebelum tu keluarga dah tahu ke yang Danish dekat hospital ni?” soal Hafiz lagi. Pertanyaan Hafiz ternyata membuatkan riak wajah Danish berubah serta merta. Amar sedar akan perubahan itu, langsung dia melihat Hafiz.

“Sebenarnya saya tak ada keluarga, saya anak yatim piatu,” wajahnya jelas menunjukkan kesedihan dan kesunyian yang telah disimpan sekian lama.

“Maaf ya Danish, abang tak tahu kalau tak mungkin abang tak..” belum sempat dia menghabiskan kata-kata, Danish telah memintas terlebih awal.

“Its okey. Saya dah biasa,” pintas Danish. Dia hanya tersenyum tawar.

“Jadi awak tinggal seorang lah? Tinggal dekat mana?” soal Hafiz lagi. Kali ini respond Danish sedikit berbeza, dari reaksi sedih bertukar kepada reaksi kebimbangan.

“Saya tinggal dekat..emm..dekat…” katanya terhenti apabila dia terdengar deringan telefon bimbit seseorang. Ternyata bunyi itu datang dari telefon bimbit Hafiz. Dia memohon maaf lalu meninggalkan bilik rawatan itu bagi menjawab panggilan tersebut. Kini di bilik rawatan itu hanya tinggal Amar dan Danish.

“Thanks,” tiba-tiba ayat itu terkeluar dari bibir Danish.

“Thanks? Untuk apa?” soal Amar kehairanan.

“Aku dengar apa yang kau cakap dekat doktor masa dia tanya soal keluarga aku. Thanks sebab tolong back up aku,” jawab Danish. Dia membahasakan diri “aku” kerana mereka berdua sebaya.

“Kau dengar? Sepatutnya aku minta maaf sebab mengaku jadi sahabat kau, bukan niat aku nak..” kata-katanya dipintas Danish.

“Tak, kau tak salah, seharusnya aku yang patut berterima kasih dekat kau sebab faham situasi aku,” pintas Danish lagi.

“Jadi kau dah tahu yang aku tahu fasal kau?” soal Amar lagi. Matanya kali ini tepat menatap mata Danish. Danish hanya mengangguk kepala tanda setuju.

“Sebenarnya apa yang berlaku dekat kau?” tanya Amar ingin tahu kebenaran. Belum sempat Danish bersuara, Hafiz kembali semula selepas tamat menjawab panggilan dari seseorang.

“Abang, boleh tak kalau…”

“Tak apa Amar, dia patut tahu perkara sebenar. Duduklah,”

“Tahu fasal apa Amar? Danish?” soalannya tidak dijawab sesiapa pun. Mereka hanya melihat Hafiz dengan pandangan kosong.

“Sebenarnya saya patut berterima kasih pada abang dan kau, Amar sebab bantu aku semalam. Hampir semalaman saya kesakitan dalam semak berdekatan tempat saya hampir dilanggar. Sebenarnya saya bukanlah orang yang baik macam abang, macam Amar. Saya jahat, banyak dosa,” air mata penyesalan mengalir deras di wajah Danish.

“Sejak kematian keluarga saya akibat nahas jalan raya, hidup saya kucar kacir. Tiada tempat bergantung. Satu hari saya bertemu dengan seorang rakan yang sebaya mengajak saya untuk bekerja. Katanya muka macam saya ni layak bekerja di tempat dia bekerja. Saya tak fikir panjang sebab saya perlukan duit untuk menanggung pembiayaan saya di IPTS. Ternyata kerja yang ditawarkan adalah sebagai money boy,” kata-kata Danish sememangnya mengejutkan Amar dan Hafiz yang focus mendengarnya.

“Pada awalnya sukar untuk saya terima. Tapi keadaan mendesak saya, semakin hari semakin mewah hidup saya. Saya lupa dosa pahala, saya leka melayan nafsu songsang golongan atasan. Ada seorang anak Dato’ jadikan saya money boy dia, dah lama dia tanggung saya. Rumah, makan, pakai dan semua yang ada pada saya semua dia berikan. Tapi malam semalam, dia minta saya layan dia tapi saya menolak. Dia maki saya, lepas tu dia suruh orang-orang dia kerjakan saya sampai jadi macam ni,” tidak henti-henti air mata mengalir di mata Danish.

Amar mengerti apa yang dirasai Danish. Dia turut pernah merasai perkara yang sama tapi nasibnya lebih beruntung. Amar bangun dari tempat duduknya dan mendekati Danish yang kini amat memerlukan sokongan dari orang yang terdekat dengannya. Tubuh Danish didakapnya erat, rambut Danish yang ikal diusapnya lembut bagi memberi sedikit ketenangan dan sokongan pada Danish. Hafiz hanya melihat tindak-tanduk Amar. Hadirnya rasa cemburu melihat kemesraan Amar dan Danish. Namun, rasa bangganya terhadap Amar mengatasi rasa cemburunya itu. Keprihatinan dan sifat penyayang yang ada pada Amar membuatkan dirinya berasa sangat beruntung kerana berjaya memiliki hati Amar. Ditepisnya rasa cemburu yang tidak bertempat itu sejauh yang boleh.

“Jadi selama ni Danish duduk mana?” soal Hafiz.

“Di apartment milik anak Dato’ di The Heritage,” jawab Danish. Dakapan mereka terlerai.

“Masih nak tinggal dekat sana lagi?” soal Hafiz lagi. Danish membisu, ternyata dia masih belum pasti perkara yang dia perlu lakukan selepas ini.

“Tak pe, kalau macam ni Danish duduk rumah keluarga abang. Lagi pun abang dah beritahu mereka tadi dan mereka setuju menerima kehadiran Danish dan Amar di rumah kami,” jawab Hafiz panjang lebar.

“Sebenarnya saya malu dengan abang, dengan Amar. Saya dah banyak menyusahkan abang dan Amar, saya rasa saya tak boleh terima tawaran ni,” lahir rasa serba salah dalam diri Danish.

“Kami memang nak tolong kau, Danish. Aku yakin lepas ni kau boleh mulakan hidup baru. Anggap je lah yang kami ni sahabat baru kau,”

“Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih,” air mata terharu kembali membasahi pipi Danish yang sedia basah sejak dari tadi lagi. Amar dan Hafiz hanya mampu melihat, mungkin kali ini mereka wajar memberi peluang kepada Danish untuk mengalirkan air matanya yang telah lama tersimpan sebelum ini.

“Terima kasih Ya Allah kerana kau temukan aku dengan mereka Ya Allah, Alhamdulillah,” bisik hati Danish lagi.

************

“Aku ada sesuatu untuk kau,” kata Zack. Sampul surat berisi sesuatu diserahkan kepada Farish. Farish mengambil sampul surat itu lalu di bukanya. Kelihatan beberapa keping gambar yang memperlihatkan segala adegan-adegan yang pasti menyakitkan hati Farish. Adegan semasa Hafiz melamar Amar di i-City. Mukanya berubah menjadi merah padam persis gunung berapi yang hampir mahu meletuskan lavanya.

“Oklah aku gerak dulu. Lepas ni akan ada yang lebih baik bakal menyusul,” sindir Zack.

Dia seperti mengerti keadaan kawannya itu. Meninggalkan kawannya bersendiri adalah cara yang terbaik. Dia tidak mahu masuk campur dalam hal peribadi Farish. Tugasnya hanyalah sebagai informer. Itu sahaja. Sempat Zack bertembung dengan sebuah kenderaan mewah yang dipandu oleh seseorang yang pernah dia kenali iaitu Idham semasa bergerak meninggalkan kediaman Farish. Kenderaan yang dipandu Idham diparkir bersebelah kenderaan milik Farish di garaj. Setelah itu dia keluar dari kenderaan, matanya tertumpu ke arah pintu rumah yang terbuka. Bimbang hatinya melihat keadaaan itu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam rumah teres mewah 3 tingkat itu.

“Jadi cincin yang kau pakai tu dari jantan jahanam tu lah? Ahhhhhhh! Sial! Bodoh! Ahhhhh!!” jerit Farish membisingi rumah yang hanya di isi seorang penghuni sahaja.

Gambar adegan Hafiz menyarung cincin ke jari manis Amar yang berada di tangannya dikoyak-koyak sehingga menjadi cebisan kecil. Kerusi meja makan yang diduduki semasa bertemu dengan Zack di campaknya ke arah tingkap rumahnya. Pecah berderai tingkap itu menjadi serpihan kaca. Bunyi yang kuat terhasil menarik perhatian Idham yang masih di luar rumah lalu bergegas dia masuk ke rumah. Matanya terlihat Farish yang sudah terduduk di lantai sambil mengoyak gambar-gambar pada genggamannya.

“Ya Allah, kau ni kenapa Farish?” tubuh Farish dipeluk sekuat hati. Farish berkeras melepaskan pelukan Idham namun gagal. Air mata Farish mengalir deras. Kekecewaan dan keberangan ternyata telah mengawal segala tindak tanduknya.

“Idham! Amar..Amar,” jawab Farish terjerit-jerit.

“Kenapa dengan Amar?” soal Farish bimbang.

“Budak sial ni dah lamar Amar! Ahhhhh!!!” gambar yang masih belum dikoyaknya ditunjuk pada Idham.

Kelihatan gambar Hafiz sedang memeluk Amar. Pelukan Idham terlepas, Farish lantas melarikan diri ke arah satu sudut. Dengan keadaan yang tidak dapat di kawal, kepalanya dihantuk ke arah dinding. Idham yang baru sahaja melihat gambar tadi terkejut dengan tindakan gila Farish. Lantas dia berlari mendapatkan Farish, keadaannya amat menyedihkan. Merah darah mengalir membasahi kepala yang dihantuk pada dinding. Sebahagian darahnya terpercik ke bahagian dinding lain.

“Kau ni kenapa Farish. Kenapa buat benda bodoh ni? Tolonglah kawal emosi kau!” jerit Idham di telinga Farish. Kali ini Farish lemah terduduk di lantai, dia tidak lagi melawan dakapan Idham.

“Aku cintakan Amar, aku cintakan dia, Idham,” rayu Farish. Tangisannya sudah bercampur-baur dengan darah yang mengalir dari kepalanya. Keadaannya sudah cukup membuatkan hati Idham bimbang dan sedih melihatnya.

“Sabarlah, mungkin dia bukan milik kau,” pujuk Idham.

“Tapi aku terlalu cintakan dia, aku nak dia. Aku tak nak orang lain, aku tak nak!” jerit Farish lemah.

“Dah, dah. Aku bawa kau ke bilik, banyak darah ni.” Farish hanya akur dengan suruhan sahabatnya.

Idham memimpin Farish ke biliknya. Kemudian dia langsung ke dapur untuk mengambil semangkuk air dan sehelai kain basahan. Darah yang membasahi kepala Farish dibersihkannya. Farish hanya membatukan diri di atas kerusi yang didudukinya. Ternyata sahabatnya terlalu mencintai Amar sehingga dia tidak dapat mengawal dirinya sendiri setelah mengetahui yang Amar sudah menjadi milik orang lain. Dia juga tidak menyangka gerak hatinya memang benar. Sejak dari rumah lagi hatinya gelisah, tidak sedap hati memikirkan Farish. Mujur dia membuat keputusan untuk datang ke rumah sahabatnya itu. Jika tidak, sudah pasti Farish akan melakukan sesuatu yang lebih teruk lagi.

“Dah, kau pergi berehat. Aku nak pergi masak sikit untuk kau, kau baring dulu. Jangan fikirkan sangat fasal tadi tau, tak guna dah,” nasihat Idham. Langsung dia meninggalkan Farish bersendiri di bilik.

“Sial! Dulu kau tumbuk aku, sekarang kau berani ambil dia dari aku? Siap kau, aku bunuh kau jahanam!” jerit Farish. Idham yang sedang menuruni tangga sempat mencuri dengar jeritan Farish. Keringatnya mula menitis, rasa bimbang dan takut mula hadir dalam lubuk hatinya. Bukan bimbang pada sahabatnya, tetapi bimbang pada Amar dan lelaki yang bernama Hafiz.

 

3 HARI KEMUDIAN

Kini kehidupan Amar, Hafiz dan Danish sudah seperti adik beradik yang tinggal di bawah satu bumbung. Kehadiran mereka yang disambut baik oleh Datin Hamidah, ibu kepada Hafiz dan Datuk Kamarudin, bapa kepada Hafiz membenarkan mereka terus tinggal malah menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Layanan dan kemesraan mereka sudah seperti sebuah keluarga bahagia. Malah ibu Hafiz lebih gembira dengan kehadiran mereka kerana membuatkan suasana rumah banglo mewah mereka lebih ceria dan bahagia. Amar yang ceria dan Danish yang mesra menyemarakkan lagi semangat kekeluargaan ini. Ibu bapa Amar juga telah mengizinkannya untuk tinggal di sana apabila Hafiz bertemu mereka.

“Esok keluar nak tak Am?” cadang Hafiz.

“Dating ke?” perli Danish. Dia yang telah mengetahui hubungan istimewa Hafiz dengan Amar sudah dapat mengagak maksud tersirat Hafiz mempelawa Amar sahaja.

“Lebih kurang lah! Kau jangan nak kacau daun pula,” jawab Hafiz sambil ketawa terbahak-bahak.

“Tahu lah, pergilah dating. Jangan sampai Am mengadu macam-macam pulak. Nanti aku tumbuk kau!” gurau Danish dengan loghat Sabahnya.

Danish yang dahulunya membesar di Sabah ini tidak pernah kelu apabila berbicara dalam dialeknya walaupun dia jarang menggunakan dialek Sabah dalam perbualan hariannya. Amar yang tadi sibuk membaca buku hanya tergelak mendengar gurauan Danish. Mendengar Danish berbicara dalam dialek Sabah selalu mencuit hatinya. Gaya Danish saling tak tumpah seperti pelawak Zizan Razak selalu menghiburkannya di kala sunyi. Sejak pertemuan kali pertamanya hinggalah ke hari ini, hubungan Amar dengan Danish semakin akrab seperti kembar. Pernah juga Hafiz berkata bahawa wajah mereka berdua hampir sama dan mata mereka seiras.

“Boleh tapi memang tak boleh ajak Danish sekali ke? Macam tak biasa je?” soal Amar.

“Ish kau ni Am. Kata dating mestilah ada privasi, tak mahu lah aku menyebuk sekali.” Jawab Danish.

“Betul kata Danish tu,” jawab Hafiz sambil tersenyum nakal. Danish tanpa segan menolak kepala Hafiz.

“Ish dia ni!” rungut Hafiz. Langsung dia bangun dan mengeletek pinggang Danish. Sedang mereka bergurau senda, hadir seorang wanita berhijab kemas dan rapi menghampiri mereka.

“Amboi happy-nya. Hafiz ibu nak bagi tahu ni, hujung minggu depan keluarga Husna nak datang. Jangan lupa ya?” beritahu Datin Hamidah mesra. Mereka yang sibuk bergurau senda terdiam mendengar kata-kata Datin Hamidah. Sepanjang keberadaan Amar dan Danish, mereka berdua tidak pernah mendengar nama Husna disebut atau diperkenalkan. Hafiz adalah orang yang paling terkejut mendengar nama Husna.

“Oh, ya ibu,” jawab Hafiz ringkas. Dia berusaha memberikan senyuman walaupun senyumannya tawar. Belum sempat Danish bertanyakan soal Husna, Datin Hamidah berlalu pergi meninggalkan mereka menuju ke dapur.

“Siapa Husna?” soal Danish ingin tahu. Hafiz mula resah apabila diajukan soalan sebegitu. Di tambah pula, mata Amar tidak beralih dari terus memandangnya. Apa yang harus dia jawab?

BERSAMBUNG

MARATHON BUKAN UTK AMAR

P/S: Semoga terhibur dan teruskan menyokong Bukan Utk Amar. Terima kasih atas sokongan, tanpa anda blog views saya tidak akan bertambah macam sekarang. Terima kasih sangat! ❤